Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.yang] | لويڠ

Definisi : 1. aloi tembaga dan zink; 2. Jk sj talam besar (dibuat drpd kangsa atau tembaga); 3. bekas yg dibuat drpd aluminium atau zink, biasanya digunakan utk mengisi adunan kuih spt seri muka dan apam yg hendak dikukus; 4. acuan kuih; kembang ~ ark sj bubur dibuat drpd tepung beras dan gula; kuih ~ sj kuih (dibuat drpd tepung beras, santan, dan gula) yg digoreng dgn acuan tembaga, kuih goyang, kuih ros. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.yang] | لويڠ

Definisi : 1 tembaga kuning; gangsa. 2 talam besar yg dibuat drpd gangsa atau tembaga. 3 acuan kuih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata loyang

Puisi
 

Pisang emas luruh digoyang,
     Dijolokdengan ranting habu;
Adik emas saya loyang,
     Masakan mahu berkinca bahu.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Ke mana kelok lilin,
     ke sana kelok loyang.

Bermaksud :

Selalu menurutkan kehendak orang yang berkuasa, tidak dapat mengambil keputusan sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
brassloyangTiadaloyangSukan
brassloyangTiadaloyangGeologi
brass yellowkuning loyangTiadakuning loyangGeologi
brasskuninganTiadaloyangFarmasi
bronze streakloreng loyangcoret perangcoret perangPertanian

Kembali ke atas