Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.ga.rit.ma] | لوݢاريتما

Definisi : (Mat) angka yg menunjukkan kuasa bagi sesuatu nombor digandakan utk men­dapatkan nombor tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.ga.rit.ma] | لوݢاريتما

Definisi : ist angka ganda bagi sesuatu angka dasar yg digunakan utk mendapat angka tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata logaritma


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
logarithmic decrementsusutan logaritmaKejuruteraanTiada1. Logaritma tabii bagi nisbah amplitud pertama terhadap amplitud kedua, bagi dua amplitud berturutan yang mempunyai kekutuban yang sama. Hal ini merujuk kepada arus ulang-alik yang teredam secara logaritma.,2. Logaritma tabii bagi nisbah sesuatu pesongan galvanometer terhadap pesong berikutnya di arah yang berlawanan, dengan nisbah itu diungkapkan dalam angka positif.
mantissa of a logarithmmantisa logaritmaMatematikTiadaBahagian perpuluhan bagi logaritma biasa sesuatu nombor positif, apabila logaritma itu diungkapkan sebagai hasil tambah satu perpuluhan tak negatif yang kurang daripada satu dengan satu integer. Sesuatu nombor positif p boleh ditulis dalam bentuk p = 10n x k, dengan k suatu nombor positif yang sekurang-kurangnya 1 tetapi kurang daripada 10. Logaritma nombor p ini bernilai n + log k. Integer n ialah ciri logaritma, manakala nilai log k ialah mantisa logaritma bagi nombor p.
characteristic of a logarithmciri logaritmaMatematikTiadaBahagian integer bagi logaritma biasa sesuatu nombor positif, apabila logaritma itu diungkapkan sebagai hasil tambah satu perpuluhan tak negatif yang kurang daripada satu dengan satu integer. Bagi nombor yang sekurang-kurangnya 1, ciri logaritmanya ialah 1 kurang daripada bilangan digit yang berada di sebelah kiri titik perpuluhan dalam nombor berkenaan. Bagi nombor yang kurang daripada 1, ciri logaritmanya ialah integer negatif yang bermagnitud hasil tambah 1 dengan bilangan sifat antara titik perpuluhan dengan digit pertama yang bukan sifar dalam nombor berkenaan. Contoh: Ciri log 34.073 ialah 1; Ciri log 340.73 ialah 2; Ciri log 0.00543 ialah -3; Ciri log 0.543 ialah -1. Lihat juga logaritma. Bandingkan mantisa logaritma.
natural logarithmlogaritma asliMatematikTiadaSimbol 1n. Logaritma dengan asas e. 1n p bermakna logaritma p dengan asas e ataupun loge p.
logarithmlogaritmaMatematikTiadaIndeks (x) bagi suatu nombor positif a supaya kuasa berkenaan (ax) mengambil nilai tertentu (N). Jika ax = N ditulis x = loga N yang dibaca sebagai logaritma bagi N kepada asas a. Nombor positif a dikenali sebagai asas logaritma. Misalnya, 81 = 34 ditulis 4 = log3 81.
natural logarithmlogaritma asliMatematikTiadaLogaritma yang berasaskan e, di mana loge a biasanya ditulis ln a.
common logarithmlogaritma biasaMatematikTiadaLogaritma berasaskan kepada 10.
common logarithmlogaritma biasaMatematikTiadaLogaritma dengan asas 10. Misalnya, log103 dan log1020.
logarithmic functionfungsi logaritmaMatematikTiada1. Fungsi logaritma In x yang ditakrifkan oleh persamaan 2. Sebarang fungsi f(x) yang berbentuk log ax, dengan a positif. Fungsi 1n x ialah logex.
base of logarithmasas logaritmaMatematikTiadaLihat logaritma.
12345678910...

Kembali ke atas