Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lum.ba] | لومبا

Definisi : perlawanan beradu cepat (pandai dll): ~ lari; ~ kuda; ~ perahu; berlumba, berlumba-lumba, berlumbaan, berlumba-lumbaan berdahulu-dahuluan, ber­lawanan: kaum wanita berjuang dan berlumba­-lumba mencapai kemajuan; memperlumbakan menyebabkan (membiar­kan) berlumba; perlumbaan 1. perlawanan kecepatan (ber­lari, berperahu, dll), lumba: ~ lari 100 meter; ~ perahu; 2. tempat berlumba; pelumba orang yg berlumba (menyertai sesuatu lumba): pertarungan amat hebat nanti ialah antara ~-~ motosikal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lum.ba] | لومبا

Definisi : peraduan kecepatan (berlari, berkuda dll): ~ kuda; ~ lari. berlumba berlawan siapa yg dahulu (sampai, siap dll); berdahulu-dahuluan; beradu cepat: Mereka ~ mencari kekayaan. memperlumbakan membuat supaya berlumba. perlumbaan 1 perbuatan atau hal berlumba: ~ jalan kaki. 2 tempat (gelanggang) berlumba. pelumba orang yg berlumba: Seorang ~ motosikal telah mati dlm kemalangan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lumba (kata nama)
Bersinonim dengan perlawanan, peraduan, pertandingan;,
Kata Terbitan : berlumba-lumba, berlumba-lumbaan, memperlumbakan, perlumbaan,

Puisi
 

Lumba-lumba bermain gelombang,
     Cuaca redup tengah hari;
Cuba-cuba menanam mumbang,
     Kalau hidup tuah negeri.


Lihat selanjutnya...(11)

Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
race conditionkeadaan lumbakeadaan lumbakeadaan lumbaTeknologi Maklumat
race track patternpola jalur lombapola jalur lumbapola lumbaKejuruteraan Kapal Terbang
yachtinglomba layarTiadalumba layarSukan
rowingmendayungTiadalumba dayungSukan
motoringbalap motorTiadalumba motorSukan
cyclingbalap sepedaTiadalumba basikalSukan
walking racegerak jalanTiadalumba jalanSukan
road racelomba jalananTiadalumba lebuh rayaSukan
10,000 point racelomba point 10,000Tiadalumba 10,000 mataSukan

Kembali ke atas