Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lua.ran] | لوارن

Definisi : 1. = orang ~ orang asing, orang lain; 2. sl orang yg tidak masuk dlm golongan istana, orang keluaran; 3. = negeri ~ negeri asing; 4. yg tampak sahaja, lahiriah: pd ~nya sahaja kita dipaparkan dgn kenakalan Umar Umaiyah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lua.ran] | لوارن

Definisi : (sesuatu) yg di luar: masalah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luar (kata nama)
Kata Terbitan : di luar, ke luar, luaran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
male genitaliagenitalia jantanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanOrgan pembiakan haiwan jantan terdiri daripada genitalia luaran dan dalaman. Genitalia luaran haiwan jantan terdiri daripada penis, uretra dan skrotum. Manakala genitalia dalaman haiwan jantan terdiri daripada testis, epidimis, vas deferens, vesikal seminal, prostat, kelenjar bulbouretra dan duktus pemancutan.
external environmentpersekitaran luaranPentadbiranPentadbiran Awam

Elemen atau faktor eksternal yang mempunyai kecenderungan untuk mempengaruhi sesuatu keadaan, situasi atau perkara dalam sesebuah jabatan atau organisasi. Dalam konteks ini, persekitaran luaran dilihat dalam bentuk persaingan yang wujud, keadaan politik, negara pesaing, kedudukan ekonomi, perkembangan teknologi, pasaran dunia, bencana atau malapetaka dan sebagainya. Meskipun faktor dalaman kuat mempengaruhi perkembangan pentadbiran, namun faktor luaran juga tidak boleh diketepikan. Dalam keadaan tertentu, persekitaran luaran mampu menambah baik atau melumpuhkan sesebuah organisasi. Krisis kewangan Asia pada tahun 1990-an yang menjatuhkan nilai matawang Malaysia adalah salah satu contoh kesan persekitaran luaran.

external diskcakera luaranTeknologi MaklumatTiadaUnit cakera yang terdiri dari cakera, pemacu cakera dan kasingnya tidak dipasang pada dalam unit PC dan boleh dipindah. Keseluruhan kasing ini juga dirujuk sebagai pemacu cakera luaran. Cakera ini termasuk cakera liut, cakera keras, DVD dan CD-ROM. Cara sambungan ke PC atau kerangka utama sama seperti cakera keras luaran. Lihat cakera keras luaran.
autotrophautotrofPertanianAgronomi

Organisma yang berupaya mensintesis bahan organik yang kompleks daripada bahan tak organik yang mudah dengan menggunakan sumber tenaga luaran. Sumber tenaga luaran dapat diperoleh daripada cahaya suria atau daripada tindak balas kimia tak organik. Tumbuhan menggunakan tenaga daripada cahaya suria dalam proses fotosintesis untuk membentuk karbohidrat daripada karbon dioksida dan air. Manakala bakteria menggunakan tenaga daripada pengoksidaan bahan kimia seperti hidrogen sulfida, ammonium dan ion ferum.

outdoor advertising planbinaan iklan luaranKomunikasiKorporatStruktur fizikal yang merupakan kerangka untuk pemasangan poster iklan luaran. Bahan binaan struktur ini boleh terdiri daripada logam, konkrit atau kayu. Bentuk pembinaan struktur bergantung pada jenis peragaan, iaitu tetap atau sementara. Bagi peragaan yang bersifat tetap atau kekal, struktur yang dibina biasanya menggunakan bahan logam dan konkrit yang lebih kukuh, kompleks, dan canggih. Struktur fizikal iklan luaran yang bersifat kekal sering dibina di sepanjang lebuh raya atau lokasi yang strategik. Bagi peragaan yang bersifat sementara pula, bahan yang digunakan biasanya diperbuat daripada kayu yang ringan. Bentuk strukturnya pula ringkas, mudah digerakkan atau dipindahkan bergantung pada tempoh masa sesuatu acara atau majlis berlangsung.
locus of controllingkungan kawalanPengurusanPerancanganSuatu konsep dalam psikologi yang merujuk kecenderungan individu untuk mengaitkan setiap peristiwa yang berlaku dalam kehidupan mereka disebabkan oleh diri mereka sendiri (lingkungan kawalan dalaman) ataupun pengaruh faktor luaran (lingkungan kawalan luaran). Contohnya, individu yang mempunyai lingkungan kawalan dalaman yang tinggi akan menganggap kegagalan yang berlaku berpunca daripada sikapnya sendiri, manakala individu yang mempunyai lingkungan kawalan luaran yang tinggi akan menyalahkan pengaruh luaran seperti ibu bapa atau guru atas kegagalan mereka.
window dressinghiasan luaranPentadbiran PerniagaanTiada2. Hiasan luaran: Strategi pengurus dana yang merubah pegangan mereka dengan tujuan menunjukkan portfolio pelaburan yang disenangi oleh pemegang unit. Ini biasanya dilakukan pada akhir tahun, iaitu dengan menjual saham spekulatif dan membeli saham teguh.
otitis externaotitis luaranPerubatanTiadaInflamasi salur auditori luaran.
caracteristique extorieure Per.ciri luaranKesusasteraanTiadaSifat-sifat luaran sesebuah teks. Contoh: terdapat dekorasi pada halaman pertama atau tulisan pada awal episod atau perenggan.
narrative structureSuara naratifKesusasteraanTiadaStruktur dalam karya sastera yang melibatkan keseluruhan aspek susunan, aturan, gubahan, atau rangkaian yang membina karya sastera itu, sama ada dari aspek luaran atau dalaman. Aspek luaran termasuklah plot dan hubung kaitnya dengan unsur-unsur bahasa, watak, dan imej yang digunakan. Aspek dalaman pula meliputi isi atau makna dan hubung kaitnya dengan kesan keindahan karya. Dengan kata lain, struktur naratif meliputi keseluruhan hubungan atau rangkaian yang membina sesebuah karya naratif. Setiap karya mempunyai struktur naratifnya yang tersendiri dan berbeza daripada struktur naratif karya lain. Contohnya, struktur naratif bagi karya sastera bercorak sejarah berbeza daripada struktur naratif karya hikayat lipur lara. Malah, struktur naratif menjadi salah satu asas yang digunakan untuk menggolongkan karya dalam sesuatu genre yang tertentu.
12345678910...

Kembali ke atas