Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.ki.san] | لوکيسن

Definisi : 1. hasil melukis, gambar(an): ~ cat minyak; 2. ki keterangan (cerita, huraian, dll) yg menggambarkan sesuatu hal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.ki.san] | لوکيسن

Definisi : 1 sesuatu yg dilukis; hasil melukis; gambar: ~nya memenangi hadiah pertama. 2 keterangan, cerita dll yg menggambarkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lukis
Kata Terbitan : melukis, melukiskan, terlukis, lukisan, pelukis,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya penggunaan ayat yang betul. 1. Lukisan di dinding Gua Badak atau Lukisan pada dinding gua Badak? 2. Lukisan pada Gua Badak atau Lukisan di Gua Badak?Ayat yang betul ialah Lukisan pada dinding Gua Badak; Lukisan di Gua Badak.  "Pada" digunakan kerana menunjukkan keterangan tempat.Tatabahasa14.02.2017
Mahu guna kata sendi nama 'di' atau 'pada' untuk ayat ini? Ibu meletakkan sebuah lukisan ___ dinding. Lukisan yang terletak ___ dinding itu cantik.Kedua-dua ayat tersebut perlu menggunakan kata sendi 'pada'. Ibu meletakkan sebuah lukisan pada dinding. Lukisan yang terletak pada dinding itu cantik.Tatabahasa28.10.2015
Memohon pendapat bagi pengertian istilah/tajuk ini :- MASALAH PENYEDIAAN LUKISAN LAKARAN TIDAK SISTEMATIK Terima kasih

Masalah menyiapkan lukisan lakaran atau lukisan yang dilukis secara kasar tidak berasaskan atau menurut sistem yang betul. Untuk maksud yang lebih jelas sila rujuk makalah yang berkaitan.

Makna20.04.2009
1. Lalu lintas di kawasan rekreasi itu sesak kerana para pekerja sedang memperlebarkan jalan raya di kawasan itu. . 2. Walaupun tidur bertilamkan dengan surat khabar lama di kaki lima itu, namun pengemis itu kelihatan amat lena. 3. Selama tiga jam kami membincangkan tentang masalah itu di bilik mesyuarat utama. 4. Lukisan-lukisan yang sedang dipamerkan di galeri itu cantik-cantik belaka. 5. Dia senyum lebar kepada saya setelah mendengar berita yang menggembirakan itu. 6. Semasa bertemu dengan Mak Cik Salmah, kami ada bertanyakan tentang khabar Pak Cik Salleh. 7. Murid itu akan dikenakan denda kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberikan kepada guru pada semester baru-baru ini. 8. Semua murid-murid mesti berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. 9. Tuanku berkata,"Beta berharap agar rakyat di negara ini dapat mematuhi undang-undang yang dimaktubkan". 10. Walaupun ruang udara kita tidak diancam oleh jerebu, oleh itu kesedaran yang berterusan tentang kepentingan memelihara alam sekitar perlu terus dijadikan amalan. BOLEH TUAN MENYEMAK SAMA ADA AYAT DI ATAS ADALAH BETUL1. Lalu lintas di kawasan rekreasi itu sesak kerana kerja memperlebar jalan raya di kawasan itu sedang dijalankan.
2. Walaupun tidur bertilamkan surat khabar lama di kaki lima itu, namun pengemis itu kelihatan amat lena.
3. Selama tiga jam kami membincangkan masalah itu di dalam bilik mesyuarat utama.
4. Lukisan yang sedang dipamerkan di galeri itu cantik belaka.
5. Dia tersenyum lebar kepada saya setelah mendengar berita yang menggembirakan itu.
6. Semasa bertemu Mak Cik Salmah, kami ada bertanyakan habar Pak Cik Salleh.
7. Murid itu akan dikenakan denda kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru pada penggal ini.
8. Semua murid mesti berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
9. Tuanku berkata,"Beta berharap rakyat di negara ini dapat mematuhi undang-undang yang termaktub".
10. Walaupun ruang udara kita tidak dicemari jerebu, amalan memelihara alam sekitar perlu diteruskan.
Tatabahasa07.05.2020
Salam. ayat mana yang betul a) lukisan mural yang cantik itu dilukis oleh pelajar sekolah tersebut atau b) lukisan mural yang cantik itu dilukis oleh pelajar sekolah tersebut.a) lukisan mural yang cantik itu dilukis oleh pelajar sekolah tersebut atau
b) lukisan mural yang cantik itu dilukis oleh pelajar sekolah tersebut.
Tidak ada perbezaan bagi kedua-dua ayat tersebut.
Tatabahasa01.04.2012
salam sejahtera, adakah ayat berikut betul? 1. Ibu memberi saya duit. 2. Lukisan yang dipamerkan di situ indah-indah belaka. 3. lukisan yang dipamerkan itu besar-besar belaka. terima kasih atas maklum balas.1. Ibu memberi saya duit. - ayat ini betul
2. Lukisan yang dipamerkan di situ indah-indah belaka. - ayat ini lewah, yang gramatisnya Lukisan yang dipamerkan di situ indah belaka.
3. Lukisan yang dipamerkan itu besar-besar belaka. - lewah, lihat penerangan di atas.
Tatabahasa15.03.2012
tolong semak penggunaan ayat yang mana satu adalah betul. 1)Hakimi mewarnakan lukisan itu dengan cermat. 2)Hakimi mewarna lukisan itu dengan cermat. 3)Hakimi mewarna dengan cermat. 4)Hakimi mewarnakan dengan cermat lukisan itu. sekian, terima kasih.Apitan meN...kan diikuti objek yang tidak bernyawa. Maka ayat yang paling betul ialah Hakimi mewarnakan lukisan itu dengan cermat.Tatabahasa05.05.2016
Salam sejahtera. Saya ingin mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak tuan/puan tentang beberapa padanan terjemahan berikut: 1. Plain line drawing - "Lukisan garis langsung" atau "Lukisan langsung"? 2. Great truth - "Kebenaran besar" atau "Kebenaran hakiki"? 3. Musical tunes - "Nada muzik" atau 'Tala muzik"? 4. Tajuk Buku yang berbentuk "commentary", contohnya "Zuo's Commentary", bolehkah dterjemahkan sebagai "Ulasan Zuo" ataupun "Hikayat Zuo" seperti yang diterjemah oleh sesetengah pihak? Sekian, terima kasih.Dalam pangkalan data kami, tidak ada padanan terjemahan khusus bahasa Melayu bagi rangkai kata Plain line drawing, Great truth, Musical tunes dan Zuo’s Commentary. Sungguhpun begitu, cadangan padanan terjemahan yang boleh digunakan mengikut konteks ayat yang sesuai adalah seperti yang berikut:

1.    Plain Line Drawing- Lukisan garis biasa

2.    Great Truth- Kebenaran mutlak

3.    Musical tunes- Tala muzik

4.    Zuo’s Commentary- Sudut Pandangan Zuo

Istilah04.01.2021
BAGAIMANAKAH CARA PENULISAN YANG BETUL: Kertas lukisan dan cat air, atau cat poster, atau cat tempera ATAU Kertas lukisan dan cat air atau cat poster atau cat tempera
Tanda koma tidak perlu sebelum kata "atau" kerana ayat tersebut merupakan ayat setara. Walau bagaimanapun, tidak salah sekiranya tanda koma digunakan kerana tidak menimbulkan perubahan makna dan ini hanyalah melibatkan gaya penulisan.
Ejaan25.03.2013
salam sejahtera, saya ingin bertanya adakah betul penjodoh bilangan bagi potret/lukisan/seni adalah sebuah. terima kasih.Penjodoh bilangan bagi potret/lukisan ialah buah.Lain-lain04.07.2008
123456

Kembali ke atas