Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lun.jur] | لونجور

Definisi : menghulurkan kaki (sewaktu duduk dll), mengunjurkan kaki: tempat duduk banyak yg kosong, jadi kami pun tidur ber­lunjur; berapa panjang ~, begitulah selimut prb membuat sesuatu biarlah menurut ke­sanggupan diri sendiri; melunjurkan 1. menghulurkan, mengunjur­kan (kaki): ia duduk di beranda dgn ~ kaki bermalas-malas; 2. ki meluaskan: ia akan ~ makna dalamannya; terlunjur terentang, terhulur (kaki), terbaring mengunjur: di atas kaki yg ~ itu, anaknya meletakkan kepalanya; unjur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lun.jur] | لونجور

Definisi : panjang tubuh badan dr kaki hingga ke kepala ketika berbaring: Berapa panjang ~, begitulah selimut. berlunjur meluruskan kaki ke depan ketika duduk atau berbaring: Dia duduk ~ sambil makan sirih. melunjurkan menghulurkan (kaki) ke depan. terlunjur terhulur ke depan (ttg kaki); terbaring mengunjur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lunjur
Kata Terbitan : berlunjur, terlunjur,

Peribahasa

Berapa panjang sarung begitulah kerisnya.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu hendaklah menurut kesanggupan diri sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Berapa panjang lunjur, begitulah panjang selimut).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
campedlunjurVeterinarTiadaTiada
standing underlunjur dalamVeterinarTiadaTiada
camped infrontlunjur depanVeterinarTiadaTiada
camped behindlunjur belakangVeterinarTiadaTiada
standing under infrontlunjur dalam depanVeterinarTiadaTiada
standing under behindlunjur dalam belakangVeterinarTiadaTiada
horizontal sittingduduk lunjurSukanTiadaDuduk dan melunjur kaki. Posisi tangan boleh dipelbagaikan.
skate wheel conveyorkonveyor roda lunjurPentadbiran PerniagaanTiadaTiada

Kembali ke atas