Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.rong] | لوروڠ

Definisi : jalan (biasanya ada rumah di kiri kanannya), jalan kecil: sepanjang ~ itu orang tidur di kaki lima; berlorong mempunyai lorong: kawasan per­kampungan yg ~ kecil; melorongkan 1. mengarahkan, memandu, menunjukkan jalan: kelong mempunyai dua petak, petak luar ~ ikan masuk ke petak dalam; 2. mengabulkan, meluluskan (per­mintaan dll): permintaan mereka dilorong­kan Tuhan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.rong] | لوروڠ

Definisi : Mn ark berkenaan dgn, mengenai, tentang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.rong] | لوروڠ

Definisi : jalan kecil (biasanya ada rumah di kiri kanannya). melorongkan 1 menunjukkan atau mengarahkan jalan. 2 ki mengabulkan atau meluluskan (permohonan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lorong (kata nama)
Bersinonim dengan jalan kecil, jalan, benderung;,
Kata Terbitan : melorongkan,

Peribahasa

Sepanjang-panjang tali,
     tidak sepanjang mulut manusia.

Bermaksud :

Cakap orang dapat dilakukan dengan sesuka hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Sepanjang-panjang lorong masih panjang mulut).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
inscribed diametergaris pusat rangkumKejuruteraan AutomotifTiadaJarak garis pusat bulatan bayangan yang termasuk lorong-lorong putar.
lanelorongKejuruteraanTiada1. Laluan tertubuh, seperti lorong udara, lorong perkapalan, atau lorong lalu lintas lebuh raya.,2. Ruang di antara dua garis hiperbola pada corak pandu arah.
lorong pemangkahlorong pemangkahSukanTiadaDua lorong yang dibuat khas untuk tempat pemangkah membuat pangkahan khusus untuk gasing pangkah.
bridle and inspection pathlorong kecil dan lorong pemeriksaanPerhutananTiadaTiada
air laneslorong udaraAeroangkasaTiadaLorong udara yang biasanya digunakan oleh pesawat udara ringan pada altitud rendah.,Lorong udara yang biasanya digunakan oleh pesawat udara ringan pada altitud rendah.
lanes boxeskotak lorongSukanTiadaKotak bernombor yang disusun di setiap lorong bagi menandakan kedudukan atlet mengikut lorong.
traffic delineatorpenyempadan lalu lintasKejuruteraan AutomotifTiadaPenanda yang merupakan alat atau garisan cat di atas jalan raya untuk memberi panduan pengguna lebuh raya supaya berada dalam lorong yang dikehendaki, contohnya daripada dua lorong kepada satu lorong.
aislelorong rakPerpustakaanTiadaLorong rak: Laluan di antara dua rak buku yang terletak selari.
alleylorongKesenianSeni BinaLorong kecil di antara bangunan yang menghubungkan suatu bangunan ke bangunan yang lain.
radiation mazelorong sinaranKejuruteraanTiadaLorong berliku-liku dan berdinding tebal yang dibuat bagi mengurangkan keamatan sinar mengion.
12345678910...

Kembali ke atas