Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lua.ran] | لوارن

Definisi : 1. = orang ~ orang asing, orang lain; 2. sl orang yg tidak masuk dlm golongan istana, orang keluaran; 3. = negeri ~ negeri asing; 4. yg tampak sahaja, lahiriah: pd ~nya sahaja kita dipaparkan dgn kenakalan Umar Umaiyah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lua.ran] | لوارن

Definisi : (sesuatu) yg di luar: masalah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luar (kata nama)
Kata Terbitan : di luar, ke luar, luaran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
semakan penggunaaan tata bahasa malaysia yang betul untuk papan iklan luaranSila pinda "BERSAMA, MALAYSIA DAN GE MENJANA KEMAJUAN" menjadi " MALAYSIA DAN GE BERSAMA MENJANA KEMAJUAN".

Sila ke ruangan "Khidmat Pengesahan Bahasa" untuk sijil kelulusan setelah membuat pindaan.
Tatabahasa15.06.2013
maksu watak dan perwatakan

Secara umum, watak ialah sifat-sifat luaran yang digambarkan oleh pengarang seperti rambutnya yang ikal, dahi luas dan sebagainya. Perwatakan pula ialah sifat-sifat dalaman watak yang boleh dikesan atau digambarkan sama ada melalui percakapan dan tingkah laku watak atau watak lain seperti baik hati, pemarah dan sebagainya. 

Lain-lain14.09.2008
apakah tatabahasa transformasi generatif?Dalam tatabahasa generatif, ayat sebagai unit asas yang mempunyai struktur luaran dan dalaman. Hubungan butir linguistik dlm ayat dijelaskan melalui Rumus Struktur Frasa, pemerian bahasa menggunakan Rumus Transformasi. Tatabahasa ini dipelopori oleh Noam Chomsky, 1957.Tatabahasa27.07.2006
Apakah terjemahan perkataan "out sourcing" dalam bahasa Melayu?Istilah bahasa Melayu untuk "outsourcing" ialah khidmat luaran.Istilah26.05.2016
Assalamualaikum tuan/puan, saya mohon bertanya bagaimana untuk menulis sekiranya bentuk perkataannya ada sempang @ palang seperti di dalam ayat di bawah : Per : Kelulusan Jawatankuasa Latihan Bagi Semua Program/Aktiviti Latihan Peingkat Dalaman/Luaran Di UiTM (Pahang) Adakah perkataan - program/aktiviti ditaip seperti di atas atau sepatutnya (yang betul) ditaip seperti ini - program / aktiviti (ada jarak antara perkataan dan sempang)? Terima kasihKelulusan Jawatankuasa Latihan bagi Semua Program/Aktiviti Latihan Peringkat Dalaman/Luaran di UiTM Pahang.Tatabahasa16.04.2015
Assalamualaikum Saya Nurinee Chemudo berlajar bahasa Saya ingin bertanya tentng bahasa Apakah makna WajahMenurut data kami, maksud wajah ialah air muka; muka; paras: ~nya berseri-seri. berwajah 1 mempunyai atau menampakkan wajah (paras rupa, air muka dan sebaginya): ~ ceria. 2 mempunyai atau menampakkan keadaan luaran atau pemandangan sesuatu: Buku lama ~ baru. berwajahkah menggunakan atau mempunyai sesuatu sebagai wajah: Apakah benar kalian berani kerana benar? tanya ketua makhluk ~ semut itu. mewajahi memberikan rupa atau keadaan luaran kepada: Pemandangan alam semula jadi yang indah ~ pulau legenda itu. perwajahan perihal atau proses menjadikan sesuatu berwajah: ~ yang menarik telah dirancang untuk iklan bagi menarik pelancong. pewajahan perihal atau perbuatan memberikan wajah kepada sesuatu; proses mewajahi sesuatu: ~ merupakan salah satu usaha penting dalam mereka bentuk kulit majalah tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=wajahMakna15.11.2015
Selamat pagi. Saya ingin bertanya kepada DBP tentang maksud bagi frasa nama khas ' Teras Insaniah' dan 'Teras Sokongan' dalam ayat 'Penyelesaian masalah sosial akan dapat diusahakan dengan membangunkan Teras Insaniah sebagai faktor dalaman dan Teras Sokongan sebagai faktor luaran.' Adakah Teras Insaniah yang dimaksudkan ialah sejenis kursus yang berkaitan dengan kemanusiaan dan juga Teras Sokongan ialah kursus kemahiran seperti kemahiran dalam bidang yang tertentu. Terima Kasih.Seperti yang dinyatakan sebelum ini, data kami memberikan maksud perkataan demi perkataan, bukan frasa. Teras dikiaskan kepada sesuatu yang terpenting, insaniah bersifat kemanusiaan dan sokongan ialah tunjangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk kamus atau laman web kami www.prpm.dbp.gov.my.Makna04.12.2014
Apakah istilah rasmi bagi perkataan "outlier" yang digunakan dalam bidang statistik/matematik? Terima kasih

