Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.ga.rit.ma] | لوݢاريتما

Definisi : (Mat) angka yg menunjukkan kuasa bagi sesuatu nombor digandakan utk men­dapatkan nombor tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.ga.rit.ma] | لوݢاريتما

Definisi : ist angka ganda bagi sesuatu angka dasar yg digunakan utk mendapat angka tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata logaritma


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum pihak DBP, di sini ingin saya mengajukan soalan berhubung dengan tulisan jawi dan bidang matematik. Bagaimanakah kita ingin menjawikan istilah matematik? Misalnya dalam bab algebra, logaritma, trigonometri, bulatan, pengamiran dan lain-lain. Mohon pihak DBP memberi respons yang memuaskan.Untuk menyemak ejaan Jawi dalam pelbagai bidang termasuklah istilah Matematik, seperti ejaan algebra, logaritma dan trigonometri, tuan boleh merujuk www.prpm.gov.my. Sila tulis dengan huruf kecil dan ejaan Jawi akan terpapar bersama-sama entri berkenaan. Sekiranya istilah tersebut tidak ditemukan dalam PRPM (bermakna tulisan Jawi juga tidak ditemui), tuan boleh menghubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.Ejaan28.02.2024

Kembali ke atas