Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.kah] | لوکه

Definisi : sj alat utk menangkap ikan (yg mem­bolehkan ikan masuk tetapi tidak boleh keluar), bubu: dilihatnya orang mengambil ikan drpd ~nya; ~nya mengena ki tipu muslihatnya berhasil; menahan ~ memasang lukah; bagai ~, tak penuh oleh air prb perihal budak yg tidak berasa kenyang (selalu hendak makan sahaja); bagai menyandang ~ tiga prb men­jalankan (melakukan) pekerjaan yg sukar sungguhpun tidak berat; memasang (menahan) ~ di penggentingan prb mencari keuntungan dr kesempitan (kesukaran) orang; melukah menangkap ikan dgn lukah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.kah] | لوکه

Definisi : ; melukah menampakkan kemaluan (apabila tidak kemas memakai kain atau seluar, apabila duduk dgn tidak tertib). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.kah] | لوکه

Definisi : alat utk menangkap ikan yg dibuat drpd bilah-bilah rotan dsb dan dipasangi injap pd mulutnya; bubu: menahan ~ meletakkan lukah di dlm air utk menangkap ikan; memasang lukah. melukah menangkap ikan dgn lukah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[lu.kah] | لوکه

Definisi : ; melukah menampakkan kemaluan dgn tidak sengaja (kerana tidak kemas memakai pakaian, duduk tidak tertib dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lukah

Puisi
 

Sayang Cik Ali memasang lukah,
     Lukah dipasang di Tanjung Jati;
Jangan tuan berhati susah,
     Ibarat rambut disimpul mati.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Tiada lukah yang kenyang oleh air.

Bermaksud :

Tabiat manusia tidak pernah puas dengan nikmat yang diperolehnya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Menyandang lukah tiga.Pekerjaan yang ringan, tetapi sukar melakukannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menyandang galas tiga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiada lukah yang kenyang oleh air.Tabiat manusia tidak pernah puas dengan nikmat yang diperolehnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menahan (= memasang) lukah di penggentingan.Mencari keuntungan dalam keadaan kacau; mengambil keuntungan daripada orang yang sedang menderita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memancing di air keruh, b. Menahan jerat di tempat genting).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai lukah, tak penuh air.Selalu hendak makan saja, tak ada kenyang-kenyangnya. (Biasa juga: Macam lukah, tak kenyang-kenyang oleh air).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tingkalak menghadap mudik, lukah menghadap hilir.Memang sudah begitu adatnya sejak dulu. tingkalak = bubu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bubu duduk, jiwaku hilang.Melawan kehendak orang yang lebih berkuasa daripadanya. bubu = lukah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai haruan di dalam tuar.Tidak tetap keadaannya, kerana sakit atau susah. tuar = lukah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ke hulu kena bubu, ke hilir kena tengkalak.Tak dapat terhindar daripada bahaya. tengkalak = lukah yang panjang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai menyandang galas tiga.Pekerjaan yang ringan, tetapi sukar melakukannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyandang lukah tiga). galas tiga = tiga bungkus dagangan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memancing di air keruh.Mencari keuntungan dalam keadaan kacau; mengambil keuntungan daripada orang yang sedang menderita kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menahan jerat di tempat genting, b. Menahan [= memasang] lukah di penggentingan, c. Menangguk dalam air keruh).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas