Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.dai] | لوداي

Definisi : (Sabah), Sapium spp.; ~ api sj tumbuhan (pokok), balik angin putih, maya-maya, memaya jawa, pipi, Macarangapopulifolia; ~ bulan sj tumbuhan (pokok), medang serai, mutan riba, perepat bukit, redan, tasai, Misochocarpus lessertianus; ~ pelanduk sj tumbuhan (pokok), kayu rulus, mamas-mamas pelanduk, mayang, memaya, Sapium baccatum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ludai


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ludailudaiPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Sapium dpp. daripada famili Euphorbiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah gurah dan mamah pelanduk, dan di Sabah ialah apid-apid. Hanya tiga spesies utama menghasilkan kayu ludai, ialah Sapium baccatum, S. discolor dan S. indicum. Gubal kayunya dan teras kayu ludai sukar dibezakan, dan biasanya berwarna coklat kekuningan. Tekstur kayunya agak kasar dengan ira yang bersimpul atau kadang-kadang beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 290 hingga 465 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut dan ringan. Kayu ludai mudah dikerjakan dan mengering dengan baik, tanpa mengalami cacat yang teruk. Kayu ini boleh diserang serangga dan kulat berwarna gubal. Kayu ludai sesuai untuk kotak, venir kor dan papan lapis.

Kembali ke atas