Tidak ada contoh penggunaan istilah outlier dalam bidang matematik/statistik. Walau bagaimanpun kami mencadangkan padanan istilah outlier dalam bidang tersebut ialah "unsur luaran".

Istilah27.05.2011
Assalamualaikum 1. Saya nak tanya berkenaan ayat monolog, adakah menggunakan petik kata tunggal, ' ' atau pengikat kata " ". Contoh ayat, 'ya Allah berikan aku kekuatan untuk hadapi ujian ini' atau "ya Allah berikan aku kekuatan untuk hadapi ujian ini". 2. Saya nak tanya dalam dialog atau monolog, penggunaan kata hmm, argh, haha, dan ayat yang menunjukkan eksperesi atau emosi dipanggil apa ya? 3. Kalau baca dalam sesetengah buku cerpen atau antologi, ada tanda ***** di akhir penceritaan. Apa nama tanda tersebut?

1. Monolog terbahagi kepada dua:

i. Monolog dalaman iaitu percakapan di dalam minda atau fikiran watak dengan dirinya sendiri. Ia tidak mengeluarkan suara. Untuk monolog dalaman, tanda petik yang digunakan ialah tanda petik tunggal (‘ ’).

ii. Monolog luaran iaitu percakapan watak dengan dirinya sendiri. Watak berdialog dengan diri sendiri dengan mengeluarkan suara, sama ada kuat atau hanya dapat didengari oleh dirinya sahaja. Untuk monolog luaran, tanda petik yang digunakan ialah tanda petik (“ ”).

Contoh ayat yang diberikan tidak menyalahi penggunaan tanda petik (‘ ’) atau tanda petik (“ ”) kerana ayat tersebut boleh diucapkan secara monolog dalaman atau luaran.

a. 'Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk hadapi ujian ini.'

b. "Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk hadapi ujian ini."

 

2. Dalam “dialog” atau “monolog”, penggunaan perkataan seperti hmm, argh, haha dan seumpamanya dipanggil sebagai “ekspresi”, untuk menggambarkan emosi watak sama ada suka, duka, marah dan lain-lain lagi.

 

3. Tidak ada nama khusus bagi tanda tersebut. Dalam penulisan karya kreatif, tanda sedemikian biasanya digunakan untuk menunjukkan “peralihan daripada satu kisah atau babak kepada kisah atau babak yang lain”. Walau bagaimanapun, setiap kisah atau babak tersebut mempunyai pertautan.  

Lain-lain18.11.2021
Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang tepat bagi 1. OUTLIERS, dan 2. FORECASTING PERFORMANCE OF CASCADE FORWARD BACK PROPAGATION NEURAL NETWORK FOR DATA WITH OUTLIERS? Terima kasih.

1.  Padanan istilah untuk outlier mengikut bidang ialah unsur luaran; batuan terasing (Geografi), letakan luar; batuan terasing (Geologi), dan pesisih (Kependudukan),

2.  Mohon tuan/puan memberikan terjemahan dalam bahasa Melayu untuk kami semak.

Sekian. Terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan23.03.2017
12

Kembali ke atas