Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[long.lai] | لوڠلاي

Definisi : 1. lemah lembut (gerakan tubuh dll) terliuk-liuk, gemalai: tangannya melambai ~; 2. tidak bermaya, lemah; lemah ~ lemah gemulai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[long.lai] | لوڠلاي

Definisi : 1 lemah lembut (bkn gerakan tubuh dll); terliuk-liuk: Penari itu mengayunkan langkah dgn lemah ~. 2 tidak bermaya; lemah: Wanita itu kelihatan ~ apabila hakim menjatuhkan hukuman ke atasnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
longlai
Rujuk :lemah


Pantun

PantunSumberTema
Liuk longlai dipupuk bayu, Bayu sampai ke taman raja; Kalaulah bunga mematah layu, Kumbang yang mana datang memuja.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tengah hari menggetah burung, Baju basah tubuh pun longlai; Patah hati pecahlah jantung, Baru nikah disuruh bercerai.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Jatuh tupai salah melompat, Berkejar naik ke batang pinang; Tubuhku longlai patah semangat, Mendengar adik dipinang orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Wangilah bunga di tepi hutan, Diaruk kumbang dahan terkulai; Lakilah tua bini menyetan, Remuklah tulang badan pun longlai.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas