Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.ya] | لويا

Definisi : berasa hendak muntah, muak, mual: tekaknya ~ menjamah kuih-kuih itu; meloyakan menyebabkan berasa hendak muntah: kotoran di tepi jalan itu sungguh ~; peloya orang yg mudah berasa loya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.ya] | لويا

Definisi : , = meloya berasa hendak muntah; mual: Tekaknya selalu saja ~ ketika mengandung. meloyakan menyebabkan berasa loya; memualkan: Bau yg hanyir dan busuk ini ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
loya
Kata Terbitan : meloya, meloyakan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mabuk hamilrasa loya-loya, pening dsb, biasanya pd se­belah pagi, yg dialami pd peringkat awal ke­hamilan;Kamus Dewan Edisi Keempat
loya, = meloya berasa hendak muntah; mual: Tekaknya selalu saja ~ ketika mengandung. meloyakan menyebabkan berasa loya; memualkan: Bau yg hanyir dan busuk ini ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
loyaberasa hendak muntah, muak, mual: tekaknya ~ menjamah kuih-kuih itu; meloyakan menyebabkan berasa hendak muntah: kotoran di tepi jalan itu sungguh ~; peloya orang yg mudah berasa loya.Kamus Dewan Edisi Keempat
mabuk1. pening kepala (hilang ingatan, tidak sedarkan diri, dsb) kerana meminum minuman keras atau makan gadung dsb: Ali dimarahi isterinya kerana pulang ke rumah dlm ke-adaan ~; 2. ki sangat suka (gemar) akan sesuatu ... terlalu sangat asyik (berahi): maka Tuanku Malim Dewana pun asyik dan ~lah melihat permainan ayahnya itu; ~ agak-agak (kira-kira) suka duduk berangan­angan sahaja (satu kerja pun tidak dibuatnya); ~ andan tergila-gila kerana hendak kahwin; ~ asmara (berahi, cendawan, cinta) hilang akal atau spt gila (kerana jatuh cinta dll); ~ bunga raya mabuk dgn muka berwarna merah; ~ bunga selasih terlalu mabuk (hingga tidak dapat berdiri dgn tegak); ~ darah a) pening kepala kerana melihat darah; b) peng­san kerana banyak kehilangan (keluar) darah; c) mengamuk setelah melihat darah; d) suka menumpahkan darah orang; ~ gunung berasa pening kerana udara agak tipis (di tempat­tempat yg tinggi, pergunungan, dll); ~ hamil rasa loya-loya, pening dsb, biasanya pd se­belah pagi, yg dialami pd peringkat awal ke­hamilan; ~ kecubung a) pening kepala kerana memakan biji kecubung; b) ki sangat berahi sehingga lupa akan hal-hal lain; ~ kepayang (kesmaran) fikiran terganggu (seakan-akan gila) sebab jatuh cinta dll; ~ laut (ombak) pening dan muntah-muntah dlm pelayaran (dgn kapal atau perahu); ~ tahi telinga menjadi bingung kerana mendengar bermacam-macam percakapan orang; ~ udara pening kerana naik kapal terbang; ~ di enggang lalu prb tertarik hati kpd orang yg tidak dikenali; spt orang ~ gadung prb sangat pucat; dimabuk diganggu atau terganggu oleh se­suatu (fikiran dll): kerana telah banyak sangat ~ asmara, pekerjaan Mansor mulai kelihatan mundur; ~ angan-angan gelisah hati (kerana sangat memikirkan sesuatu dll); ~ bayang-bayang mengalami cinta yg tidak berbalas; ~ nasib berasa sangat sedih kerana memikirkan nasib­nya; dimabuki diganggu oleh: selama tujuh ta-hun darwis itu ~ sakit cinta; memabukkan menjadikan (menyebabkan) mabuk: minuman yg ~; kemabukan sedang mabuk, dlm keadaan mabuk: dia sudah spt orang yg benar-benar ~, tidak peduli apa di hadapannya; pemabukan proses menjadi mabuk: bahaya ~ akibat arak atau dadah; pemabuk (orang yg) selalu mabuk.Kamus Dewan Edisi Keempat
meloyakanmenyebabkan berasa loya; memualkan: Bau yg hanyir dan busuk ini ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
dugalrasa hendak muntah; loya; mual. mendugalkan menyebabkan berasa hendak muntah; meloyakan; memualkan: Masakan yg manis-manis masin itu ~ tekak saya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bersekedudukan1. bersetubuh: terasa loya tekaknya, kerana rasa getik dan jijik ~ dgn orang tua bangka itu nanti; 2. tinggal ber­sama (spt suami isteri) tanpa bernikah: Cik Mah dihadapkan ke Mahkamah Syariah di atas tuduhan ~ dgn Kandasamy selama 27 tahun sehingga mendapat sembilan orang anak;Kamus Dewan Edisi Keempat
dugalrasa hendak muntah; loya; mual. mendugalkan menyebabkan berasa hendak muntah; meloyakan; memualkan: Masakan yg manis-manis masin itu ~ tekak saya.Kamus Pelajar
mual1 berasa hendak muntah; loya; muak. 2 berasa jemu atau meluat. memualkan menyebabkan atau menjadikan mual: Bau longkang yg busuk itu ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
meloyoark berasa hendak muntah, loya, mual.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas