Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Komp) sifat peranti sokongan atau sistem yg tidak lagi tersambung atau tidak lagi dikawal terus oleh sistem utama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (Komp) berĀ­ada di luar kawalan atau tidak lagi bersambung dgn sistem utama komputer atau unit pemprosesan utama komputer; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ist keadaan kelengkapan atau peranti komputer di luar kawalan sistem utama komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luar (kata nama)
Kata Terbitan : di luar, ke luar, luaran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah yang boleh diguna untuk menterjemahkan "regular offline visits" dalam konteks istilah perubatan? Adakah 'offline' boleh diterjemah kepada 'bersemuka' atau tetap kita guna 'luar talian'?Sila berikan contoh perkataan dalam ayat agar pihak kami dapat memberikan terjemahan yang baik dan betul mengikut konteks ayat Makna27.01.2022
Pertama, saya ingin bertanyakan tentang sumber rujukan untuk mencari etimologi sesebuah perkataan. Contoh untuk bahasa Inggeris adalah seperti di laman web https://www.etymonline.com/. Saya ingin bertanya jika ada sumber untuk bahasa Melayu (dalam talian atau luar talian) yang boleh menjadi rujukan awam. Kedua, saya ingin bertanya asal usul perkataan "hubaya-hubaya". Saya ingin tahu jika ada sebarang maklumat mengenai asal usul perkataan tersebut (sama ada kata pinjam atau lain-lain). Terima kasih, perkhidmatan anda sangat dihargai.1. Bagi tujuan mendapatkan maklumat ringkas tentang etimologi sesuatu kata dalam bahasa Melayu, anda boleh merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) yang merakamkan lebih daripada 7000 kata warisan dan kata pinjaman yang dikaji oleh pakar etimologi. Namun, kamus ini adalah dalam bentuk naskhah bercetak dan Pihak DBP masih dalam proses pendigitalannya.

2. Kata hubaya-hubaya ialah kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit ubhaya yang bermaksud kedua atau kedua-dua jenis. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 784).


Lain-lain26.08.2022
Tepatkah jika 'offline' diterjemah 'nir talian' kerana saya ketemu 'off air' diterjemah 'nir siar' di prpm? Bolehkah 'wireless' diterjemah 'nir wayar', di samping 'tanpa wayar' yang sudah diketahui umum?Padanan bahasa Melayu yang betul bagi offline ialah "luar talian". Padanan bahasa Melayu bagi off air ialah  "luar siaran" dan padanan bagi wireless ialah "tanpa wayar".Lain-lain05.08.2022
As salam tuan dan cik di talian, Bolehkah saya mendapatkan defiinisi untuk frasa perhubungan bukan maya... (sumber buku teks pendidikan kesihatan tahun 5 terbitan DBP). Definisi untuk perhubungan maya ada dinyatakan iaitu komunikasi dalam talian yang menggunakan peralatan yang boleh disambungkan dengan Internet. Semoga mendapat jawapan dengan kadar segera. sekian, terima kasih.Tidak ada definisi perhubungan bukan maya dalam pangkalan data kami. Berdasarkan maklumat yang diberikan, perhubungan maya ditakrifkan sebagai komunikasi dalam talian, maka perhubungan bukan maya ialah komunikasi di luar talian seperti secara bertemu muka.Tatabahasa21.11.2014
Assalamuaikum, Saya sedang dalam usaha untuk menterjamah GUIDELINES ON GOOD MANUFACTURING PRACTICE FOR TRADITIONAL MEDICINES AND HEALTH SUPPLEMENTS, 1st Edition 2008. Mohon pandangan untuk menterjemah perkataan-perkataan berikut: a) line -clearance contoh: line-clearance should be performed according to an appropriate checklist b) seals contoh: packaging of a traditional medicine or health supplement, such as ...seals, binding materials, adhesives and tapes c) off-line contoh: Special care should be taken when using cut-labels and when overprinting is carried out off-lineCadangan terjemahan kami:
a) line-clearance = garis pembersihan (jika bersesuaian dengan kosep penggunaannya)
b) seals = kedap 
c) off-line = luar talian
Penyemakan dan penterjemahan01.04.2015
Awin Counsel Jan 29th, 11:30am Assalamualaikum tuan puan..sy nak tnye talian 03-21479109/08/10 ade ke x? Sy call dr semalam tak berangkat..mohonn berkerja dgn telus laUntuk makluman tuan, kami tidak akan membiarkan talian tidak berjawab melainkan pegawai berkenaan tidak berada di tempatnya seperti bertugas di luar, mesyuarat dan berkursus.Lain-lain29.01.2015
Salam, Apakah terjemahan untuk "crowdsourcing" iaitu istilah yang digunakan dalam laman web yang menawarkan iklan-iklan kerja kepada pekerja bebas (freelancer) secara sumber luar (outsource). Juga, apakah terjemahan untuk istilah "affiliate" yang sering digunakan dalam laman web pemasaran rangkaian (network marketing) dalam talian? "Affiliate" ini merujuk kepada ahli-ahli yang mendaftar kemudian boleh mengiklankan/menjual produk-produk dari laman web pemasaran rangkaian tersebut. Terima kasih.Untuk makluman belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk crowdsourcing. Istilah yang dicadangkan ialah khidmat luar kumpulan. Istilah bahasa Melayu untuk affiliate ialah ahli gabungan.Istilah17.11.2012
Tuan / Puan; saya perlu menterjemah dokumen dari Bahasa Cina ke Bahasa Malaysia supaya dapat pengesahan di Kementerial LUar Negeri dan selepas itu hantar ke Embassy China untuk mengesahan sebelum hantar ke China. sila memberitahu saya dimana saya boleh menterjemah dokumen dan talian telepon. terima kasih.
Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.
Lain-lain16.06.2020
Tuan/Puan, tolong semak dan mengesahkan bahawa Iklan ini boleh dipaparkan di luar premis.

Untuk makluman puan, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan / iklan perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman web dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. Kaunter dibuka pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Bagi mendapatkan id akses dan kata laluan, puan perlu mendaftar dahulu. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik panduan pendaftaran di laman dbpsahbahasa.my.

Sekian. Terima kasih.
Lain-lain05.09.2019
Apakah cara-cara memdapatkan buku rujukan tatabahasa untuk belajar dalam laman web? Saya tinggal di luar negara, namum tidak dapat beli buku rujukan tatabahasa edisi yang terbahru.Sehingga kini DBP belum lagi menyediakan pembelajaran tatabahasa secara dalam talian (online). Sila rujuk institut pengajian tinggi jika ada menawarkan khidmat sedemikian. Apa yang dapat kami bantu ialah penggunaan kata dan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya melalui laman web kami.Lain-lain27.06.2012
123456

Kembali ke atas