Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lun.tur] | لونتور

Definisi : 1. turun atau berubah warnanya (kain cat, dll): kainnya teguh dan tidak ~; tahan ~ tidak turun warna; 2. berubah, bertukar (keyakinan, pendirian, keazaman, dsb): ke­azaman mereka utk bersatu tenaga tidak ~ walaupun mereka terpaksa menghadapi beberapa halangan; 3. hilang atau berkurang (kasih sayang dsb): kasihnya sudah mulai ~; kejelitaannya mulai ~ apabila umurnya meningkat tua; 4. turun atau menjadi rendah (pangkat, darjat, dsb); 5. tidak mujarab lagi (mantera, jampi, dll): jampi itu sudah ~; meluntur menjadi atau mulai luntur; melunturi luntur warnanya dan kena pd (kain, baju) yg lain: kain ini dicuci terasing supaya tidak ~ yg lain; melunturkan menyebabkan luntur (berubah atau hilang warna, keyakinan, kasih sayang, dll): kain yg berwarna perang itu dilunturkan utk mendapatkan kain putih; kelunturan 1. perihal luntur: ia menampak­kan ~ dan kebelakangan pendapat yg progresif; 2. kena warna sesuatu yg luntur; pelunturan perihal melunturi atau me­lunturkan; peluntur bahan utk melunturkan kain dll; serbuk ~ sj serbuk yg digunakan utk meluntur­kan (memutihkan) kain dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lun.tur] | لونتور

Definisi : senang keluar (kencing, haid); meluntur meminum ubat utk mencuci perut atau utk menyenangkan buang air; peluntur = ubat ~ ubat pencuci perut (utk menyenangkan buang air). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lun.tur] | لونتور

Definisi : 1 berubah atau turun warnanya (bkn kain, cat dll): Kain batik buatan Kelantan tidak ~. tahan ~ tidak turun warnanya. 2 berubah atau bertukar (bkn keyakinan, pendirian dll). 3 menjadi kurang atau hilang (bkn kasih sayang dll): Cintanya kpd isterinya yg jujur itu tidak akan ~. 4 tidak mujarab lagi (bkn jampi, mantera dll). 5 turun atau menjadi rendah (bkn pangkat, kemegahan dll). melunturkan menyebabkan luntur (bkn warna, keyakinan, kasih sayang dll). peluntur bahan utk melunturkan warna kain dll: serbuk ~ serbuk yg digunakan utk melunturkan warna dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luntur (adjektif)
1. Dalam konteks warna
bersinonim dengan turun, berubah, bertukar, leta, maleh,

2. Dalam konteks semangat
bersinonim dengan hilang, lenyap, luput,

Kata Terbitan : melunturkan, kelunturan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
luntur hati ibu betul atau salahAntara maksud luntur ialah berubah atau bertukar keyakinan, pendirian, keazaman dan sebagainya. Oleh itu, luntur hati ibu ... betul dan boleh digunakan.Tatabahasa17.07.2012
Sikap kawannya yang suka mengambil tahu hal orang lain menyebabkan dia berasa luntur untuk menegur kawannya itu. munsyi, luntur wajar digantikan dengan apa? TQLuntur bermaksud 1. turun atau berubah warnanya (kain cat, dll): kainnya teguh dan tidak ~; tahan ~ tidak turun warna; 2. berubah, bertukar (keyakinan, pendirian, keazaman, dsb): keazaman mereka utk bersatu tenaga tidak ~ walaupun mereka terpaksa menghadapi beberapa halangan; 3. hilang atau berkurang (kasih sayang dsb): kasihnya sudah mulai ~; kejelitaannya mulai ~ apabila umurnya meningkat tua; 4. turun atau menjadi rendah. Nyata, perkataan luntur tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Sila gantikan dengan perkataan lain seperti enggan. Sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak digunakan dan lihat adakah sesuai makna kata tersebut digunakan untuk ayat tersebut.Makna07.02.2012
1.Sepakan tajam Ramli berjaya menghasilkan gol kemenangan pasukannya. (AYAT betul atau salah) 2.warna baju Mira semakin luntur/lusuh selepas dicuci berulang kali. (Perkataan yang mana satu betul luntur atau lusuh) Diharap dapat jawapan segera.1. Tendangan tajam Ramli berjaya menghasilkan gol kemenangan pasukannya. (Penggunaan perkataan "tendangan" lebih gramatis).
2.  Warna baju Mira semakin luntur selepas dicuci berulang kali.
Tatabahasa20.05.2014
1. “Warna kereta itu sudah luntur”,”Warna kereta itu sudah sebam”. Ayat manakah yang betul? 2. “Bolehkah kamu berikan nasi lemak ini kepada Aiman?”,Mengapakah perkataan ‘berikan’ tidak boleh digantikan dengan ‘memberikan’ dalam ayat ini? 3. “Mereka balik ke kampung menaiki kereta api”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 4. “Ramai kanak-kanak di taman asuhan itu bijak berbahasa Inggeris”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 5. “Paru-paru merupakan organ pernafasan kepada manusia”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 6. “Pengawal itulah yang sedang bertugas ketika itu”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 7. “Feri itu menepi ke dermaga untuk memunggah barang”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 8. “Saki-baki lauk-pauk itu dibawa pulang oleh Mak Munah”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. Terima kasih.1. Ayat yang betul, "Warna kereta itu sudah luntur".

