Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.mut] | لوموت

Definisi : sj tumbuhan kecil yg tumbuh di tempat yg lembap (di batu, batang kayu basah, dll); ~ ekor kuning (kucing) sj tumbuhan (herba), Utricularia flexuosa; ~ hati lumut drpd kelas Hepaticae yg tumbuh di kawasan lembap; ~ karang bunga karang, sepan; akar ~, a) sj tumbuhan (pokok), pulai, Alstonia angusti­folia; b) sj tumbuhan (pokok renek), akar cabang lima, akar meruan, lilimbo, Spheno­desma barbata; rumput ~ sj tumbuhan (rumpair), Blyxa malayana; berlumut, berlumutan ditumbuhi lumut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.mut] | لوموت

Definisi : tumbuh-tumbuhan kecil yg tumbuh di tempat yg lembap atau berair. berlumut ditumbuhi lumut: Bilik airnya ~ kerana tidak pernah dicuci. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lumut

Puisi
 

Anak sindorai siamang,
     Digatuk pinang Pasir Lumut;
Adik jangan tergamang,
     Hamba biasa susah hidup.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Batu yang selalu bergolek itu tak dilekati lumut.

Bermaksud :

Orang yang suka berpindah-pindah pekerjaan itu tidak mungkin mencapai kemajuan dalam hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
dan memudahkan peresapan gas berlaku. Tisu ini terdapat pada korteks akar dan daun beberapa jenis tumbuh-tumbuhan akuatik se- perti keladi bunting, dan di antara jisim spora dengan dinding kapsul lumut. (BIO) aerial (aerial) Peranti yang digunakan untuk memancarkan atau menerima gelombang elek- tromagnet. Tenaga gelombang yang diterima akan diubah menjadi arus elek- trik. Dua jenis aerial yang penting ialah aerial secara sepenuhnya. 2. Apodem pada endosternit atau sternum. 3. Bonggol pada bahagian bawah struktur pembiakan pada hifa kulat. 4. Gelembung pada bahagian fotosintesis yang terdapat pada pangkal kapsul beberapa jenis lumut. 5. Gelembung kecil pada puncak sisik ovulifer pinus. (BIO, UBAT) apoplasmodium (apoplasmodium) Plasmodium yang berasal daripada miksameba haploid pada Acrasieae. (BIO) apogee apoplasmodium Kamus Sains.indb 92 7/8/08

Kembali ke atas