Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.hur] | لوهور

Definisi : mulia, tinggi, agung: moga-moga cita­citanya yg ~ itu dikabulkan Tuhan; meluhurkan mengagungkan, memuliakan, menghormati: ~ tanah air; keluhuran keagungan, kemuliaan, kebesaran: kekuatan puisi Amir Hamzah, kecuali dlm ~ angan yg dibeberkannya, terletak dlm ke­rapian bentuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.hur] | لوهور

Definisi : mulia; tinggi: Semoga cita-citanya yg ~ itu akan tercapai. meluhurkan memuliakan atau mengagungkan: ~ bahasa Melayu. keluhuran keadaan luhur; kemuliaan; kebesaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luhur
Rujuk :mulia


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
eulogyeulogiKesusasteraanTiadaUcapan atau tulisan yang memuji pencapaian seseorang. Pujian diberikan kerana sifat peribadi seseorang yang luhur, terutamanya selepas kematiannya. Eulogi juga ditulis dalam bentuk puisi. Contoh eulogi ditemui dalam karya W.H. Auden berjudul In Memory of W.B. Yeats.
qualitative approachpendekatan kualitatifPengurusanPerancanganKaedah mengumpul maklumat yang menekankan maklum balas secara perorangan, melibatkan pendapat peribadi dan penghuraian yang lebih subjektif dan berasaskan persekitaran tanpa dipengaruhi oleh faktor tertentu. Tujuan kaedah ini dilakukan adalah untuk mendapatkan maklumat yang lebih telus, luhur dan tidak berat sebelah daripada pihak berkaitan dalam membantu organisasi membuat keputusan berasaskan maklumat yang lebih menyeluruh. Contohnya, menjalankan temu bual dan soal selidik terbuka yang berkaitan dengan corak permintaan dan maklum balas mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan. Banding pendekatan kuantitatif.
anaphoraanaforaKesusasteraanPuisiGaya bahasa yang mengulang satu perkataan atau lebih pada awal baris puisi. Pengulangan ini menimbulkan kesan keindahan bunyi dan bertujuan untuk menguatkan pernyataan maksud. Contohnya, petikan puisi "Kasih Petani Buta" karya Kemala seperti petikan di bawah. Sinonim ulang awal. kasihku subur dalam mata keluarga kasihku luhur dalam hati isteri setia kasihku hidup dalam pelukan padi di sawah kini kutatap semua dengan jiwa kini kudekap segala dengan rasa.
hyperbolahiperbolaKesusasteraanTiadaGaya bahasa yang berlebih-lebihan dengan menggunakan metafora atau kiasan yang melampau. Hiperbola digunakan untuk melahirkan kesan kelucuan atau menegaskan sesuatu fakta dalam sesuatu situasi. Biasanya hiperbola terdapat dalam puisi dan drama cinta. Contohnya dalam drama Macbeth oleh Shakespeare, ujaran lady macbeth selepas pembunuhan raja Duncan, �All the perfumes of Arabia will not wash this little hand� ialah suatu hiperbola. Contoh Melayu ditemui dalam puisi �Nyanyi Sunyi� oleh amir hamzah. Contoh dalam sastera Parsi ditemui dalam petikan sajak Syeikh Sa�di seperti yang berikut: �Usah kausakiti secebit hati sedapat mungkin, kerana sekali keluhan akan merosakkan seluruh alam!�. Contoh hiperbola ditemui dalam sajak A. Samad Said berjudul �Tapak yang Luhur� melalui petikan: Menyala unggun zaman yang perang... Hiperbola berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �membesar-besarkan�.

Kembali ke atas