Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.yang] | لويڠ

Definisi : 1. aloi tembaga dan zink; 2. Jk sj talam besar (dibuat drpd kangsa atau tembaga); 3. bekas yg dibuat drpd aluminium atau zink, biasanya digunakan utk mengisi adunan kuih spt seri muka dan apam yg hendak dikukus; 4. acuan kuih; kembang ~ ark sj bubur dibuat drpd tepung beras dan gula; kuih ~ sj kuih (dibuat drpd tepung beras, santan, dan gula) yg digoreng dgn acuan tembaga, kuih goyang, kuih ros. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.yang] | لويڠ

Definisi : 1 tembaga kuning; gangsa. 2 talam besar yg dibuat drpd gangsa atau tembaga. 3 acuan kuih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata loyang

Puisi
 

Pisang emas luruh digoyang,
     Dijolokdengan ranting habu;
Adik emas saya loyang,
     Masakan mahu berkinca bahu.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Ke mana kelok lilin,
     ke sana kelok loyang.

Bermaksud :

Selalu menurutkan kehendak orang yang berkuasa, tidak dapat mengambil keputusan sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
pulot tetal[pu.lot t«.tAl] sejenis kuih yang diperbuat daripada pulut yang telah dikukus bersama santan dan sedikit garam dan ditekan dalam loyang hingga mampat sebelum dipotong kecil untuk dimakan begitu sahaja atau bersama kuah gula.   
kue genggang[kue gEN.gAN] sejenis kuih daripada tepung beras, santan, gula dan sedikit garam yang diadun bersama, dan separuh daripada adunan itu dibubuh pewarna merah. Adunan tersebut dikukus dalam loyang selapis demi selapis, diselangselikan warnanya; kuih lapis.   

Kembali ke atas