Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tidak spt yg biasa, tidak sama dgn yg lain, istimewa: mendapat sambutan yg ~; keluarbiasaan perihal luar biasa, keisti­mewaan: apabila ia terkejut, hairanlah ia akan ~ mimpinya itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : berlainan drpd biasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tidak spt yg biasa; ganjil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luar (kata nama)
Kata Terbitan : di luar, ke luar, luaran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
extraordinary indexindeks luar biasaFizikOptikIndeks biasan dari gelombang luar biasa yang merambat serenjang dengan paksi optik hablur berpaksi tunggal.
bestiarybestiariKesusasteraanTiadaKarya didaktik yang berkaitan dengan sifat semula jadi atau sifat luar biasa binatang. Karya didaktik biasanya dalam bentuk puisi dan prosa. Binatang yang berkenaan biasanya memiliki separuh bentuk badan binatang biasa dan separuh bentuk yang luar biasa. Contohnya, kuda atau kan yang berkepalakan manusia. Tradisi cerita bestiari bermula sejak zaman Greek dalam karya berjudul Physiologus 2-4 AD), dan karya ini tersebar ke seluruh dunia. Antara binatang yang sering menjadi bahan cerita ialah phoenix, unicorn, dan siren. Umumnya, binatang yang menjadi bahan cerita hanya hidup dalam kepercayaan, mitos, dan legenda. Cerita sering dikaitkan dengan unsur alam kayangan, kedewaan, dan kepercayaan agama. Sebahagian daripada binatang tersebut masih wujud dan kekal dalam pelbagai koleksi cerita kanak-kanak yang bersifat didaktik dengan pelbagai pengajaran moral. Cerita bestiari dalam kesusasteraan Melayu dapat ditemui dalam pelbagai cerita hikayat yang berkaitan dengan jin, raksasa, gergasi atau binatang aneh yang memiliki sifat manusia. Antara yang terkenal ialah kisah tentang kuda terbang, ikan duyung dan garuda.
romanceromanKesusasteraanTiadaNaratif yang membicarakan tema kewiraan, pencapaian luar biasa wira serta sifat dan cinta kesateriaannya. Makna lain bagi roman ialah karya yang bukan ditulis dalam bahasa Latin dan cerita-cerita kesaterian Perancis lama. Cerita roman sering mengisahkan watak (atau kejadian) dalam dunia istana khayalan yang mengaitkan elemen fantasi, luar biasa, kemewahan, cinta, pengalaman mendebarkan, keajaiban, mitos dan kejahilan. Elemen fanstastik dalam karya roman sering menunjukkan ciri yang tidak realistik dengan watak yang berkemungkinan tidak wujud, latar hias cerita di luar dunia kini. Karya roman secara prinsipnya adalah untuk hiburan, tetapi boleh menjadi didaktik secara tidak sengaja. Watak utama dalam karya roman biasanya digolongkan dalam jenis yang berupa tipa induk. Kekuatan karya roman adalah pada paparan emosi yang dalam, subjektif, dan penuh keghairahan. Pada abad ke-13, karya roman berbentuk cerita pengalaman yang mendebarkan, kesateriaan atau cinta yang ditulis dalam bentuk lirik. Karya sebegini akhirnya ditulis dalam bentuk prosa. Koleksi Kisah Seribu Satu Malam dari Timur Tengah banyak mempengaruhi karya roman Eropah. Pada Zaman Pertengahan Eropah, karya roman mengandungi tiga peringkat utama: Pertama, mengenai Britain yang termasuk kisah Arthur yang diceduk daripada Breton Lays. Kedua, mengenai Rome yang mengaitkan kisah Alexander, peperangan Trojan dan Thebes, dan Ketiga, mengenai perancis yang berkaitan Charlemange dan kesateriaannya. Di Britain, roman bangsawan berjudul Sir Gawain and the Green Knight ditulis pada abad ke-14. Pada abad selepasnya, Sir Thomas Mallory menulis karya prosa bertajuk Le Morte Darthur dan karya itu dihasilkan dalam bentuk prosa. Penulis terkenal dalam Kesusasteraan Barat yang menghasilkan karya roman sehingga abad ke-17 termasuklah, Spenser (Faerie Queene), Sidney (Arcadia � 1590), Chaucer (Tale of Sir Thopas), dan Cervantes (Don Quixote � 1605). Pada abad ke-18, elemen roman masih ada dalam novel, tetapi elemen ini menekankan kisah seharian, sosial, dan domestik � kecuali novel yang berbentuk pikares. Antara penulis terkenal dengan karya roman selepas abad ke-18 ialah Keats, Coleridge, Shelly, Hawthorne, dan Meredith. Sesetengah pendapat menyatakan bahawa novel tulisan Joseph Conrad berjudul Lord Jim (1900) dan Romance (1903) tergolong dalam kategori roman kerana elemen luar biasa, esotik, asing dan sifat berlebihan dalam karyanya. Contoh paling terkenal penulis novel roman sastera Inggeris moden ialah Emily Bronte melalui novelnya berjudul Wuthering Heights. Istilah roman berasal daripada bahasa Perancis lama romaunt dan roman yang bermaksud �lirik roman istana�.
extraordinaryluar biasaFizikTiadaTiada
phenylketonuriafenilketonuriaPerubatanTiadaSejenis penyakit warisan yang disebabkan oleh ketiadaan enzim fenilalanina hidroksilase sejak lahir, yang mengakibatkan penimbunan fenilketon di dalam darah dan kencing. Antara ciri penyakit ini ialah kulit yang luar biasa cerah, dan warna rambut yang luar biasa perang. Sekiranya keadaan ini tidak dirawat segera, pesakit akan mengalami kerencatan akal. Lihat juga tirosina.
adventitiousakar luar biasaBotaniTiadaLihat adventitius.
drought indexindeks kemarauHidrologiTiadaNilai yang dikira dan berhubungan dengan beberapa kesan terlonggok ketunaan kelengasan yang berpanjangan dan luar biasa. Suatu indeks kemarau hidrologi adalah berpadanan dengan paras di bawah paras min sungai, tasik, waduk dan seumpamanya. Walau bagaimanapun suatu indeks kemarau pertanian mesti berhubungan dengan kesan melonggok ketunaan perpeluhan luar biasa atau ketunaan perpeluhan mutlak.
extraordinary wavegelombang luar biasaFizikTiadaTiada
extraordinary raysinar luar biasaFizikTiadaTiada
extraordinary leavecuti luar biasaPentadbiranTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas