Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
luncur
Kata Terbitan : meluncur, meluncurkan, terluncur,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
luncur1 lucut drpd pegangan; terlepas; lulus: Wangnya ~ dr poket. 2 tidak berlaku lagi (bkn janji dll); lelap (bkn barang gadaian): Jam tangan yg digadaikannya itu telah ~. ~ air sukan yg menggunakan papan luncur utk meluncur di atas permukaan laut yg berombak tinggi. ~ ais sukan yg menggunakan sepatu luncur yg berbilah besi di bahagian tapak utk meluncur di permukaan gelanggang ais yg rata dan licin. ~ angin sukan yg menggunakan papan luncur yg dilengkapi layar, palang dll, yg peluncurnya berdiri di atas papan luncur sambil berpegang pd palang yg dipasangi layar. ~ salji sukan yg menggunakan papan luncur yg dipasangkan pd kasut, dan dua batang tongkat utk membantu pergerakan di kawasan bukit yg bersalji. meluncur 1 menggelongsor turun; melungsur: ~ dr tebing ke dlm sungai. 2 bergerak dgn pantas: Kereta tsb ~ masuk ke pekarangan rumah Ahmad. meluncuri bergerak dgn cepat di: Kereta itu ~ jalan yg kecil dan gelap. meluncurkan menggerakkan sesuatu dgn cepat; melancarkan: ~ perahu. terluncur terlepas ke bawah; tergelincir. luncuran gerakan meluncur. peluncuran perihal (perbuatan dsb) meluncur, meluncuri atau meluncurkan. peluncur 1 orang yg meluncur (dlm luncur air, luncur angin dsb). 2 alat yg digunakan utk meluncur atau meluncurkan sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
luncur1. = meluncur melungsur, mengge­longsor: anak itu ~ drpd pangkuan ibunya; 2. lucut (drpd pegangan dll), lelap (barang gadaian): barang yg digadaikan itu telah ~; 3. bergerak dgn cepat (kereta dll): sebuah kereta besar meluncur masuk dan berhenti di sisinya; 4. keluar dgn lancarnya (kata, percakapan, dll): suatu teguran sedia melun­cur drpd mulut ayahnya; ~ air sukan yg menggunakan papan luncur utk meluncur di atas permukaan laut yg berombak tinggi; ~ ais sukan yg menggunakan sepatu luncur yg berbilah besi di bahagian tapak utk meluncur di permukaan gelanggang ais yg rata dan licin; ~ angin sukan air yg menggunakan papan luncur yg dilengkapi dgn layar, palang dll, yg peluncurnya berdiri di atas papan luncur tersebut; ~ salji sukan yg menggunakan papan luncur yg dipasangkan pd kasut, dan dua batang tongkat utk mem­bantu pergerakan di kawasan bukit yg bersalji; berseluncur meluncur-luncur di tempat yg licin (di atas lumpur dll); meluncuri bergerak dgn cepat di, meluncur di: sebuah kereta ~ jalan yg sepi itu; meluncurkan 1. melancarkan, melungsur­kan: ~ kapal; 2. mengeluarkan (kata-kata dll) dgn lancar: ia pun ~ kata-kata ini; terluncur terlepas ke bawah, tergelincir; luncuran gerakan meluncur: dr segi teori utk menghasilkan ~ yg maksimum, sudut balingan mestilah 45º; peluncuran 1. tempat utk meluncur; 2.perihal (perbuatan atau proses) meluncur,meluncuri atau meluncurkan; peluncur 1. orang yg meluncur (dlm luncurair, luncur ais dsb); 2. alat yg digunakan utkmeluncur atau meluncurkan; pesawat ~ Id sj pesawat (kapal) terbang yg tidak memakai enjin.Kamus Dewan Edisi Keempat
peluncur1 orang yg meluncur (dlm luncur air, luncur angin dsb). 2 alat yg digunakan utk meluncur atau meluncurkan sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sepatu I1. sj pakaian (diperbuat drpd getah, kulit, dll), kasut, kaus; 2. sesuatu yg menye-rupai sepatu (spt alas kaki meja dll); ~ besi Id = ~ kuda ladam; ~ luncur kasut luncur; ~ roda kasut roda;bersepatu memakai sepatu: dia ~ kilat.Kamus Dewan Edisi Keempat
lucut I; melucut terlepas drpd pegangan (geng­gaman dll), luncur; melucuti 1. mengambil senjata drpd geng­gaman, merampas: mereka sendiri mahu di­lucuti senjatanya; 2. ki melenyapkan atau merosakkan (maruah, kemuliaan, dsb): dia berhati-hati berkata-kata supaya tidak me­nyakitkan pendengaran, melukai perasaan atau ~ kemuliaan orang lain; negara itu telah dilucuti taringnya; melucutkan 1. menanggalkan (pakaian, perhiasan, dll), melepaskan (tali, ikatan, dll), meluluskan (gelang, cincin, dll): dgn gopoh, ia ~ pakaiannya; ~ orang drpd bahaya maut; gelang emas di tangan dilucutkannya; 2. ki menarik balik, mencabut balik, memansuhkan; ~ jawatan memberhentikan (drpd jawatan), memecat; ~ kerakyatan menarik balik kerakyatan; terlucut terlepas (drpd pegangan, genggaman, ikatan, dll): kayu itu ~ drpd genggamannya; orang berhutang tidak ~ drpd tanggungan­nya selagi hutang belum dijelaskan; perlucutan pelucutan; pelucutan perihal (proses, tindakan dsb) melucuti atau melucutkan: ~ senjata; ~ jawatan; ~ jawatan tindakan menarik balik (meng­gugurkan, membatalkan dsb) jawatan ygsedang disandang oleh seseorang, pemecatan; ~ senjata a) tindakan merampas atau menghapuskan senjata drpd seseorang atau sesuatu kumpulan; b) tindakan mengecilkan atau mengurangkan kekuatan angkatan ber­senjata oleh sesebuah negara; pelucut alat utk melucutkan sesuatu; ~ dawai pelurut dawai.Kamus Dewan Edisi Keempat
peluncur1. orang yg meluncur (dlm luncurair, luncur ais dsb); 2. alat yg digunakan utkmeluncur atau meluncurkan; pesawat ~ Id sj pesawat (kapal) terbang yg tidak memakai enjin.Kamus Dewan Edisi Keempat
pucuk I1. daun yg baru terbit, daun muda (di puncak pokok atau di hujung ranting): memakan ~-~ kayu; ~ nipah yg muda utk menggulung rokok; mati ~ a) mati pd pucuk­nya (tumbuh-tumbuhan); b) lemah zakar; 2. hujung yg tajam (runcing), puncak (api, ombak, pohon, dll): daun-daun masih terlekat di ~ pokok; 3. yg tertinggi, yg terpenting, yg berkuasa; ditanam ~ Mn didirikan penghulu; ~ pimpinan (pemerintahan) a) pusat atau tampuk kekuasaan (pimpinan); b) orang yg memegang kekuasaan tertinggi; 4. pen­jodoh bilangan bagi surat (senjata api dll): se~ surat; beberapa ~ senapang; 5. ki sesuatu perasaan yg baru tumbuh (perasaan cinta dll): ~ cinta; ~ kemesraan; ~ api lidah api (hujung nyala api); ~ biji pucuk yg akan tumbuh menjadi batang (daun dll), bakal batang; ~ bulat orang yg memegang kekuasaan tertinggi; ~ jala pusat jala; ~ ombak kepala ombak; ~ pangkal pokok pangkal (asal usul); ~ rebung a) rebung yg masih muda; b) ukiran atau lukisan yg berbentuk gerigi (pd tepi sesuatu benda); ~ tiang puncak tiang; ~ dicita ulam tiba = hendak ulam ~ menjulai prb beroleh sesuatu lebih drpd apa yg diharap­kan; bagai ~ (enau) dilancarkan (diluncurkan) prb sangat laju atau luncur perginya; lebih ~ lebih pelepah prb pertanyaan kerana membandingkan dua sahabat yg baharu dgn yg lama (mana yg lebih pucuk atau pelepah); menghendaki ~ alu = minta ~ pd alu prb menghendaki (meminta) sesuatu yg tidak akan dapat; sedangkan ~ lagi tak merah, konon pula selaranya prb sedang ia lagi kaya tidak berderma apalagi apabila tidak berwang; spt ~ dgn pelepah prb sama juga (kiasan pd orang yg bersaudara yg sama pangkat atau darjatnya); spt ~ eru, ke mana angin yg keras ke sana condongnya prb tiada tetap pendiri­an sebentar begini sebentar begitu (mana orang yg menang atau kuat itulah yg diikut); tidak (ber)pucuk di atas enau prb Mn perihal seseorang yg sangat angkuh (senantiasa meman­dang rendah kpd orang lain); umpama ~ dan umbut, tiada lauk baru dibaham prb sesuatu yg kurang berguna akan dipakai juga apabila yg lain-lain tiada lagi; berpucuk 1. keluar pucuknya: pokok getah ~ selepas musim kemarau; 2. ada pucuknya; kata tidak ~ putusan yg terakhir (muktamad); ke atas tidak ~, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek kumbang prb jika seseorang bersalah biarlah dia serta kaumnya binasa.Kamus Dewan Edisi Keempat
kasut Ialas kaki (spt sepatu, selipar, dll); ~ bola kasut utk bermain bola sepak; ~ but kasut yg menutup kaki sampai ke atas buku lali; ~ getah kasut drpd getah; ~ kayu terom­pah; ~ luncur kasut yg mempunyai bilah logam yg nipis pd tapaknya yg dipakai utk meluncur di permukaan ais; ~ roda kasut yg mempunyai roda kecil yg biasanya dipakai utk berjalan meluncur; ~ rumput Id selipar (drpd anyaman rumput); ~ tumit tinggi kasut yg tinggi dan halus tumitnya (dipakai oleh wanita); berkasut 1. mempunyai kasut: sepanjang hidupnya, ia tidak pernah ~; 2. memakai kasut: dia tidak ~ ke kedai.Kamus Dewan Edisi Keempat
kasutalas kaki (dibuat drpd getah, kulit dll) yg menutupi bahagian kaki; sepatu. ~ bola kasut yg dibuat drpd kulit utk dipakai ketika bermain bola. ~ but kasut yg sampai ke atas mata kaki. ~ getah kasut yg lapiknya dibuat drpd getah dan penutupnya dibuat drpd kain. ~ luncur kasut yg mempunyai bilah logam yg nipis yg terletak tegak pd bahagian tapaknya, yg dipakai utk meluncur di permukaan ais. ~ roda kasut yg mempunyai roda kecil yg biasanya dipakai utk meluncur di kawasan yg licin, spt di atas jalan atau di atas gelanggang. berkasut 1 mempunyai kasut: Dia tidak pernah ~ sehinggalah ia bersekolah. 2 memakai kasut: Dia berjalan tidak ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua

Kembali ke atas