Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lum.ba] | لومبا

Definisi : perlawanan beradu cepat (pandai dll): ~ lari; ~ kuda; ~ perahu; berlumba, berlumba-lumba, berlumbaan, berlumba-lumbaan berdahulu-dahuluan, ber­lawanan: kaum wanita berjuang dan berlumba­-lumba mencapai kemajuan; memperlumbakan menyebabkan (membiar­kan) berlumba; perlumbaan 1. perlawanan kecepatan (ber­lari, berperahu, dll), lumba: ~ lari 100 meter; ~ perahu; 2. tempat berlumba; pelumba orang yg berlumba (menyertai sesuatu lumba): pertarungan amat hebat nanti ialah antara ~-~ motosikal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lum.ba] | لومبا

Definisi : peraduan kecepatan (berlari, berkuda dll): ~ kuda; ~ lari. berlumba berlawan siapa yg dahulu (sampai, siap dll); berdahulu-dahuluan; beradu cepat: Mereka ~ mencari kekayaan. memperlumbakan membuat supaya berlumba. perlumbaan 1 perbuatan atau hal berlumba: ~ jalan kaki. 2 tempat (gelanggang) berlumba. pelumba orang yg berlumba: Seorang ~ motosikal telah mati dlm kemalangan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lumba (kata nama)
Bersinonim dengan perlawanan, peraduan, pertandingan;,
Kata Terbitan : berlumba-lumba, berlumba-lumbaan, memperlumbakan, perlumbaan,

Puisi
 

Lumba-lumba bermain gelombang,
     Cuaca redup tengah hari;
Cuba-cuba menanam mumbang,
     Kalau hidup tuah negeri.


Lihat selanjutnya...(11)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dolphinlumba-lumbaPerikananTiadaIkan daripada kelas Cetacean, suborder Odontoceti. Terdapat sembilan famili lumba-lumba yang hidup di laut dan sebahagian kecil lagi hidup di sungai. Ikan daripada jenis mamalia laut ini suka melompat, berlumba atau bermain di permukaan air semasa bot atau kapal sedang bergerak. Ikan ini berpotensi sebagai daya tarikan rekreasi marin dan menjadi petunjuk kehadiran ikan rekreasi lain, seperti tuna.
DelphinusDelphinus (Ikan Lumba-lumba)MatematikTiadaBuruj kecil hemisfera utara yang berhampiran dengan Cygnus, dan bintang tercerah terdiri daripada bintang magnitud ketiga. Gamma Delphinus ialah bintang berpasang magnitud keempat.
tandem racelumba tandem (Lumba Basikal)PendidikanTiadaTiada
track racinglumba balapan(lumba basikal)PendidikanTiadaTiada
point racelumba mata (Lumba Basikal)SukanTiadaTiada
obstacle racelumba berhalang (Lumba Basikal)SukanTiadaTiada
track racinglumba balapan(lumba basikal)SukanTiadaTiada
tandem racelumba tandem (Lumba Basikal)SukanTiadaTiada
stage racinglumba berperingkat (Lumba Basikal)SukanTiadaTiada
circuit racinglumba litar (Lumba Basikal)SukanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas