Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[luluh] | لولوه

Definisi : 1. hancur menjadi serbuk, remuk; hancur ~ = ~ lantak hancur sama sekali, rosak binasa: kota itu hancur ~ akibat letupan itu; 2. = hancur ~ ki remuk-redam (hati), sedih sekali: hancur ~ rasa hatinya mendengar berita sedih itu; meluluhkan menghancurkan, meremukkan; luluhan (Geog) hancuran, remukan: semua benda galian pasir kelodak dan tanah liat terjadi drpd ~ batu; peluluhan (Geog) perihal meluluhkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[luluh] | لولوه

Definisi : 1 hancur menjadi serbuk; rosak binasa; remuk: Gelas yg cantik itu hancur ~ setelah terhempas pd batu. 2 = hancur ~ sangat sedih; remuk-redam (bkn perasaan hati): Hancur ~ rasa hatinya setelah ia ditinggalkan oleh suaminya. meluluhkan menghancurkan sesuatu sehingga menjadi serbuk. luluhan sesuatu yg luluh. peluluhan hal (perbuatan dsb) menjadi luluh atau meluluhkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luluh (adjektif)
Bersinonim dengan hancur, remuk, relai, berkecai, bersepai, rapun;,
Kata Terbitan : meluluhkan, luluhan, peluluhan,

Puisi
 

Anak Cina masak itik,
     Masak mari sampai luluh;
Memang tak guna berbini cantik,
     Hari-hari sahaja bergaduh.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Yang buntal kutil mengutil,
     yang jerung luluh meluluh.

Bermaksud :

Yang miskin hidup berpekin, yang kaya boros berbelanja.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
credit crunchluluh kreditPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
landscape weatheringluluh hawa landskapLandskapTiadaPerubahan landskap yang berlaku akibat faktor-faktor alam Semula jadi seperti hakisan air dan angin , perubahan suhu dan sebagainya. Contohnya, perubahan daripada batu gunung kepada batu sungai dan seterusnya kepada pasir sungai.
leach resistancerintangan luluh larutKejuruteraanTiadaSifat kaca yang khusus dibina untuk menyimpan sisa bahan radioaktif.
chopping-leaching processproses potong luluh-larutKejuruteraanTiadaProses memotong dan melarut unsur bahan api terpakai menggunakan asid nitrik.
chop and leach processproses potong luluh-larutKejuruteraanTiadaProses memotong dan melarut unsur bahan api terpakai menggunakan asid nitrik.
sedimentmendakArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiPecahan daripada batu dan galian yang pejal hasil luluh bawa dan dibawa oleh air atau udara yang membentuk permukaan bumi. Mendapan juga boleh terbentuk hasil pemendakan tindakan kimia atau organisma. Sinonim mendapan.
tenacitykelekatanBiologiPatologiKemampuan yang diukur dari segi lamanya sesuatu bahan (misalnya pestisid) melekat pada permukaan sesuatu benda (misalnya tumbuhan) terhadap luluh hawa. lih. indeks kelekatan.
disintegrationpenyepaianArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiProses yang melibatkan pecahan atau relaian butir-butir batuan disebabkan faktor semula jadi seperti luluh hawa dan bukan semula jadi dilakukan oleh manusia. Hasil sisa penyepaian ini boleh digunakan sebagai peralatan bersesuaian dengan bentuk dan fungsi. Bentuk yang kerap ditemui adalah untuk tujuan pemotongan. Artifak daripada penyepaian ini biasanya berbentuk kecil dan tajam pada bahagian tertentu.
half lifeseparuh hayatFarmasiFarmakologi1. Masa yang diperlukan untuk sesuatu bahan hilang separuh daripada nilai atau kuantiti asalnya, khususnya masa bagi separuh atom dalam sesuatu bahan radioaktif untuk luluh. 2. Masa yang diperlukan bagi membolehk:an separuh daripada kuantiti sesuatu drug atau bahan yang disimpan elidalam tubuh dimetabolismekan atau disingkirkan oleh proses biologi normal.

Kembali ke atas