Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.rong] | لوروڠ

Definisi : jalan (biasanya ada rumah di kiri kanannya), jalan kecil: sepanjang ~ itu orang tidur di kaki lima; berlorong mempunyai lorong: kawasan per­kampungan yg ~ kecil; melorongkan 1. mengarahkan, memandu, menunjukkan jalan: kelong mempunyai dua petak, petak luar ~ ikan masuk ke petak dalam; 2. mengabulkan, meluluskan (per­mintaan dll): permintaan mereka dilorong­kan Tuhan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.rong] | لوروڠ

Definisi : Mn ark berkenaan dgn, mengenai, tentang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.rong] | لوروڠ

Definisi : jalan kecil (biasanya ada rumah di kiri kanannya). melorongkan 1 menunjukkan atau mengarahkan jalan. 2 ki mengabulkan atau meluluskan (permohonan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lorong (kata nama)
Bersinonim dengan jalan kecil, jalan, benderung;,
Kata Terbitan : melorongkan,

Peribahasa

Sepanjang-panjang tali,
     tidak sepanjang mulut manusia.

Bermaksud :

Cakap orang dapat dilakukan dengan sesuka hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Sepanjang-panjang lorong masih panjang mulut).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. lorong joging / lorong berjoging 2. merindui sesama sendiri/ merindui sesama diri / merindui sesama diri sendiriJawapan yang betul ialah 1. lorong joging. 2. Merindui sesama sendiri.Lain-lain20.10.2010
1.Lorong itu dikhaskan untuk pejalan kaki. 2. Lorong itu dikhaskan kepada pejalan kaki. Yang manakah lebih tepat?Ayat yang betul ialah "Lorong itu dikhaskan untuk pejalan kaki. "Tatabahasa15.09.2022
Minta penjelasan terhadap ayat berikut: 1. Bau masakan Siti boleh dihidu hingga ke rumah saya ATAU hingga rumah saya 2. Kami mengekori pencuri itu hingga ke hujung lorong ATAU hingga hujung lorong. 3. Saya mencintai dia hingga ke akhir hayat ATAU hingga akhir hayat Terima kasihJawapan yang betul ialah:
1. Bau masakan Siti boleh dihidu hingga rumah saya
2. Kami mengekori pencuri itu hingga hujung lorong.
3. Saya mencintai dia hingga akhir hayat.
 
Bagi kata sendi nama hingga dan ke, kedua-duanya tidak digunakan secara berturutan. Bagi contoh ayat di atas kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa.
Tatabahasa26.04.2012
hati gadis itu menjadi kecut apabila melalui lorong yang sunyi itu. adakah perkataan kecut itu sesuai? terima kasihKecut bermaksud kering berkedut, manakala kecut hati dan kecut perut lazimnya dikiaskan kepada perasaan takut, ngeri dan sebagainya. Oleh itu, perkataan yang betul ialah kecut perut seperti "gadis itu berasa kecut perut apabila melalui lorong yang sunyi itu".Tatabahasa13.06.2013
1. a) Masuk adalah percuma b) Masuk percuma c) Hukuman yang menanti adalah maut d) Hukuman yang menanti ialah maut Yang manakah ayat yang betul. 2. Di sesetengah jalan raya ada dibuat lorong khas untuk motosikal dan basikal. Perkataan yang digunakan ialah "lorong sikal". Adakah betul penggunaannya. 3. Tolong berikan ayat contoh penggunaan 'ia'

1. a) Masuk adalah percuma b) Masuk percuma - kedua-dua ungkapan ini betul, perkataan adalah dalam ungkapan pertama menunjukkan unsur penegasan dalam ungkapan tersebut. 

Hukuman yang menanti ialah maut - ayat ini yang betul.

2. Istilah laluan sikal (bukan lorong sikal) ada digunakan sebagai padanan bikeway dalam bidang Kejuruteraan Automatif.

3. Ia - kata ganti nama diri ketiga; atau dia: contoh ayat,  ia bercita-cita hendak menjadi doktor.

Tatabahasa28.05.2010
Assalam tuan, dalam format surat kiriman rasmi,untuk alamat penerima (negeri) perlu ditulis dalam huruf kecil atau huruf besar? Contoh: (huruf besar pada pangkal shj) Jalan 23, Lorong Setia, Taman Bahagia, Bentong, Pahang. 14 MAC 2016 atau (semua huruf besar : negeri) Jalan 23, Lorong Setia, Taman Bahagia, Bentong, PAHANG. 14 MAC 2016 mohon pencerahan dengan kadar segera ...Terima kasih Tuan.Kedua-dua bentuk penulisan "... 50460 Kuala Lumpur." dan "... 50460 KUALA LUMPUR." adalah betul. Tuan boleh membuat pilihan bentuk yang hendak digunakan dan penggunaannya hendaklah tekal dalam semua surat.Ejaan28.09.2016
mencari perkataan selaian (lorong dan denai) untuk digunakan ,yg memgambarkan suasana kampong lama

Sawah bendang,  pepohon nyiur, atap rumbia, wakaf, tok penghulu, perigi, jamung, manjung, dan banyak lagi. Saudara boleh merujuk KD4 pada entri yang berlabel sl (sastera lama).

 

Lain-lain05.10.2009
Salam Saya mencari istilah yang sesuai dalam Bahasa Melayu untuk 'maze', iaitu istilah Bahasa Inggeris untuk teka-teki yang mencari jalan/laluan/lorong yang betul untuk tiba ke penamat. Bolehkah dicadangkan teka-teki seumpama itu dipanggil 'TEKA LIKU' dalam versi Bahasa Melayu? Harap Tuan/Puan dapat beri pandangan. Terima kasih. AidahDalam pangkalan data kami, istilah bahasa Melayu untuki "maze" ialah pagar sesat (bidang Pendidikan, Psikologi) dan lorongan keliru (bidang Perubatan). Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "maze" ialah teka lorong keliru atau teka laluan keliru.Istilah27.08.2013
Nazrul Tamdjis Dec 16th, 6:28pm Salam. Saya ada membeli buku lorong karya Othman Hj Zainuddin. bila sy baca 3 /4 buku baru perasaan buku ini salah dicetak. bab 1,2 dan 3 diulang cetak di bahagian belakang menyebabkan cerita tergantung. Saya membelinya di pesta buku 1 Malaysia. Amat mengecewakanWaalaikumussalam. Encik Nazrul, pertama sekali saya memohon maaf atas kesilapan yang berlaku. Dalam hal ini, saya memohon tuan mengembalikan buku tersebut kepada pihak Koperasi yang berpejabat di Tingkat Bawah, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur. Sekiranya tuan berada di Kuala Lumpur atau kawasan yang berhampiran dengannya, tuan boleh datang sendiri dan berjumpa dengan pegawainya, Encik Isa bin Khamis ataupun Encik Mat Zaini bin Mat Noor untuk penggantian buku tersebut. Pegawai ini boleh dihubungi melalui telefon 03-21479675/0102637174. Untuk keterangan lanjut, tuan juga boleh menghubungi editor buku tersebut, Puan Siti Rabiatul Adawiyah binti Abdul Hadi di talian 03-21479516. Pada naskhah yang kami ada, tidak berlaku kesilapan tersebut.Lain-lain16.12.2014
Perlu dapatkan pengesahan bagi penggunaan ayat yang sebenar iaitu trek basikal atau lorong basikal

Istilah08.01.2018
12

Kembali ke atas