Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[long.go/] | لوڠݢوق

Definisi : himpunan (buah, padi, sampah, dll), onggok, timbun, tompok: buah itu sepuluh sen se~; berlonggok, berlonggok-longgok berhimpun, beronggok(-onggok), bertimbun-timbun, ber­tompok-tompok: kain baju yg belum bercuci berlonggok-longgok; beberapa orang pekerja duduk berlonggok-longgok di situ; melonggokkan menghimpunkan, menim­bunkan, menompokkan: nasi dilonggokkan di dlm daun itu; longgokan himpunan, timbunan, tompokan: lalat banyak hinggap di ~ sampah itu; pelonggokan perihal (proses atau perbuatan) melonggokkan, penimbunan: ~ sampah sarap di tepi jalan tentunya menjelikkan peman­dangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[long.go/] | لوڠݢوق

Definisi : himpunan yg bertindih-tindih dan tidak teratur (bkn barang jualan dll); tompok: jual ~ jualan yg dibuat secara selonggok-selonggok (bukan satu-satu). berlonggok berhimpun secara longgok (bkn barang jualan dll). berlonggok-longgok bertimbun-timbun; bertompok-tompok. melonggokkan menghimpunkan supaya berlonggok; menimbunkan: Mereka ~ buah kelapa yg telah digugurkan itu di satu tempat. longgokan sesuatu yg dihimpunkan berlonggok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
longgok
Kata Terbitan : berlonggok, berlonggok-longgok, melonggokkan, longgokan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Jangan longgok karya sampah [diwawancara oleh Sazalee Yacob]Rosli K. MatariBerita Harian14.02.2004
Jangan longgok definisi karya popular semberono: Shamsiah [diwawancara oleh Salbiah Ani]Shamsiah Mohd. NorBerita Harian27.05.2003
Antara metos dan ratu longgokTiadaPentas Dunia11.04.1993

Kembali ke atas