Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[long.go/] | لوڠݢوق

Definisi : himpunan (buah, padi, sampah, dll), onggok, timbun, tompok: buah itu sepuluh sen se~; berlonggok, berlonggok-longgok berhimpun, beronggok(-onggok), bertimbun-timbun, ber­tompok-tompok: kain baju yg belum bercuci berlonggok-longgok; beberapa orang pekerja duduk berlonggok-longgok di situ; melonggokkan menghimpunkan, menim­bunkan, menompokkan: nasi dilonggokkan di dlm daun itu; longgokan himpunan, timbunan, tompokan: lalat banyak hinggap di ~ sampah itu; pelonggokan perihal (proses atau perbuatan) melonggokkan, penimbunan: ~ sampah sarap di tepi jalan tentunya menjelikkan peman­dangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[long.go/] | لوڠݢوق

Definisi : himpunan yg bertindih-tindih dan tidak teratur (bkn barang jualan dll); tompok: jual ~ jualan yg dibuat secara selonggok-selonggok (bukan satu-satu). berlonggok berhimpun secara longgok (bkn barang jualan dll). berlonggok-longgok bertimbun-timbun; bertompok-tompok. melonggokkan menghimpunkan supaya berlonggok; menimbunkan: Mereka ~ buah kelapa yg telah digugurkan itu di satu tempat. longgokan sesuatu yg dihimpunkan berlonggok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
longgok
Kata Terbitan : berlonggok, berlonggok-longgok, melonggokkan, longgokan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang ayat di bawah. 1.Ayah membeli (kedua-dua @ dua-dua ) longgok buah durian itu.

Dua-dua bermaksud dua biji dalam satu kelompok: Buah durian itu diikat dua-dua ( dua biji dalam satu kelompok atau longgok).

Kedua-dua longgok bermaksud kelompok atau longgok yang terdiri daripada dua longgok (dalam satu longgok boleh lebih daripada dua biji); dua-dua sekali

Makna02.09.2014
selonggok pinggan atau setimbun pinggan ( beberapa keping pinggan yang tersusun)Longgok bermaksud himpunan atau timbunan. Oleh itu, selonggok pinggan sama maksudnya dengan setimbun pinggan.Tatabahasa01.02.2012
Salam.Terima kasih kerana menjawab soalan saya sebelum ini.Soalan saya kali ini , antara setimbun ikan dengan selonggok ikan yang manakan lebih tepat.Mengapa.Timbun dan longgok sama maknanya, iaitu himpunan sesuatu yang bertindih-tindih. Oleh itu, setimbun ikan atau selonggok ikan kedua-duanya adalah betul.Tatabahasa29.07.2011
Apakah terjemahan yang terbaik untuk perkataan "dollop" dalam ayat a dollop of cream. Perkataan selonggok seperti kurang sesuai dengan konteks.

Mengikut Kamus Dewan, perkataan dollop bermaksud “longgok”. Jika dilihat contoh ayat yang tuan berikan, dollop boleh dikategorikan sebagai penjodoh bilangan. Walau bagaimanapun, tidak semua perkataan perlu diberikan penjodoh bilangan kerana penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. 

Lain-lain06.12.2019
JIKA BILANGAN BANYAK DIKATA SEMANGKUK KERANG JIKA SATU DIPANGIL APA

Encik Mohamad Zaki, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Sebenarnya tidak semua benda mesti mempunyai penjodoh bilangannya. Kerang umpamanya sering disukat dengan mangkok, kilo, longgok dan sebagainya. Namun untuk satu kerang jarang sekali ada penjidoh bilangannya. Setakat ini hanya inilah jawapan yang boleh kami berikan.

Tatabahasa08.07.2009
Apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan 'screenshot'?Salam sejahtera,

Tuan,

 Berdasarkan data kami, terdapat perkataan, screen capture yang diterjemah kepada tangkapan skrin yang bermaksud: Aktiviti menyalin atau memindahkan imej yang sedang dipaparkan di skrin komputer ke fail atau pencetak. Sekiranya sistem berada di dalam mod grafik, tangkapan skrin akan menghasilkan fail grafik yang mengandungi peta bit. Sekiranya sistem dalam mod teks, tangkapan skrin dimuatkan ke dalam fail dengan kod ASCII. Sinonim longgok skrin(Bidang teknologi maklumat).

Tuan boleh mengguna pakai terjemahan ini jika konteks yang sama.

Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk http://prpm.dbp.gov.my/.

Sekian, terima kasih.
Makna19.07.2017

Kembali ke atas