Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lun.tur] | لونتور

Definisi : 1. turun atau berubah warnanya (kain cat, dll): kainnya teguh dan tidak ~; tahan ~ tidak turun warna; 2. berubah, bertukar (keyakinan, pendirian, keazaman, dsb): ke­azaman mereka utk bersatu tenaga tidak ~ walaupun mereka terpaksa menghadapi beberapa halangan; 3. hilang atau berkurang (kasih sayang dsb): kasihnya sudah mulai ~; kejelitaannya mulai ~ apabila umurnya meningkat tua; 4. turun atau menjadi rendah (pangkat, darjat, dsb); 5. tidak mujarab lagi (mantera, jampi, dll): jampi itu sudah ~; meluntur menjadi atau mulai luntur; melunturi luntur warnanya dan kena pd (kain, baju) yg lain: kain ini dicuci terasing supaya tidak ~ yg lain; melunturkan menyebabkan luntur (berubah atau hilang warna, keyakinan, kasih sayang, dll): kain yg berwarna perang itu dilunturkan utk mendapatkan kain putih; kelunturan 1. perihal luntur: ia menampak­kan ~ dan kebelakangan pendapat yg progresif; 2. kena warna sesuatu yg luntur; pelunturan perihal melunturi atau me­lunturkan; peluntur bahan utk melunturkan kain dll; serbuk ~ sj serbuk yg digunakan utk meluntur­kan (memutihkan) kain dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lun.tur] | لونتور

Definisi : senang keluar (kencing, haid); meluntur meminum ubat utk mencuci perut atau utk menyenangkan buang air; peluntur = ubat ~ ubat pencuci perut (utk menyenangkan buang air). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lun.tur] | لونتور

Definisi : 1 berubah atau turun warnanya (bkn kain, cat dll): Kain batik buatan Kelantan tidak ~. tahan ~ tidak turun warnanya. 2 berubah atau bertukar (bkn keyakinan, pendirian dll). 3 menjadi kurang atau hilang (bkn kasih sayang dll): Cintanya kpd isterinya yg jujur itu tidak akan ~. 4 tidak mujarab lagi (bkn jampi, mantera dll). 5 turun atau menjadi rendah (bkn pangkat, kemegahan dll). melunturkan menyebabkan luntur (bkn warna, keyakinan, kasih sayang dll). peluntur bahan utk melunturkan warna kain dll: serbuk ~ serbuk yg digunakan utk melunturkan warna dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luntur (adjektif)
1. Dalam konteks warna
bersinonim dengan turun, berubah, bertukar, leta, maleh,

2. Dalam konteks semangat
bersinonim dengan hilang, lenyap, luput,

Kata Terbitan : melunturkan, kelunturan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Madras handkerchieffabrik MadrasKesenianTiada1. Fabrik kapas tenun tangan yang dicelup dengan pelbagai warna untuk membuat pakaian di Madras, India.,2. Fabrik imitasi yang benang pakannya terdiri daripada yarn mentah, manakala benang lungsinnya dicelup dengan warna luntur. Warna luntur itu akan menyerap ke benang pakan semasa kemasan.
colourfasttahan lunturKesenianTiadaKebolehan pencelup untuk menahan warnanya supaya tidak luntur.
fugitive colourwarna lunturPentadbiran PerniagaanTiada1. Penggunaan warna pada setem yang akan berubah warna menjadi luntur atau hilang terus sebagai salah satu langkah atau ciri keselamatan.
fadeluntur; pudarFizikTiadaTiada
bleachlunturPerubatanTiadaSebatian atau campuran sebatian yang berupaya menghilangkan warna daripada suatu objek melalui proses oksidatif.
fadeluntur; pudarPertanianTiadaTiada
bleachlunturPerhutananTiadaTiada
fadeluntur; pudarPerubatanTiadaTiada
fadeluntur; pudarKejuruteraanTiadaHilang kecerahan atau kejelasan; menjadi tidak jelas.
bleachlunturGeografiTiadaTiada
123456

Kembali ke atas