Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.yang] | لويڠ

Definisi : 1. aloi tembaga dan zink; 2. Jk sj talam besar (dibuat drpd kangsa atau tembaga); 3. bekas yg dibuat drpd aluminium atau zink, biasanya digunakan utk mengisi adunan kuih spt seri muka dan apam yg hendak dikukus; 4. acuan kuih; kembang ~ ark sj bubur dibuat drpd tepung beras dan gula; kuih ~ sj kuih (dibuat drpd tepung beras, santan, dan gula) yg digoreng dgn acuan tembaga, kuih goyang, kuih ros. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.yang] | لويڠ

Definisi : 1 tembaga kuning; gangsa. 2 talam besar yg dibuat drpd gangsa atau tembaga. 3 acuan kuih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata loyang

Puisi
 

Pisang emas luruh digoyang,
     Dijolokdengan ranting habu;
Adik emas saya loyang,
     Masakan mahu berkinca bahu.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Ke mana kelok lilin,
     ke sana kelok loyang.

Bermaksud :

Selalu menurutkan kehendak orang yang berkuasa, tidak dapat mengambil keputusan sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kelepang[k«.l«.pAN]kata namabunyi sesuatu benda yang terjatuh seperti tin, loyang dan sebagainya di permukaan yang keras.Kucin sondoi tin roti ataeh lemari, jatoh kelepang ataeh lantai.[ku.tSin sn.dj tin ҍ.ti A.tAEh l«.mA.ri dZA.toh k«.l«.pAN A.tAEh lAn.tAj]Kucing menyondol tin roti di atas almari lalu jatuh kelepang bunyinya di atas lantai dengan bunyi yang kuat.
kelepang[k«.l«.pA)N]kata namabunyi sesuatu benda yang terjatuh (seperti tin, loyang dan sebagainya) di permukaan yang keras.Kucin sondoi tin roti ataeh lemari, jatoh kelepang ataeh lantai.[ku.tSin sn.dj tin ҍ.ti A.tAEh l«.mA.ri dZA.toh k«.l«.pA)N A.tAEh lAn.tAj]Kucing menyondol tin roti di atas almari lalu jatuh kelepang bunyinya di atas lantai dengan bunyi yang kuat.
bunga geti[bu.NA g«.ti] sejenis bentuk gubahan (dengan tangan) motif bunga daripada tepung adunan, untuk membuat kuih kering (dibakar atau digoreng).La ni orang dok buat lagi kue kerin bentok bunga geti, baulu ikan, loyang dengan peneram.[lA ni .ÒAN do/ bu.wAt lA.gi kue k«.Òin b«n.to/ bu.NA g«.ti bu.wAh hu.lu i.kAn lo.jAN d«.NAn p«.nE.ÒAm]Pada masa ini kita masih lagi membuat kuih kering bentuk bunga geti, baulu ikan, loyang dan peneram.
kembang[kEm.bAN]kata namasejenis kuih tradisi daripada tepung beras dan gula yang digoreng menggunakan acuan tembaga yang berbentuk bunga kiambang, kuih loyang, kuih ros; kiambang, sarang tebuan.   
kiambang[ki.jAm.bAN]kata namasejenis kuih tradisi daripada tepung beras dan gula yang digoreng menggunakan acuan tembaga yang berbentuk bunga kiambang, kuih loyang, kuih ros; kembang, sarang tebuan.   
sarang tebuan[sA.ÒAN t«.bu.wAn] sejenis kuih tradisi daripada tepung beras dan gula yang digoreng menggunakan acuan tembaga yang berbentuk bunga kiambang, kuih loyang, kuih ros; kembang, kiambang.   

Kembali ke atas