Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lom.pong] | لومڤوڠ

Definisi : 1. kosong, hampa; 2. ki bodoh, pandir; melompong; kosong ~ bp kosong sama sekali atau keseluruhannya, hampa belaka; lopong II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lom.pong] | لومڤوڠ

Definisi : ; ~ sagu sj kuih yg dibuat drpd sagu dan pisang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lom.pong] | لومڤوڠ

Definisi : tidak berisi; kosong; hampa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lompong
Rujuk :lompang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
core barrelcerompong terasKejuruteraanPetroleumPeranti berbentuk silinder yang lompong serta mempunyai mata di hujungnya, digunakan dalam sistem penggerudian berputar untuk memotong formasi bagi mendapatkan teras. Cerompong ini dipasang dibahagian paling bawah paip gerudi menggantikan tempat bit gerudi atau dipasang bersama-sama dengan sejenit bit yang khas.
bucket tappettapet timbaKejuruteraan AutomotifEnjinKomponen pengangkat injap berbentuk silinder lompong yang digunakan pada sebilangan enjin jenis aci sesondol kepala atas. Tapet timba berupa timba yang telungkup. Bahagian bawah timba mempunyai permukaan yang rata dan bersentuhan dengan cuping sesondol manakala bahagian dalamnya bersentuhan dengan pegas dan batang injap.
cnidoblastknidoblasBiologiHistologi dan SitologiSel epiderma selenterat khusus, berbentuk bujur dan mengandungi pundi berisi cecair yang terletak pada lingkaran bebenang panjang dan lompong kemudian terpancut keluar apabila menerima rangsangan (nematosista). Ada tiga jenis knidoblas, iaitu sel sengat (di lengan ampai-ampai), sel berbelit (bebenang yang membelit mangsa) dan sel pelekat (bebenang yang diliputi bahan pelekat dan melekat pada mangsa). knida.
lack of bondkurang cantumanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKelemahan yang terdapat pada ikatan antara satu lapisan permukaan dengan satu permukaan yang lain. Kelemahan tersebut disebabkan oleh kehadiran lompong udara pada sebahagian ikatan tersebut.
abacusabakusKesenianHiasan DalamanKepingan batu leper berbentuk segi empat, serong dan berkumai yang diletakkan di bahagian kepala tiang, berfungsi sebagai pelapik untuk menyokong beban di atasnya. Abakus atau penutup tiang ini diperlukan kerana tiang dalam seni bina klasik bersifat lompong. Lihat juga tiang.
abacusabakusKesenianSeni BinaKepingan batu leper di bahagian kepala tiang yang berfungsi sebagai pelapik untuk menyokong beban di atasnya. Dalam seni bina klasik, bahagian ini mempunyai pelbagai reka bentuk dan hiasan daripada bentuk yang ringkas sehinggalah kepada bentuk yang bercorak, seperti tiang dalam aturan Corinth dan aturan Ionia. Abakus atau penutup tiang ini diperlukan kerana tiang dalam seni bina klasik bersifat lompong di dalamnya (tidak padu). Abakus dalam seni bina moden bersifat padu seperti tiang konkrit tetulang yang lebih bertujuan untuk mewujudkan kesan estetik. Lihat juga aturan Corinth, aturan Ionia.

Kembali ke atas