Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.cah] | لوچه

Definisi : hina, keji, sangat rendah, tidak senonoh, tidak sopan: kata-kata ~; perempuan ~ pelacur; kelucahan kecabulan, kehinaan, kekejian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.cah] | لوچه

Definisi : tidak sopan; tidak senonoh; keji: kata-kata ~ kata-kata yg tidak senonoh. perempuan ~ pelacur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lucah (adjektif)
Bersinonim dengan cabul, tidak senonoh, tidak sopan, keji, jijik, hina, rosak akhlak, rosak moral;,
Kata Terbitan : kelucahan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SMOLLETT, TOBIAS GEORGE

Smollett, Tobias George (1721–1771) ialah

salah seorang penulis novel awal Inggeris yang

hebat. Novelnya yang disampaikan secara tidak

teratur menceritakan kisah lucu dan kadangkala

lucah yang berlaku dalam kehidupan watak utama.

Novelnya dibaca kerana watak ganjil, satira sosial

yang getir, dan semangat lucunya yang meluas.

UMUM 
KELUCAHAN DAN PORNOGRAFI

Kelucahan dan pornografi ialah istilah yang

digunakan bagi merujuk bahan yang ditulis,

direkod, atau bergambar – termasuk filem – yang

dianggap oleh kebanyakan orang sebagai tidak

sopan dan dengan melihatnya sebagai menjelikkan.

Istilah kelucahan boleh juga merujuk kepada

bahasa atau tingkah laku yang dipercayai

merosakkan moral orang awam. Istilah pornografi

terutamanya merujuk, kepada bahan bercetak atau

gambar lucah yang tujuan utamanya adalah jelas

untuk menimbulkan keghairahan seks.

UMUM 

Kembali ke atas