Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.ka] | لوک

Definisi : 1. belah (cedera, lecet, pecah) pd kulit sebab kena potong, kena tembak, dll: ~nya sangat dalam; ~ parah luka yg sangat besar, luka yg sangat berbahaya; 2. mengalami cedera (pecah, lecet pd kulit) sebab kena potong, kena tembak, dll: tangannya ~ kena kaca; 3. ki sakit, pedih (perasaan) kerana kecewa: hatinya ~; ~ bakar Id luka sebab kena api; ~ hatinya = hatinya ~ ki sakit hatinya; ~ sudah hilang parutnya tinggal juga prb sungguhpun orang yg berselisih (berbantah) sudah berdamai kembali, keadaan berikut tidak akan spt keadaan sediakala; lain ~ lain menyiuk, lain sakit lain mengaduh prb orang lain yg membuat salah, orang lain yg berasa (susah dll); siapa ~ siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh prb orang yg berasa ter­sindir, dialah yg membuat sesuatu yg disindir­kan itu; takkan serik ~ dimakan tajak, esok lusa ke bendang juga prb kesukaran dlm sesuatu pekerjaan tidak akan menghalangi seseorang mengerjakannya utk mencari nafkah; berlukaan sl mendapat luka-luka: kedelapan hulubalang itu bertetakan pedang dan ber­tikam tombak, seorang pun tiada ~; berluka-lukaan sl saling mendatangkan luka (pd lawannya dll): maka Bugis melawanlah lalu bertikam ~; melukai 1. mendatangkan luka pd; ~ musuh mendatangkan luka pd musuh; 2. = melukakan menyakiti (hati): sindiran yg ~ hati dihamburkan kepadanya; ~ hati menyakiti hati; kelukaan kedukaan kerana kecewa: kau begitu teguh menghadapi ~ dlm menjalani kehidupan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.ka] | لوک

Definisi : 1 belah atau pecah pd kulit disebabkan oleh benda yg tajam (pisau dll): ~ parah luka yg sangat besar atau dalam. 2 mengalami cedera pecah atau belah pd kulit kerana kena benda tajam: Kakinya ~ ditusuk duri. ~ hati a. sakit hati atau tidak puas hati. b. kecewa atau sesal yg amat sangat. melukai 1 menyebabkan sesuatu jadi luka; mendatangkan luka pd: Pisau yg dibalingkan oleh musuh itu ~ kakinya. 2 menyakiti (hati): Kata-kata yg pedas itu ~ hatinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata luka

Puisi
 

Kati-kati dalam perahu,
     Anak punai merah matanya;
Luka hati siapakan tahu,
     Luka tangan tampak darahnya.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Luka tangan kerana berebutkan tembikar pecah.

Bermaksud :

Mendapat bahaya kerana berebutkan perempuan jahat.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
batteredadj 1. bruised (as if) by blows, luka-luka dan lebam-lebam; (of skull) pecah-pecah: the nurse bathes his ~ body, jururawat itu memandikan badannya yg luka-luka dan lebam-lebam; 2. disfigured, damaged by blows, hard usage, etc, a. (of face) cacat: the ~ face of the old boxer broke into a broad smile, petinju tua yg mukanya cacat itu tersenyum lebar; b. (of st made of metal) kemik-kemik: a ~ aluminium teapot, teko aluminium yg kemik-kemik; a ~ old truck, trak lama yg kemik-kemik; c. (of st that can be shattered, broken) rosak, kopak-kapik; (of ship) pecah-pecah dan kopak-kapik: a room full of ~ furniture, bilik yg penuh dgn perabot yg rosak; the once proud ship was a ~ wreck, kapal yg dahulunya menjadi kemegahan, sekarang telah pecah-pecah dan kopak-kapik; d. (of st made of soft, flexible material) renyuk-renyuk: a ~ songkok, songkok yg renyuk-renyuk;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
doctorvt 1. (colloq) treat medically, merawat: to ~ os, merawat diri sendiri; she ~ed the child’s wounds, dia merawat luka-luka budak itu; 2. (colloq & derog) adulterate with st, mencampurkan sst ke dlm: someone had ~ed his drink, ada orang yg telah mencampurkan sst ke dlm minumannya; 3. (derog) falsify, memalsukan: the firm’s accounts had been ~ed, akaun firma itu telah dipalsukan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hurtn 1. physical injury, kecederaan; 2. damage to feelings, luka hati, hati yg luka: nothing could ease the ~ he felt, tiada apa yg dapat mengubat luka hatinya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bash~ st in, (colloq) a. beat st inwards, memecahkan sst: it took him five minutes to ~ the door in, dia mengambil masa lima minit utk memecahkan pintu itu; b. wound so’s face etc by smashing it, menghentam muka sso dll sehingga luka-luka;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wound1n 1. a cut or hole in the flesh caused by a gun, knife, etc, luka: the prisoner had a bullet ~ in the shoulder, ada luka krn kena peluru di bahu banduan itu; a knife ~ in the chest, ada luka krn kena pisau di dada; 2. mental or emotional hurt, luka (di hati): it took her a long time to get over the ~ of her lover’s desertion, dia mengambil masa yg lama utk menghilangkan luka di hatinya krn ditinggalkan kekasih; the war has left deep ~s, peperangan itu telah meninggalkan luka yg dalam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
skin ~ over, a. cover with new growth of skin, mengelupas, menggelupas: keep the light bandage on until the wound ~s over, biarkan luka itu berbalut sehingga luka itu mengelupas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
laceratedadj (fig.) luka: her words soothed his ~ feelings, kata-kata wanita itu menenangkan hatinya yg luka.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
laceratedadj (fig.) luka: her words soothed his ~ feelings, kata-kata wanita itu menenangkan hatinya yg luka.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
snick vt make small cut, (ter)luka: he ~ed his finger on the razor blade, jarinya luka terkena pisau cukur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cutvt 1. wound, melukai; (accidentally) luka: mind the sharp glass or you’ll ~ your hand, hati-hati dgn kaca yg tajam itu, nanti tangan kamu luka; the handcuffs ~ his wrists, gari itu melukai pergelangan tangannya; he ~ himself while shaving, dia luka sewaktu bercukur; 2. separate into parts a. (gen) memotong, mengerat: to ~ the wires with a pair of pliers, memotong wayar dgn playar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas