Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Suk) acara meloncat melampaui suatu rin­tangan yg dapat ditinggikan atau direndah­kan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (dlm olahraga) gerakan meloncat utk melampaui paras yg dpt diubah-ubah tingginya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sambil lompat berlari-lari,
     Lompat mari ke dalam kolam;
Tuan cabut cincin di jari,
     Tidakkah turun di hati muram.


Lihat selanjutnya...(11)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.penggunaan antaranya termasuklah 2. 'antaranya termasuk lompat tinggi, lompat jauh, lumba lari dan sebagainya.' ayat ini betul atau salah?^^Ayat yang betul ialah antaranya termasuklah ialah lompat tinggi, lompat jauh, lumba lari dan sebagainyaTatabahasa02.06.2016
Adakah ayat ini betul? Seorang peserta lompat tinggi berjaya melepasi ketinggian lompatan yang ditetapkan.Perkataan 'acara' perlu ditambah sebelum 'lompat tinggi' untuk menunjukkan lompat tinggi merupakan salah satu acara dalam pertandingan sukan. Ayat yang lebih tepat ialah "Seorang peserta acara lompat tinggi berjaya melepasi ketinggian lompatan yang ditetapkan.Tatabahasa30.03.2012
Menurut kamus dewan edisi keempat, sukaneka ialah sukan yang pelbagai jenis. Adakah acara lari berganti-ganti, larian 100 meter, lompat tinggi, lompat jauh, lompat tali dan lontar peluru digolongkan di bawah acara sukaneka?Untuk makluman, semua sukan tersebut termasuk dalam golongan sukaneka.Makna25.05.2017
Merujuk kepada kamus dewan, 'selain' bermaksud di samping, bersama-sama dgn. Adakah penggunaan 'selain' dalam frasa berikut gramatis? a) Selain acara lompat tinggi, ... b) Selain daripada acara lompat tinggi, ...Ayat yang gramatis ialah ayat (a). Penggunaan selain daripada itu merupakan bentuk lewah kerana selain sudah bermaksud lain daripada.  Tatabahasa12.07.2009
Adakah ayat-ayat ini betul. Kalau salah, mengapa ? 1. Bunga-bunga yang ditanam oleh Pak Abu cantik-cantik belaka. 2. Kelvin melompat tinggi di padang sekolahnya. 3. Kelvin membuat lompatan dengan sedaya upaya untuk memenangi acara lompat tinggi. 4. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara-acara yang diadakan seperti lumba lari, lompat jauh dan lompat tinggi. 5. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara lompat jauh, lompat tinggi dan lumba lari yang diadakan.1. Bunga-bunga yang ditanam oleh Pak Abu cantik-cantik belaka. - tidak gramatis kerana penggunaan kata jamak sekali sahaj dalam satu ayat. 
2. Kelvin melompat tinggi di padang sekolahnya. tidak gramatis kerana tinggi ialah kata dajektif dan kata adjektif tidak boleh hadir sebagai objek untuk melengkapkan ayat.
3. Kelvin membuat lompatan dengan sedaya upaya untuk memenangi acara lompat tinggi. - betul
4. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara-acara yang diadakan seperti lumba lari, lompat jauh dan lompat tinggi. tidak gramatis, perkataan acara tidak perlu dijamakkan.
5. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara lompat jauh, lompat tinggi dan lumba lari yang diadakan. - betul
Tatabahasa08.08.2012
1)Adakah ayat ini betul? Antara permainan yang diadakan adalah lumba lari, lompat jauh dan lompat tinggi. Bolehkah perkataan 'antara' berada di awal ayat.sekiranya tidak boleh kenapa? Betulkah penggunaan kata 'adalah' dalam ayat ini? Terangkan perbezaan antara penggunaan 'ialah' dengan 'adalah'? 2)Acara sukan yang dipertandingkan ialah seperti lari dalam guni, lompat jauh dan lompat tinggi. Bolehkah 'ialah seperti hadir secara serentak?kenapa?Antara boleh hadir pada permulaan ayat, manakala adalah perlu diikuti dengan kata sendi nama atau kata adjektif. Oleh itu, ayat yang betul ialah "Antara permainan yang diadakan ialah lumba lari, lompat jauh dan lompat tinggi". Untuk makluman saudara kata pemeri ialah hadir di hadapan kata nama atau frasa nama seperti ayat contoh tersebut.Tatabahasa02.05.2012

Kembali ke atas