Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lum.ba] | لومبا

Definisi : perlawanan beradu cepat (pandai dll): ~ lari; ~ kuda; ~ perahu; berlumba, berlumba-lumba, berlumbaan, berlumba-lumbaan berdahulu-dahuluan, ber­lawanan: kaum wanita berjuang dan berlumba­-lumba mencapai kemajuan; memperlumbakan menyebabkan (membiar­kan) berlumba; perlumbaan 1. perlawanan kecepatan (ber­lari, berperahu, dll), lumba: ~ lari 100 meter; ~ perahu; 2. tempat berlumba; pelumba orang yg berlumba (menyertai sesuatu lumba): pertarungan amat hebat nanti ialah antara ~-~ motosikal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lum.ba] | لومبا

Definisi : peraduan kecepatan (berlari, berkuda dll): ~ kuda; ~ lari. berlumba berlawan siapa yg dahulu (sampai, siap dll); berdahulu-dahuluan; beradu cepat: Mereka ~ mencari kekayaan. memperlumbakan membuat supaya berlumba. perlumbaan 1 perbuatan atau hal berlumba: ~ jalan kaki. 2 tempat (gelanggang) berlumba. pelumba orang yg berlumba: Seorang ~ motosikal telah mati dlm kemalangan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lumba (kata nama)
Bersinonim dengan perlawanan, peraduan, pertandingan;,
Kata Terbitan : berlumba-lumba, berlumba-lumbaan, memperlumbakan, perlumbaan,

Puisi
 

Lumba-lumba bermain gelombang,
     Cuaca redup tengah hari;
Cuba-cuba menanam mumbang,
     Kalau hidup tuah negeri.


Lihat selanjutnya...(11)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Lumba-lumba Yang LupaAli JusohDewan Sastera1 April 2005
Lumba-lumba (dolfin)Zakaria AbdullahDewan Siswa1 August 1986
Lumba DaduDzafarul-IdhamDewan Pelajar1 April 1975
Lumba Sampan Nusantara Perkenal Tradisi Dunia MelayuRusilawati KamarudinDewan Budaya1 February 2002
Lumba kereta banyak mengorbankan nyawaMohammad BahadonDewan Siswa1 December 1982
Lumba basikalMohamad BahadonDewan Siswa1 September 1981
Sukan lumba kereta kawalan jauh perlukan kepakaranTiadaDewan Kosmik1 February 2003
Kereta Lumba Sauber - Petronas C20TiadaDewan Kosmik1 August 2003
Kapal lumba besarN. Z. AbidinDewan Siswa1 October 1989
Kuda LumbaZaharah NawawiDewan Sastera1 December 1995
12

Kembali ke atas