Osteomielitis ialah keradangan tulang dan
sumsum tulang , iaitu bahan bak jeli dalam teras
tulang. Osteomielitis disebabkan oleh jangkitan,
biasanya oleh bakteria yang dikenali sebagai
Stafilokokus aureus . Jangkitan sumsum tulang boleh
berlaku jika seseorang mempunyai patah kompaun.
Dalam patah sedemikian, sumsum tulang boleh
terdedah kepada udara yang mengandungi bakteria.
Dalam kes-kes lain, darah membawa bakteria dari
bisul, dari tonsil yang dijangkiti, atau dari jangkitan di
bahagian lain dalam badan ke sumsum tulang. Gejala
osteomielitis akut termasuk demam, kesejukan,
kesakitan pada tulang yang dijangkiti, dan loya.
Doktor biasanya merawat jangkitan ini dengan
antibiotik. Kadangkala, penyaliran melalui
pembedahan perlu dilakukan. Kelewatan merawat
osteomielitis boleh menyebabkan pemendekan
tulang dan seterusnya kecacatan.