Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lom.bong] | لومبوڠ

Definisi : 1. dalam (pinggan, mangkuk, dll), jeluk; pinggan ~ pinggan dalam; 2. lubang dlm tanah tempat menggali bijih logam, tam-bang; ~ dedah (Geo) lombong yg lubangnya besar dan terbuka ke atas (dikerjakan dgn meng­gunakan kapal korek dan bomba palung); ~ tebuk lombong yg lubangnya tegak atau melintang dan sangat dalam (utk menggali timah sampai ke uratnya); anak ~ pekerja lombong; melombong menggali lombong utk men­dapatkan bijih logam: kapal korek diguna­kan utk ~ bijih timah di kawasan yg besar­-besar; perlombongan 1. pekerjaan melombong: jabatan itu akan membimbing orang Melayu dlm lapangan ~; 2. tempat melombong: di negeri itu terdapat tanah ~ yg kaya; pelombong orang yg mengusahakan lom­bong, tuan punya lombong: bijih timah menyebabkan ramai ~ dan saudagar ber­tumpu ke sana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lom.bong] | لومبوڠ

Definisi : 1 tidak leper (bkn pinggan mangkuk dll); dalam; jeluk: pinggan ~. 2 lubang dlm tanah tempat menggali bijih logam; tambang. ~ dedah lombong yg lubangnya besar dan terbuka (dikerjakan dgn kapal korek atau bomba palung). ~ tebuk lombong yg lubangnya sangat dalam, sama ada menegak atau melintang. melombong menggali lombong utk mendapatkan bijih logam. perlombongan hal-hal yg berkaitan dgn lombong (tambang). pelombongan 1 hal atau perbuatan melombong. 2 tempat melombong. pelombong orang yg mengusahakan lombong; pemilik lombong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lombong (kata nama)
Bersinonim dengan tambang, makdan, korok, kolong, tembusan;,
Kata Terbitan : melombong, perlombongan,

Puisi
 

Gulai lobak ikan senangin,
     Nampak lombong mengail emas;
Ombak besar dikacau angin,
     Ikan di tepi mati lemas.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
land clearing (lombong)Pemugaran Tanah /Pembersihan TanahIstilah13.01.2011
apakah maksud dunia menurut kamus dewan beserta muka surat ke berapa dalam kamus tersebut?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna dunia ialah 1. bumi dan segala yg terdapat di permukaannya, alam (tempat kita duduki): lombong Kinta ialah kawasan lombong bijih timah yg terkaya di ~; itulah kekasihnya ~ dan akhirat; 2. perihal hidup, kehidupan: ~ hari ini penuh dgn penindasan dan kepura-puraan; 3. segala manusia yg hidup di bumi: seluruh ~ turut bersedih atas kematian Presiden John. F. Kennedy; 4. bidang, lapangan, alam: dlm ~ perniagaan orang Melayu masih jauh ketinggalan; 5. bahagian dunia (negara dll), masyarakat: ~ sebelah sini masih lagi dlm keadaan huru-hara; ~ barat; ~ akhirat sepanjang masa, di dunia dan di akhirat; ~ kanak-kanak perihal hidup kanak-kanak; ~ luar masyarakat (negeri dll) luar; ~ ramai masyarakat ramai (umum); ~ sukan lapangan sukan; ~ diadang, kikir diperbuat, ~ diadang, saku dijahit prb bersuka-suka mahu, tetapi mengeluarkan wang enggan; memakai ~ berganti-ganti, yg hidup sesarkan mati, dgn mati itu bernanti-nanti prb baka yg turun-temurun tidak akan putus;Makna05.07.2010
lihat lampiran
1. Perkataan adit terdapat dalam istilah bidang Geologi dan huraian yang diberikan ialah "Laluan mendatar daripada permukaan tanah ke sebuah lombong."

2. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, adit diterjemahkan sebagai kolong.

3. Kamus Dewan Perdana pula mentakrifkan kolong sebagai "lubang yg besar dan memanjang di dlm tanah, lombong dll"

Semoga maklumat yang diberikan ini bermanfaat.
Istilah19.05.2023
Salam sejahtera, Apakah perbezaan antara 'Pelombongan' dan 'Perlombongan'?Pelombongan bermaksud hal atau perbuatan melombong, manakala perlombongan bermaksud hal-hal yang berkaitan dengan lombong.Tatabahasa03.01.2017
1. Di pasar Ramadan banyak terdapat kuih Melayu yang dibuat daripada tepung pulut yang berinti_________. A. Manis B. Manisan C. Pemanis D. Bermanis-manis 2. Mangsa yang mati di lombong tinggal itu telah_______ oleh pasukan penyelamat pada pagi tadi. A. Bertemu B. Ditemukan C. Ditemui D. Menemui Terima Kasih atas pertolongan anda.1. (b) manisan. 2. (c) ditemui.Tatabahasa26.02.2009
Apaka perbezaan antara parit dan longkang?Parit bermaksud 1. alur (salur dll) utk mengalirkan air dll; 2. lubang yg panjang dlm tanah (sbg kubu dll); 3. alir, terusan air, tali air; 4. lubang tempat menggali bijih dll, lombong; 5. alur atau jalur pd kayu dll; 6. ark ranjau darat (laut); manakala longkang pula ialah parit, limbahan. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Lain-lain04.03.2010
perbezaan antara koperasi dan royaltiKoperasi ialah syarikat yang dianggotai  dan diuruskan oleh sekumpulan orang untuk menjalankan kegiatan ekonomi (perniagaan,dsb) dengan faedah dan keuntungan dikongsi bersama. Royalti ialah bayaran tertentu yang dibuat oleh penerbit kepada pengarang, penyanyi, dsb atas setiap naskhah karya mereka yang terjual ; perkongsian  keuntungan seperti dalam pengusahaan lombong, telaga minyak atau ciptaan jentera.Makna15.02.2008
Adakah ranjau sama erti dengan periuk api? Jika ya, adakah ranjau padanan sesuai untuk 'landmine'/'mine'?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud ranjau ialah
1. Benda tajam (daripada besi, buluh, dan lain-lain) yg dipasang di tanah dan lain-lain untuk melukai orang.
2. Sejenis alat letupan (peledak) yang ditanam di darat (dipasang di laut).
3. Sesuatu yang dibuat untuk mencelakakan orang atau tipu daya.

