Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lon.jong] | لونجوڠ

Definisi : 1. makin ke atas makin runcing (bentuk rumah, atap, dll), runjung: songkok­nya tinggi dan kecil ke atas, ~ bentuknya; 2. Jw bulat bujur, bulat panjang: kepalanya ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lon.jong] | لونجوڠ

Definisi : Tr tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lon.jong] | لونجوڠ

Definisi : 1 makin ke atas makin runcing (bkn bentuk atap dll). 2 bentuk yg bulat panjang spt bentuk buah kundur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lonjong


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara makna bentuk lonjong dan bujur? Adakah terdapat perbezaan makna antara kedua-dua bentuk tersebut?Bentuk lonjong ialah bentuk yang bulat panjang seperti bentuk buah kundur manakala bentuk bundar ialah bujur seperti bentuk bulat yang dileperkan.Makna23.01.2019
Apakah perbezaan antara makna bentuk lonjong dan bundar? Adakah terdapat perbezaan antara kedua-dua makna bentuk tersebut?Bentuk lonjong ialah bentuk yang bulat panjang seperti bentuk buah kundur manakala bentuk bundar ialah bujur seperti bentuk bulat yang dileperkan.Makna23.01.2019
selamat petang . Apakah perkataan yang sesuai bagi bentuk bola ragbi. 1. Bola ragbi itu berbentuk bujur. 2. Bola ragbi itu berbentuk lonjong . Apakah perbezaan maksud antara perkataan bujur dan lonjong? Jika dalam ujian UPSR , perkataan manakah yang paling sesuai??Bola ragbi berbentuk bujur. Sila lihat Kamus Dewan Edisi Keempat di bawah entri ragbi.Istilah02.09.2009
Assalam, saya inginkan pencerahan. Apakah jawapan untuk bentuk ikan bawal? A) leper B) bujur C) lonjong D) tirus Terima kasihUntuk makluman puan, jika ikan tersebut dilihat dari arah hadapan, ia berbentuk bujur. Kalau ikan tersebut dibaringkan, dari arah tepi ikan tersebut akan kelihatan leper.Lain-lain26.10.2018
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Lintas idea itu dalam fikiran saya ketika saya mendengar lagu. 2. Telur angsa berbentuk lonjong. Terima kasih.Ayat pertama tidak gramatis kerana perkataan lintas tidak membawa makan yang tepat dalam konteks ayat tersebut. Ayat kedua gramatis dan boleh digunakan.Tatabahasa15.10.2012

Kembali ke atas