Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.ka.si] | لوکاسي

Definisi : 1. tempat di luar studio utk membuat penggambaraan: menggalakkan perfileman di ~-~ tempatan; 2. letak, kedudukan: besar kemungkinan kedai-kedai telekom akan dipindahkan jika ~nya sekarang tidak begitu bersesuaian atau jauh dr orang ramai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lokasi (kata nama)
Bersinonim dengan tempat, letak, kedudukan.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SHANGHAI

Shanghai (pend. 8 214 436) ialah bandar raya

terbesar di China. Ia terletak di Sungai Huangpu.

Untuk lokasi, lihat China (peta politik). Kira-kira

23 kilometer ke utara Shanghai, Sungai Huangpu

dan Sungai Yangtze bertemu dan mengalir ke Laut

China Selatan. Lokasi Shanghai yang berhampiran

jalan air yang penting ini membantu menjadikannya

pelabuhan penting dan bandar raya perindustrian

utama di China.

UMUM 
TIMOR

Timor ialah pulau di Asia Tenggara. Untuk lokasi,

lihat Asia (peta politik). Timor meliputi keluasan

31 000 kilometer persegi dan jumlah penduduk

kira-kira 2 juta orang. Separuh bahagian barat

Timor adalah sebahagian daripada Indonesia

semenjak Indonesia diasaskan pada tahun 1949.

Separuh bahagian timur menjadi wilayah Portugal

pada tahun 1500-an. Pada tahun 1975, penduduk

Timor menuntut kemerdekaan daripada Portugal.

UMUM 
PULAU SAINT GEORGE

Pulau Saint George lihat Bermuda (Lokasi,

saiz, dan pemerian).

UMUM 
ABUJA

Abuja ialah ibu negara Nigeria. Untuk lokasi, lihat

Nigeria (peta politik).

UMUM 
ESSEX

Essex ialah kaunti di tenggara England. Untuk

lokasi, lihat England (peta politik). Namanya berasal

daripada nama kumpulan terawal Anglo-Saxon

yang dikenali sebagai East Saxons. Kerajaan East

Saxons ditubuhkan di kawasan itu pada tahun 400 M.

UMUM 
NAZARETH

Nazareth (pend. 45 600) ialah sebuah bandar di

utara Israel. Untuk lokasi, lihat Israel (peta politik).

Ia merupakan tempat tinggal Jesus Christ semasa

mudanya. Bandar ini terletak di Galilee, provinsi

Rom (lihat Galilee ).

UMUM 
PIEDMONT

Piedmont ialah wilayah Itali di kawasan lembah

hulu Sungai Po. Untuk lokasi, lihat Itali (peta

politik). Nama Piedmont bermaksud kaki gunung

iaitu merujuk kepada kedudukan kawasan yang

terletak di kaki Banjaran Alp.

UMUM 
SALE

Sale (pend. 13 853) ialah bandar di daerah

Gippsland, Victoria, Australia. Untuk lokasi, lihat

Victoria (peta politik). Sale terletak di Sungai

Thomson, iaitu cabang Sungai La Trobe dan

dikelilingi oleh daerah pertanian, padang ragut,

ladang tenusu, dan pengairan. Industrinya

meliputi kilang plastik dan syarikat perkhidmatan

yang berkaitan dengan industri minyak luar pantai

dan gas.

UMUM 
PONDICHERRY

Pondicherr y (pend. 789 416) ialah wilayah

kesatuan di tenggara India. Untuk lokasi, lihat India

(peta politik).

UMUM 
EDINBURGHEdinburgh (pend. 421 213) iaIah ibu negara dan bandar kedua terbesar di Scotland. Untuk lokasi, lihat Scotland (peta politik).UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas