Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[luluh] | لولوه

Definisi : 1. hancur menjadi serbuk, remuk; hancur ~ = ~ lantak hancur sama sekali, rosak binasa: kota itu hancur ~ akibat letupan itu; 2. = hancur ~ ki remuk-redam (hati), sedih sekali: hancur ~ rasa hatinya mendengar berita sedih itu; meluluhkan menghancurkan, meremukkan; luluhan (Geog) hancuran, remukan: semua benda galian pasir kelodak dan tanah liat terjadi drpd ~ batu; peluluhan (Geog) perihal meluluhkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[luluh] | لولوه

Definisi : 1 hancur menjadi serbuk; rosak binasa; remuk: Gelas yg cantik itu hancur ~ setelah terhempas pd batu. 2 = hancur ~ sangat sedih; remuk-redam (bkn perasaan hati): Hancur ~ rasa hatinya setelah ia ditinggalkan oleh suaminya. meluluhkan menghancurkan sesuatu sehingga menjadi serbuk. luluhan sesuatu yg luluh. peluluhan hal (perbuatan dsb) menjadi luluh atau meluluhkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luluh (adjektif)
Bersinonim dengan hancur, remuk, relai, berkecai, bersepai, rapun;,
Kata Terbitan : meluluhkan, luluhan, peluluhan,

Puisi
 

Anak Cina masak itik,
     Masak mari sampai luluh;
Memang tak guna berbini cantik,
     Hari-hari sahaja bergaduh.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Yang buntal kutil mengutil,
     yang jerung luluh meluluh.

Bermaksud :

Yang miskin hidup berpekin, yang kaya boros berbelanja.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
disintegratevi 1. hancur /bersepai, berkecai/, hancur, luluh: the rocket ~d before our very eyes, roket itu hancur berkecai di hadapan mata kami; 2. (fig.) berkecai: the party ~d after the death of its leader, parti itu berkecai selepas kematian pemimpinnya; their marriage ~d after only a few years, perkahwinan mereka berkecai selepas beberapa tahun sahaja;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
breakunder the eroding action of the water, the rocks gradually ~ down and the resultant silt is carried downstream, akibat hakisan air, lama kelamaan batu-batu itu luluh dan kelodak yg terjadi daripadanya mengalir ke muara; c. (of machine, car, etc) become inoperative, rosak: two of the eight lifts broke down, dua drpd lapan lif itu rosak; d. be severed, terputus: the electricity supply broke down, bekalan elektrik terputus; communications with the capital have broken down, perhubungan dgn ibu negara telah terputus;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
devastatevt 1. damage badly, ruin, memusnahkan, membinasakan: floods ~d the whole village, banjir telah memusnahkan seluruh kampung itu; 2. (colloq), (usu pass.) overwhelm, a. (with shock) terkejut besar: she was ~d by the news, dia terkejut besar mendengar berita itu; b. (with grief) hancur luluh: she was ~ed by his betrayal, hatinya hancur luluh disebabkan pengkhianatan lelaki itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
intentadj 1. fixed, tajam: an ~ gaze, renungan tajam; 2. absorbed, engrossed, asyik, khusyuk; (of face) kelihatan penuh khusyuk: the students were all ~ on their work, penuntut-penuntut itu semuanya asyik dgn kerja masing-masing; her heart melted as she looked down at their ~ little faces, hatinya luluh apabila direnungnya muka-muka kecil yg kelihatan penuh khusyuk itu; 3. exhibiting eager attention, kelihatan penuh minat: there was an ~ look on his face as he watched the scoreboard, wajahnya kelihatan penuh minat semasa dia memperhatikan papan mata itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
break5. scatter, disintegrate, bercerai-berai, berpecah-pecah: the unit broke under the attack, pasukan itu bercerai-berai akibat serangan; 6. separate, lerai: the boxers broke at the referee’s order, dua orang ahli tinju itu lerai atas perintah pengadil; 7. recess, berehat: let’s ~ for ten minutes, mari berehat sepuluh minit; 8. become free, see ~ away; 9. (of heart) hancur(-luluh, -lebur), remuk(-redam): her heart broke when her husband died, hatinya hancur-lebur apabila suaminya meninggal dunia;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pick 1 (ter)nampak sst: in glancing through my work, I ~ed up a few errors, sambil melihat kerja saya sepintas lalu, saya ternampak beberapa kesilapan; ~ up the pieces, berusaha memulihkan keadaan: the damage was so considerable after the fire that even today the people of the town are still trying to ~ up the pieces, kerosakan terlalu banyak selepas kebakaran itu dan hingga hari ini orang-orang di bandar tersebut masih mencuba utk memulihkan keadaan; she was devastated by her father’s death, and is still trying to ~ up the pieces of her life, hatinya hancur luluh krn kematian bapanya dan dia masih mencuba memulihkan keadaan hidupnya; ~ up speed, /bertambah, semakin/ laju:Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas