Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.ka] | لوک

Definisi : 1. belah (cedera, lecet, pecah) pd kulit sebab kena potong, kena tembak, dll: ~nya sangat dalam; ~ parah luka yg sangat besar, luka yg sangat berbahaya; 2. mengalami cedera (pecah, lecet pd kulit) sebab kena potong, kena tembak, dll: tangannya ~ kena kaca; 3. ki sakit, pedih (perasaan) kerana kecewa: hatinya ~; ~ bakar Id luka sebab kena api; ~ hatinya = hatinya ~ ki sakit hatinya; ~ sudah hilang parutnya tinggal juga prb sungguhpun orang yg berselisih (berbantah) sudah berdamai kembali, keadaan berikut tidak akan spt keadaan sediakala; lain ~ lain menyiuk, lain sakit lain mengaduh prb orang lain yg membuat salah, orang lain yg berasa (susah dll); siapa ~ siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh prb orang yg berasa ter­sindir, dialah yg membuat sesuatu yg disindir­kan itu; takkan serik ~ dimakan tajak, esok lusa ke bendang juga prb kesukaran dlm sesuatu pekerjaan tidak akan menghalangi seseorang mengerjakannya utk mencari nafkah; berlukaan sl mendapat luka-luka: kedelapan hulubalang itu bertetakan pedang dan ber­tikam tombak, seorang pun tiada ~; berluka-lukaan sl saling mendatangkan luka (pd lawannya dll): maka Bugis melawanlah lalu bertikam ~; melukai 1. mendatangkan luka pd; ~ musuh mendatangkan luka pd musuh; 2. = melukakan menyakiti (hati): sindiran yg ~ hati dihamburkan kepadanya; ~ hati menyakiti hati; kelukaan kedukaan kerana kecewa: kau begitu teguh menghadapi ~ dlm menjalani kehidupan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.ka] | لوک

Definisi : 1 belah atau pecah pd kulit disebabkan oleh benda yg tajam (pisau dll): ~ parah luka yg sangat besar atau dalam. 2 mengalami cedera pecah atau belah pd kulit kerana kena benda tajam: Kakinya ~ ditusuk duri. ~ hati a. sakit hati atau tidak puas hati. b. kecewa atau sesal yg amat sangat. melukai 1 menyebabkan sesuatu jadi luka; mendatangkan luka pd: Pisau yg dibalingkan oleh musuh itu ~ kakinya. 2 menyakiti (hati): Kata-kata yg pedas itu ~ hatinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata luka

Puisi
 

Kati-kati dalam perahu,
     Anak punai merah matanya;
Luka hati siapakan tahu,
     Luka tangan tampak darahnya.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Luka tangan kerana berebutkan tembikar pecah.

Bermaksud :

Mendapat bahaya kerana berebutkan perempuan jahat.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TERBAKAR DAN MELECUR

Terbakar dan melecur ialah antara

kecederaan yang paling serius dan menyakitkan.

Biasanya luka terbakar terjadi disebabkan terkena

pakaian atau bahan lain yang terbakar atau terkena

elektrik atau bahan kimia seperti asid. Kecederaan

yang disebabkan oleh air panas atau cecair atau

wap panas juga dikenali sebagai melecur .

Luka terbakar boleh menjejaskan semua sistem

tubuh. Luka terbakar yang serius boleh

merosakkan sebahagian besar kulit. Ia juga

mengganggu peredaran darah, fungsi beberapa

organ, dan kemampuan tubuh untuk melawan

jangkitan.

UMUM 
SUTUR

Sutur merupakan garisan yang terbentuk dalam

pencantuman tulang yang tidak bergerak seperti di

tengkorak. Ia juga penutupan menerusi jahitan, ke

atas hirisan luka dalam pembedahan. Bahan yang

digunakan untuk menjahit luka juga dikenali sebagai

sutur. Bahan sutur ini dibuat daripada catgut, sutera

halus, linen, dawai dan nilon. Lihat juga Ligatur.