Manakala maksud land mine pula ialah bermaksud ranjau letupan darat dan maksud mine pula ialah lombong atau periuk api
Makna23.10.2018
Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:26am salam Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:26am minta maaf Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:26am boleh saya tumpang bertanya Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:26am puisi dato usman awang tajuk 1 mei,pernah tak dikeluarkan di DBP ye? Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:27am satu Mei ~ Usman Awang Merekalah menyusun lapis-lapis besi waja Merekalah membina batu-bata Membancuhnya dengan titik peluh – bangunan tinggi itu masih jua meminta lalu diberikanlah nyawanya. Merekalah yang menyedut udara kotor Racun gas itu berbaur di rongga menjalari saraf pernafasannya menghentikan detak jantungnya –segalanya untuk upah beberapa sen cuma. Merekalah membunyikan mesin-mesin kilang debu dan serbuk logam berterbangan hari demi hari berkumpul bersarang di jantung dan paru-parunya –jentera kilang itu masih lagi meminta lalu kudunglah jarinya lalu kudunglah tangannya lalu kudunglah nyawanya segalanya untuk upah beberapa sen cuma. Merekalah menggali perut bumi yang sakit lumpur dan pasir memenuhi tiap rongga tanah lombong yang selalu mengucapkan simpati menimbusi membungkus tubuh para pekerja melindunginya dari pemerasan kejam –upah yang diterimanya sekadar beras segenggam. Merekalah mewarisi pusaka zaman seluar sehelai baju bertampal tikar buruk di sudut bangsal tulang selangka dapat dibilang. Mereka kini menyedari kekuatan diri Mengubah wajah sebuah negeri MenMaklumat yang diperlukan tiada dalam sumber rujukan kami. Puan boleh membuat rujukan buku-buku puisi: Pilihan puisi Usman Awang, terbitan Hokkien Association of Malaysia dan Puisi-puisi pilihan Usman Awang, terbitan Fajar bakti.Lain-lain25.11.2015
Apa perbezaan antara ayat berikut: "baik hati" dan "murah hati", "belas kasihan" dan "bertimbang rasa", "Berhemah Tinggi" dan "Kesopanan", "Kejujuran" dan "Amanah", "Kecekalan" dan "Kerajinan", "Persaudaraan" dan "Kemasyarakatan"?. Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dinyatakan takrifan perkataan yang berikut:  "baik hati" =  suka menolong, mudah simpati dan pengasih,  "murah hati" = a) suka memberi, tidak kedekut; b) pengasih dan penyayang, "belas kasihan" = perasaan sungguh bertimbang rasa dan hiba terhadap seseorang dll yg malang,   "bertimbang rasa" =menaruh (menunjukkan) timbang rasa (belas kasihan dll), bersimpati, berlaku adil. "Berhemah Tinggi" = mempunyai budi pekerti yg mulia,  "Kesopanan" = 1. perihal sopan (tingkah laku, tutur kata, dll): gambar yg membayangkan ~ seorang gadis desa; 2. adat sopan santun, tatasusila, tingkah laku (tutur kata) yg baik: perbuatan kita sudah melanggar ~ timur; 3. keadaban, peradaban. "Kejujuran"  = perihal jujur, kelurusan hati, keikhlasan: dia masih ragu-ragu tentang ~ anak muda yg baru dikenalinya itu. "Amanah" =1. = amanat sesuatu yg dipercayakan kpd orang (diserahkan utk disimpan dll): bungkusan-bungkusan ini ialah ~ orang; 2. kepercayaan yg diletakkan kpd seseorang; 3. = amanat keamanan, ketenteraman: bahagia dan ~; 4. kepercayaan, boleh dipercayai, jujur; orang ~ orang yg boleh dipercayai; pecah ~ perbuatan mensia-siakan amanah (kepercayaan) orang dll (dgn menipu dsb); 5. (Eko) hak yg boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah utk mendapatkan faedah drpd sesuatu harta.  "Kecekalan" =  ketabahan (keteguhan, ketetapan) hati.  "Kerajinan" = 1. perihal rajin, kegiatan, ketekunan: guru hendaklah mendatangkan kecenderungan dan ~ pd kanak-kanak; kerana ~ dan ketekunan semua pekerja di lombong itu, syarikat mengambil keputusan memberi mereka bonus; 2. perusahaan membuat (menghasilkan) sesuatu: mereka mesti pandai memajukan ~ rakyat; ~ rumah tangga perusahaan kecil yg dikerjakan di rumah; ~ tangan pekerjaan (perusahaan) dgn tangan (bukan dgn mesin).  "Persaudaraan"  = perihal bersaudara, perhubungan spt bersaudara, pertalian yg rapat sekali (seolah-olah bersaudara): merekalah yg menguatkan tali ~ antara berbagai-bagai kaum.  "Kemasyarakatan" =keadaan masyarakat, yg berkaitan dgn masyarakat: penting juga kita mengetahui sejarah dan ~ tempat puisi itu dilahirkan; satu aliran kesusasteraan terlalu memberatkan soal ~; ilmu ~ sosiologi.Istilah07.11.2010

Kembali ke atas