Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lum.ba.lum.ba] | ٢ لومبا

Definisi : sj mamalia laut drpd famili Delphinidae yg mempunyai muncung seakan-akan paruh, Delphinus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lumba-lumba

Puisi
 

Lumba-lumba bermain gelombang,
     Cuaca redup tengah hari;
Cuba-cuba menanam mumbang,
     Kalau hidup tuah negeri.


Lihat selanjutnya...(11)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah terjemahan untuk bottlenose dolphinPadanan yang sesuai ialah Dolfin Bottlenose atau Ikan Lumba-lumba BottlenoseLain-lain13.09.2017
Merujuk jawapan tuan bagi soalan 31.`saya sedang berlatih lumba berlari. Merujuk kamus Dewan m/s 965. `lumba lari` adalah lebih tepat. Apakah pendapat tuan ?Yang betul ialah "saya sedang berlatih lumba lari", kerana lumba lari ialah kata nama yang tidak memerlukan imbuhan.Tatabahasa18.04.2009
Salam sejahtera, bolehkah tanya tuan/puan yang manakah istilah yang paling sesuai? 1) Rowing (sukan melumba perahu dengan menggunakan dayung): Lumba dayung, lumba perahu dayung atau mendayung? 2) Venue (stadium/pusat sukan/bangunan/padang yang menganjurkan pertandingan sukan): tempat, gelanggang, tempat acara, tempat penganjuran acara atau lokasi penganjuran? 3) Youth Olympic Games (Sukan Olimpik bagi atlet berumur 14-18 tahun): Sukan Olimpik Belia atau Sukan Olimpik Remaja Saya ada satu pertanyaan lagi: adakah istilah "Olimpik" betul? Atau hanya "Sukan Olimpik" sahaja boleh diterima?

Menurut Istilah MABBIM, terjemahan bagi ‘rowing’ ialah lumba dayung manakala ‘venue’ ialah tempat. Jika merujuk laman web Majlis Sukan Negara, terjemahan bagi Youth Olympic Games ialah Sukan Olimpik Remaja. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, terjemahan bagi ‘Olympic’ ialah Sukan Olimpik.

Makna18.09.2021
apakah yang dimaksudkan dengan lumba haramMengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan lumba bermaksud perlawanan beradu cepat. Perkataan haram bermaksud ditegah(terlarang) oleh undang-undang, tidak sah di sisi undang-undang. Oleh itu lumba haram bermaksud perlawanan yang ditegah oleh undang-undang atau tidak sah di sisi undang-undang.    Makna10.04.2008
Bolehkah anda pastikan kesalahan dalam ayat ini? Alif dan Kumaran membincangkan tentang masalah lumba haram yang berlaku di kampung mereka.

Ayat yang betul ialah : Alif dan Kumaran membincangkan masalah lumba haram  yang berlaku di kampung mereka ataupun Alif dan Kumaran berbincang tentang masalah lumba haram yang berlaku di kampung mereka. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, di bawah tajuk Pembentukan Kata Kerja, halaman 150.

Tatabahasa13.12.2010
Padanan untuk drifting dalam bidang lumba kereta.Salam sejahtera,

Setakat ini, belum ada padanan perkataan drifting dalam bidang lumba kereta.

Tuan boleh menjadikan perkataan tersebut italik.

Pihak kami akan memaklumkan kepada tuan sekiranya sudah ada padanan dalam bahasa Melayu.

Sekian, terima kasih.
Istilah23.09.2018
Selalunya kami saling berlumba-lumba untuk menyudahi sesuatu kerja. munsyi, adakah ayat ini salah dari segi gramatisnya? tkAyat tersebut tidak gramatis, penggunaan yang betul ialah saling berlumba atau berlumba-lumba.Tatabahasa16.04.2012
1.penggunaan antaranya termasuklah 2. 'antaranya termasuk lompat tinggi, lompat jauh, lumba lari dan sebagainya.' ayat ini betul atau salah?^^Ayat yang betul ialah antaranya termasuklah ialah lompat tinggi, lompat jauh, lumba lari dan sebagainyaTatabahasa02.06.2016
Manakah yang betul? Peserta-peserta sedang berlari pantas untuk memenangi ( larian, acara larian, acara lumba lari, pertandingan ) 200 meter.Jawapan yang betul ialah: Peserta-peserta sedang berlari pantas untuk memenangi acara lumba lari 200 meter.Tatabahasa30.03.2012
Salam sejahtera tuan. Adakah frasa/ayat di bawah ini betul? 1. kegiatan lumba haram 2. di tingkatan 1 3. hujan turun tidak henti-henti sejak pagi tadi 4. sebiji telur atau sebutir telur? Terima kasih.Frasa yang betul adalah seperti yang berikut:

1. kegiatan lumba haram

2. di tingkatan 1

3. hujan turun tidak berhenti-henti sejak pagi tadi

4. sebiji telur 

5. sebutir telur
Tatabahasa18.08.2022
1234

Kembali ke atas