Dekatlon ialah pertandingan yang memakan
masa selama dua hari dalam sepuluh acara untuk
menentukan johan secara keseluruhan. Atlet
akan bertanding dalam acara pecut 100 meter,
lompat jauh, lontar peluru, lompat tinggi, dan
larian 400 meter dalam urutan yang sama pada
hari yang pertama. Acara pada hari kedua ialah
lari berhalangan 110 meter, lempar cakera, lompat
bergalah, lontar lembing dan lari 1500 meter. Atlet
bertanding melawan masa dan jarak piawaian yang
telah ditetapkan, bukannya bertanding antara satu
sama lain. Setiap acara dapat menghasilkan hingga
1200 mata. Atlet yang meraih mata keseluruhan
yang paling banyak memenangi pertandingan
dekatlon ini.