Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.kus] | لوکوس

Definisi : (Bio) kedudukan gen pd sesuatu kro­mosom. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lokus


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
concerted evolutionevolusi tumpuanBiologiGenetikKebolehan lokus-lokus yang berasingan dalam satu kumpulan multigen untuk berevolusi bersama disebabkan oleh pewarisan tapak-tapak mutan melalui penukaran gen atau pindah silang tak seimbang.
HLA DQα1HLA DQα1Sains ForensikTiada1. Lokus yang digunakan dalam pemprofilan DNA forensik. Lokus ini mengandungi lapan lokus umum, yang terdiri daripada alel 1 yang terdiri daripada tiga subkumpulan, iaitu 1.1, 1.2, dan 1.3, alel 2, alel 3 dan alel 4 yang juga terdiri daripada tiga subkumpulan. Sebelum ini, istilah ini dikenali dengan nama HLA DQα. 2. Nama bagi kit komersial forensik DNA untuk menganalisis lokus HLA DQα1 yang mampu membezakan alel 4 kepada tiga subkumpulannya, iaitu 4.1, 4.2 dan 4.3 selain daripada alel 1.1, 1.2, 1.3, 2 dan 3. Sinonim DQα1.
heterozygositykeheterozigotanSains ForensikTiadaKadar populasi yang mempunyai dua alel berbeza pada satu lokus tertentu. Lokus yang mempunyai keheterozigotan yang tinggi berguna untuk ujian forensik DNA kerana ini membolehkan pembezaan antara individu dilakukan.
linkage equilibriumkeseimbangan rangkaianSains ForensikTiadaFenomena apabila dua atau lebih lokus memisah secara bebas dalam satu populasi. Genotip akan muncul secara rawak terhadap satu sama lain. Program komputer boleh digunakan untuk memeriksa sama ada lokus, seperti lokus ulangan tandem pendek (STR) yang digunakan dalam CODIS adalah bebas daripada lokus lain yang turut diuji.
additive genetic variancevarians genetik tambahBiologiGenetikVarians genetik hasil daripada kesan purata penggantian satu alel pada sesuatu lokus atau lokus berganda trait poligenik.
length polymorphismpolimorfisme panjangSains ForensikTiadaLokus yang menunjukkan variasi kepanjangan segmen DNA apabila dipotong oleh enzim pengehad. Contohnya, lokus tandem ulangan bilangan berubah (VNTR) atau diamplifikasi dengan primer tindak balas rantai polimerase (PCR) seperti lokus tandem ulangan pendek (STR). Lokus seperti ini digunakan sebagai penanda genetik dalam pengujian DNA forensik bagi membezakan antara individu.
linkage disequilibriumketakseimbangan rangkaianSains ForensikTiadaFenomena apabila alel pada satu lokus berkait tidak secara rawak dengan alel pada satu lokus lain. Program komputer boleh digunakan untuk memeriksa sama ada suatu alel, seperti lokus ulangan tandem pendek (STR) adalah berkait atau bebas daripada lokus lain yang turut diuji.
gene locuslokus genSains ForensikTiadaKedudukan dalam kromosom yang dihuni oleh satu gen tertentu. Contohnya, dalam lokus gen berlabel “8p2.1”, 8 merujuk kepada kromosom yang ke-8, p mewakili lengan pendek kromosom (sekiranya lokus itu terletak pada lengan panjang kromosom, diwakili dengan q) dan nombor 2 dalam 2.1 merujuk kepada jalur kedua pada lengan tersebut, manakala 1 pula sebagai subjalur dalam jalur ke-2. Lokus gen yang digunakan dalam pengujian DNA forensik diberi nama tertentu supaya penggunaannya adalah sama di seluruh dunia bagi memudahkan perbandingan pangkalan data DNA.
locus dropoutkeciciran lokusSains ForensikTiadaLokus yang gagal diamplifikasikan daripada satu profil DNA. Fenomena ini boleh disebabkan oleh kekurangan templat DNA khususnya bagi sampel forensik yang sedikit atau telah mengalami degradasi yang teruk. Kehadiran perencat dalam campuran tindak balas rantai polimerase (PCR) juga boleh menyebabkan keciciran lokus.
gene diversitykepelbagaian genSains ForensikTiadaUkuran kepelbagaian suatu lokus dalam satu populasi. Kepelbagaian gen juga ditakrifkan sebagai keheterozigotan jangkaan purata bagi suatu lokus dalam satu populasi. Pemprofilan DNA forensik menggunakan kepelbagaian ini untuk membezakan antara individu apabila sejumlah lokus yang sesuai diuji.
12345678910...

Kembali ke atas