UMUM 
KELOID

Keloid ialah tisu parut yang wujud di tempat luka

yang sedang sembuh. Ia terdapat dalam pelbagai

bentuk dan saiz. Ia biasanya timbul di atas

permukaan kulit dan melepasi kecederaan asal

pada kulit. Keloid terhasil daripada pengeluaran

berlebihan tisu penghubung berserabut pada

dermis (lapisan dalam kulit). Ia sering timbul

selepas kulit cedera akibat laserasi atau

pembedahan, tetapi ia boleh juga timbul dengan

spontan. Keloid boleh dibuang melalui

pembedahan, tetapi ia kerap muncul semula

beberapa minggu atau bulan kemudian.

UMUM 
SKURVI

Skurvi ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh

kekurangan asid askorbik (vitamin C) dalam diet.

Jika seseorang tidak mendapat cukup vitamin C,

sebarang luka yang dialaminya sukar sembuh dan

mudah mengalami lebam. Dinding kapilari (saluran

darah yang kecil) pesakit menjadi sangat lemah dan

sekiranya terjadi sedikit tekanan sahaja boleh

menyebab saluran darah tersebut pecah. Mulut

dan gusi pesakit menjadi sakit. Gusi berdarah dan

gigi menjadi longgar. Pesakit kehilangan selera

makan, sendi mereka menjadi sakit, dan gelisah.

Anemia juga boleh berlaku.

UMUM 
KATGUT

Katgut ialah sejenis tali yang kuat yang diperbuat

daripada usus beberapa jenis haiwan dan

digunakan terutamanya sebagai tali alat muzik dan

untuk menjahit luka. Kebanyakan katgut diperbuat

daripada usus babi atau biri-biri. Usus tersebut

dikoyakkan menjadi lembar dan kemudian dicuci,

diawet, dan dipintal menjadi tali.

UMUM 
PARUT

Parut ialah tanda kekal yang tinggal setelah

kecederaan pada kulit atau di bahagian tubuh lain

yang sembuh. Parut boleh terjadi akibat luka yang

dalam, terkena api, kudis, atau pembedahan.

UMUM 
NANAH

Nanah ialah cecair putih kuning yang dikeluarkan

oleh badan semasa berlaku jangkitan. Ia

mempunyai limfa dan sel darah putih. Pada masa

dahulu, doktor bercakap tentang nanah laudable,

yang dikatakan menunjukkan keadaan luka yang

memuaskan. Kini mereka tidak percaya bahawa

nanah adalah “landable”. Bagaimanapun, doktor

mengakui pembentukan nanah sebagai satu cara

badan boleh melawan jangkitan.

Lihat juga Abses.

UMUM 
SURGERI POKOK

Surgeri pokok ialah penjagaan pokok,

terutamanya dengan memangkas, memasang

pendakap, menampal lubang dan membuang kayu

reput. Surgeri pokok secara besar-besaran

memerlukan ahli surgeri pokok yang pakar dalam

kaedah berkenaan. Ahli surgeri pokok juga

merawat luka dan cedera pada pokok. Mereka

menyembur pokok dengan bahan kimia untuk

melindunginya daripada serangga dan penyakit

dan mereka memberikan baja dan lembapan yang

betul untuk pokok. Banyak komuniti menggaji ahli

surgeri pokok untuk merawat pokok di taman dan

kawasan rekreasi.

UMUM 
ASID HIDROKLORIK

Asid hidroklorik ialah bahan kimia berbahaya

yang mempunyai banyak kegunaan industri yang

penting. Asid ini ialah cecair yang tidak berwarna

dengan bau yang merengaskan. Asid ini

membentuk wasap apabila didedahkan pada

udara, bersifat sangat menghakis dan boleh

menyebabkan luka melecur yang teruk.

UMUM 
ANALGESIK

Analgesik ialah sebarang dadah yang

menghilangkan rasa sakit tanpa menyebabkan

ketidaksedaran. Manusia menggunakan pelbagai

analgesik untuk menghilangkan atau mengurangkan

banyak jenis kesakitan. Aspirin, analgesik yang

relatifnya ringan, menghilangkan sakit kepala, sakit

otot, dan beberapa ketidakselesaan kerana selesema.

Doktor mungkin mempreskripsi analgesik yang lebih

kuat, seperti Codeine, bagi kesakitan yang teruk

akibat kecederaan belakang badan, luka terbakar

yang serius, dan penyakit seperti kanser.

UMUM 
12

Kembali ke atas