Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.ka] | لوک

Definisi : 1. belah (cedera, lecet, pecah) pd kulit sebab kena potong, kena tembak, dll: ~nya sangat dalam; ~ parah luka yg sangat besar, luka yg sangat berbahaya; 2. mengalami cedera (pecah, lecet pd kulit) sebab kena potong, kena tembak, dll: tangannya ~ kena kaca; 3. ki sakit, pedih (perasaan) kerana kecewa: hatinya ~; ~ bakar Id luka sebab kena api; ~ hatinya = hatinya ~ ki sakit hatinya; ~ sudah hilang parutnya tinggal juga prb sungguhpun orang yg berselisih (berbantah) sudah berdamai kembali, keadaan berikut tidak akan spt keadaan sediakala; lain ~ lain menyiuk, lain sakit lain mengaduh prb orang lain yg membuat salah, orang lain yg berasa (susah dll); siapa ~ siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh prb orang yg berasa ter­sindir, dialah yg membuat sesuatu yg disindir­kan itu; takkan serik ~ dimakan tajak, esok lusa ke bendang juga prb kesukaran dlm sesuatu pekerjaan tidak akan menghalangi seseorang mengerjakannya utk mencari nafkah; berlukaan sl mendapat luka-luka: kedelapan hulubalang itu bertetakan pedang dan ber­tikam tombak, seorang pun tiada ~; berluka-lukaan sl saling mendatangkan luka (pd lawannya dll): maka Bugis melawanlah lalu bertikam ~; melukai 1. mendatangkan luka pd; ~ musuh mendatangkan luka pd musuh; 2. = melukakan menyakiti (hati): sindiran yg ~ hati dihamburkan kepadanya; ~ hati menyakiti hati; kelukaan kedukaan kerana kecewa: kau begitu teguh menghadapi ~ dlm menjalani kehidupan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.ka] | لوک

Definisi : 1 belah atau pecah pd kulit disebabkan oleh benda yg tajam (pisau dll): ~ parah luka yg sangat besar atau dalam. 2 mengalami cedera pecah atau belah pd kulit kerana kena benda tajam: Kakinya ~ ditusuk duri. ~ hati a. sakit hati atau tidak puas hati. b. kecewa atau sesal yg amat sangat. melukai 1 menyebabkan sesuatu jadi luka; mendatangkan luka pd: Pisau yg dibalingkan oleh musuh itu ~ kakinya. 2 menyakiti (hati): Kata-kata yg pedas itu ~ hatinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata luka

Puisi
 

Kati-kati dalam perahu,
     Anak punai merah matanya;
Luka hati siapakan tahu,
     Luka tangan tampak darahnya.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Luka tangan kerana berebutkan tembikar pecah.

Bermaksud :

Mendapat bahaya kerana berebutkan perempuan jahat.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cheek bitingpenggigitan pipiPerubatanTiadaTabiat mengigit pipi, kadang kala semasa tidur menyebabkan luka-luka dan keputihan pada mukosa pipi, malposisi gigi, ketidakselesaan otot dan pendedahan kepada oklusi bertrauma.
potassium permanganatekalium permanganatPentadbiran PerniagaanTiadaGaram kalium yang digunakan membasmi kuman serta mencuci luka-luka dan sebagai satu antiseptik kulit umum.
burnbakar;luka terbakarPerubatanTiadaLuka terbakar: Luka yang disebabkan oleh haba atau agen kimia atau fizikal yang mempunyai kesan seperti haba.
burn woundluka bakarPerubatanTiadaKecederaan akibat terkena haba, seperti api dan bahan kimia. Luka bakar darjah pertama dicirikan dengan kemerahan kulit, manakala luka bakar darjah kedua pula dicirikan dengan lecur dan lukar bakar darjah ketiga dicirikan dengan nekrosis pada keseluruhan bahagian dermis dan epidermis kulit. Luka bakar darjah pertama dan kedua disebut luka bakar separa, manakala luka bakar darjah ketiga disebut luka bakar penuh.
sawa lukasawa lukaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Helicia spp. dan Heliciopsis spp. daripada famili Proteaceae.. Spesies utamanya termasuk Helicia rufescens, dan Heliciopsis montana. Gubal kayu sawa luka berwarna merah kekuningan,dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat. Tekstur kayunya agak kasar dan tidak sekata, kerana terdapat tisu ruji yang lebar. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 515 hingga 785 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan berat. Kayu ini mudah diproses, dikemas siap, dan dikeringkan, mempunyai ketahanan semula jadi yang rendah tetapi mudah diawet. Kayu ini sesuai untuk perabot, tanggam bermutu tinggi dan kabinet.
wound parasiteparasit lukaBiologiPatologiParasit yang masuk ke dalam itu perumahnya melalui luka sahaja, seperti luka akibat gangguan larva, oleh vektor, dan cara mekanik yang lain.
contusionluka memarPerubatanTiadaLuka pada bahagian dalam tubuh tanpa pecahnya kulit akibat hentaman oleh benda yang tumpul. Luka yang dapat dilihat dari luar sebagai lebam ini berlaku akibat terkeluarnya darah dari pembuluh darah yang pecah.
puncture woundluka tusukPerubatanTiadaLuka pada kulit atau tubuh akibat tusukan alat yang tajam dan runcing, seperti pisau, gunting, jarum dan paku. Sin: luka tikam
lacerationlaserasiSains ForensikTiadaLuka pada kulit yang mempunyai pinggir yang berceranggah. Luka ini boleh dihasilkan oleh daya daripada objek yang tumpul seperti kayu dalam kes serangan, lalu menyebabkan tisu badan terkoyak. Luka ini mungkin mengandungi sisa bahan yang mengakibatkan kecederaan seperti serat kayu.
lacerationluka geleberPerubatanTiadaLuka dengan tisu yang terkoyak secara bergerigi akibat tusukan benda yang tumpul.
12345678910...

Kembali ke atas