Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.yang] | لويڠ

Definisi : 1. aloi tembaga dan zink; 2. Jk sj talam besar (dibuat drpd kangsa atau tembaga); 3. bekas yg dibuat drpd aluminium atau zink, biasanya digunakan utk mengisi adunan kuih spt seri muka dan apam yg hendak dikukus; 4. acuan kuih; kembang ~ ark sj bubur dibuat drpd tepung beras dan gula; kuih ~ sj kuih (dibuat drpd tepung beras, santan, dan gula) yg digoreng dgn acuan tembaga, kuih goyang, kuih ros. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.yang] | لويڠ

Definisi : 1 tembaga kuning; gangsa. 2 talam besar yg dibuat drpd gangsa atau tembaga. 3 acuan kuih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata loyang

Puisi
 

Pisang emas luruh digoyang,
     Dijolokdengan ranting habu;
Adik emas saya loyang,
     Masakan mahu berkinca bahu.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Ke mana kelok lilin,
     ke sana kelok loyang.

Bermaksud :

Selalu menurutkan kehendak orang yang berkuasa, tidak dapat mengambil keputusan sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tepong kusoi[t«.poN ku.soj] sejenis kuih daripada tepung gandum, gula melaka, santan dan setitik kapur sirih yang diadun bersama dan dikukus dengan loyang. Setelah masak, kuih ini dimakan dengan kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam, kuih kaswi.   
kole kacang[ko.le kA.tSAN] sejenis kuih yang dibuat daripada tepung kacang hijau, santan dan gula yang dikacau hingga masak sebelum dituang ke dalam loyang. Apabila sejuk, kuih tersebut ditabur dengan tahi minyak sebelum dipotong.   
bronok[bÄo.no/]kata namasejenis kuih yang dibuat daripada biji sagu dicampur dengan air, gula pasir atau gula merah atau gula melaka dan dikacau dalam kuali. Setelah pekat dimasukkan ke dalam loyang dan apabila sejuk dipotong-potong dan digaul dengan kelapa parut.   

Kembali ke atas