Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[long.go.kan]/[long.go/.kan] | لوڠݢوقن

Definisi : himpunan, timbunan, tompokan: lalat banyak hinggap di ~ sampah itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[long.go.kan]/[long.go/.kan] | لوڠݢوقن

Definisi : sesuatu yg dihimpunkan berlonggok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
longgok
Kata Terbitan : berlonggok, berlonggok-longgok, melonggokkan, longgokan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Longgokan kayu yang belum (diangkat @ diangkut) itu mengganggu kehidupan penduduk tempatan. Manakah kata kerja yang paling sesuai untuk konteks ayat di atas? Terima kasih atas bantuan tuan.Kata kerja yang sesuai dalan ayat tersebut ialah "Longgokan kayu yang belum diangkut itu mengganggu kehidupan penduduk tempatan.Tatabahasa14.03.2018
Salam, bolehkah saudara menjelaskan apakah maksud brush pile dalam kontesk perikanan bahasa melayu? Adakah ia bermaksud longgokan kayu?Padanan brush pile ialah tumpuk berus, iaitu istilah yang digunakan dalam bidang Biologi.Istilah15.08.2016
Tuan/Puan Salam sejahtera dan terima kasih atas bantuan. "Investment Bundle" merujuk kepada pelbagai jenis pelaburan yang boleh dilabur sekaligus dengan bank. Apakah terjemahan "Investment Bundle" yang paling sesuai - Ikatan Pelaburan, Berkas Pelaburan, Gabungan Pelaburan, Pakej Pelaburan atau terjemahan lain?Dalam bidang ekonomi, istilah bahasa Melayu untuk consumption bundle ialah longgokan penggunaan. Berdasarkan istilah tersebut, kami mencadangkan investment bundle diterjemahkan kepada Pelaburan Longgokan.Penyemakan dan penterjemahan19.03.2019
salam bahagia, saya ingi bertanya bolehkah perkataan "terutama" digunakan di permulaan ayat? adakah ianya kata hubung? diberi contoh ayat bagi surat peringatan : 2. Dukacita dimaklumkan bahawa pegawai kami di Cawangan Perolehan mendapati bahawa berkenaan tentang KETIDAKHADIRAN pekerja-pekerja pembersihan sejak November 2017.Susulan daripada itu kami juga menerima aduan daripada Pegawai Pemantau yang dilantik bagi setiap lokasi mengenai keadaan kebersihan persekitaran di ruang pejabat, lobi dan tandas berada pada tahap TIDAK MEMUASKAN. Terutama longgokan sampah yang banyak bagi setiap tempat tidak dikutip dan tiada penyediaan tisu dan sabun pencuci di tandas dan sebagainya.Salam sejahtera,

Tuan,

Terutama merupakan kata terbitan bagi perkata "utama". Perkataan "utama" merupakan kata adjektif. Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Kata adjektif tidak boleh digunakan pada awal ayat.

Sila kemukakan soalan berikutnya dengan lebih jelas.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa14.12.2017
apakah maksud komulatif. Dlm kamus dbp edisi ke 4 tiada tp perkataan trsebut sering didengar dan disebut terutama dlm matematik. Mungkin salah ejaan yg saya rujuk ataupun ada ejaan lain atau perkataan yg hampir serupa dengan perkataan komulatif. harap dapat bantu. Tk.Ejaan yang betul ialah kumulatif, iaitu bertimbunan atau menjadi makin banyak (makin besar dan sebagainya) kerana pertam­bahan (hasil pertambahan yang berulang kali) atau disebut juga sebagai longgokan atau terkumpul.Makna14.04.2010

Kembali ke atas