2. Ayat yang gramatis ialah "Bolehkah kamu memberikan nasi lemak ini kepada Aiman?"

3. Ayat yang gramatis ialah "Mereka balik kampung menaiki kereta api." Perkataan "balik ke" mempunyai unsur kelewahan.

4. Ayat yang gramatis ialah "Banyak kanak-kanak di taman asuhan itu bijak berbahasa Inggeris." "Ramai" menunjukkan suasana, manakala "banyak" menunjukkan bilangan.

5. Ayat yang gramatis ialah "Paru-paru merupakan organ pernafasan manusia." Tidak perlu perkataan "kepada" kerana perkataan "merupakan" telah menunjukkan keterangan pemilikan.

6. Terdapat pengulangan perkataan "itu" dalam satu ayat. Boleh ditukarkan menjadi "Pengawal tersebutlah yang sedang bertugas ketika itu."

7. Ayat yang gramatis ialah "Feri itu berlabuh di dermaga untuk memunggah barang."
Perkataan "menepi ke" mengelirukan.

8. Ayat yang gramatis ialah "Lebihan lauk-pauk itu dibawa pulang oleh Mak Munah." Perkataan "saki-baki" dalam konteks makanan membawa konotasi yang negatif.
Tatabahasa26.11.2014
1.Adakah ayat yang berikut betul? Gasing yang dilemparkan budak itu berpusing kencang. 2. Kosa kata yang mana satu betul? Warna kain langsir itu ( luntur, lusuh ) setelah dicuci beberapa kali.1. Gasing yang dilemparkan budak itu berpusing dengan ligat.
2. Warna kain langsir itu luntur setelah dicuci beberapa kali.
Tatabahasa16.08.2015
1) Apakah jawapan yang sesuai bagi soalan di bawah? Pak Cik Samsudin mengecat pagar rumahnya kerana warna cat itu telah _________ A)pudar B) luntur Adakah pudar jawapan yang paling tepat?Mengapa? 2) Beberapa orang murid sedang _______di atas pentas bersempena dengan Hari Kanak-Kanak. A) menyanyi B) bernyanyi Mengapakah jawapannya bernyanyi dan bukan menyanyi?Mohon jasa baik pihak tuan menerangkan dengan lebih lanjut.1) Pudar dan luntur, kedua-duanya boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.
2) Bernaynyi dan menyanyi, kedua-duanya membawa makna yang sama.
Tatabahasa21.07.2016
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Adik tersenyum (tajam) apabila melihat telatah pelawak itu. (b) Sepakan yang (tajam) oleh pemain itu mengenai tiang gol. (c) Kakak menyiram pokok bunga matahari yang sudah (luntur) itu. (d) Kemarau panjang yang melanda di kampung itu menyebabkan air sungai itu (luntur). (e) Kebanyakan remaja itu suka menghabiskan masa lapang mereka di (lubang) Tasik Biru. (f) Anita telah mendapat (tapak) dalam pasukan bola jaring sekolahnya. (g) Mata Maru menjadi (keras) selepas bangun daripada tidur. (h) Pak Uteh (mengisi) sawah itu dengan benih padi yang baru dipindah dari tapak semaian. (i) Ayah (mengisi) lubang itu untuk menanam sampah sarap.Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.Lain-lain08.12.2015
Apakah jawapan yg paling tepat bagi soalan di bawah? Soalan: Warna kain batik yang dipakai oleh ibu semakin _______ setelah dibasuh beberapa kali. A. susut B. lusuh C. luntur D. kusam

Saudara Yusli,

Perkataan yang paling tepat ialah kusam yang bermaksud pudar.

Tatabahasa24.02.2010
mengenai masalah bahasa rojak yang di gunakan di malaysia, bagaimana kah cara mengatasi nya? adkah ia memudaratkan bahasa melayu? atau menjatuhkan martabat bahasa melayu?

Sila rujuk bahan ini : 

1. Bahasa rojak jejaskan bahasa MElayu : Lia, Agatha. Dewan Siswa.1/06/2006.

2. Bahasa rojak mencemarkan bahasa Melayu . Juanaidah Ahmad Ghazali.Pelita Bahasa. 1/06/2004

3. Bahasa rojak nilai rasmi bahasa kebangsaan luntur. Awang Sariyan. Dewan Masyarakat.1/07/2004

4. Bahasa rojak perosak bahasa Melayu. Nik Safiah Karim. Pelita Bahasa.1/06/2004

 

Lain-lain18.01.2008
saya memerlukan kajian yang telah dijalankan untuk "penggunaan bahasa rojak dalam kalangan pelajar".

Untuk pertanyaan ini, saudara boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk tugasan saudara. Saudara juga boleh merujuk bahan ini : 

1. Bahasa rojak jejaskan bahasa Melayu : Lia, Agatha. Dewan Siswa.1/06/2006.

2. Bahasa rojak mencemarkan bahasa Melayu . Juanaidah Ahmad Ghazali.Pelita Bahasa. 1/06/2004

3. Bahasa rojak nilai rasmi bahasa kebangsaan luntur. Awang Sariyan. Dewan Masyarakat.1/07/2004

4. Bahasa rojak perosak bahasa Melayu. Nik Safiah Karim. Pelita Bahasa.1/06/2004

Tatabahasa23.12.2009
12

Kembali ke atas