Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[long.go/] | لوڠݢوق

Definisi : himpunan (buah, padi, sampah, dll), onggok, timbun, tompok: buah itu sepuluh sen se~; berlonggok, berlonggok-longgok berhimpun, beronggok(-onggok), bertimbun-timbun, ber­tompok-tompok: kain baju yg belum bercuci berlonggok-longgok; beberapa orang pekerja duduk berlonggok-longgok di situ; melonggokkan menghimpunkan, menim­bunkan, menompokkan: nasi dilonggokkan di dlm daun itu; longgokan himpunan, timbunan, tompokan: lalat banyak hinggap di ~ sampah itu; pelonggokan perihal (proses atau perbuatan) melonggokkan, penimbunan: ~ sampah sarap di tepi jalan tentunya menjelikkan peman­dangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[long.go/] | لوڠݢوق

Definisi : himpunan yg bertindih-tindih dan tidak teratur (bkn barang jualan dll); tompok: jual ~ jualan yg dibuat secara selonggok-selonggok (bukan satu-satu). berlonggok berhimpun secara longgok (bkn barang jualan dll). berlonggok-longgok bertimbun-timbun; bertompok-tompok. melonggokkan menghimpunkan supaya berlonggok; menimbunkan: Mereka ~ buah kelapa yg telah digugurkan itu di satu tempat. longgokan sesuatu yg dihimpunkan berlonggok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
longgok
Kata Terbitan : berlonggok, berlonggok-longgok, melonggokkan, longgokan,


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
carbon-pile regulatorpengatur longgok karbonpengatur timbunan karbonpengatur timbunan karbon/pengatur longgokKejuruteraan
deckonggok balaklonggok balaklonggok balakPerhutanan
screen dumplimpah layarlonggok skrinlonggok skrinTeknologi Maklumat
piling and burningtimbun-bakarlonggok dan bakar/timbunlonggok dan bakar/timbunPerhutanan
accumulated deviationsimpangan terakumulasisisihan terlonggoksisihan longgokMatematik
cumulative sum distributionsebaran jumlah kumulatiftaburan hasil tambah melonggoktaburan hasil tambah longgokMatematik
cumulative frequency (probability) functionfungsi frekuensi kumulatiffungsi kekerapan melonggokfungsi kekerapan longgokMatematik
cumulative distribution (probability) functionfungsi sebaran kumulatiffungsi taburan melonggokfungsi taburan longgokMatematik
log dumpstempat pengumpulan kayulonggok balaklomggok balakPerhutanan

Kembali ke atas