Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tidak sedar, tidak insaf atau tidak ingat lagi akan keadaan (nasib) dirinya yg sebelum itu lebih susah, menderita dsb drpd yg dialami sekarang: paling menge­cewakan ialah kemewahan yg telah diusaha­kannya telah melahirkan sifat ~ diri dan dia menjadi sombong; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lupa (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tidak ingat: tidak sedar, tidak timbul di ingatan,
Berantonim dengan ingat

Kata Terbitan : melupakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, saya hendak menanyakan soalan berkaitan dengan penggunaan "daku". Nik Safiah Karim, dalam bukunya Bimbingan Pelajar Bahasa Kita Jilid 2, pernah mengatakan bahawa kata ganti nama diri orang pertama "daku"mesti digunakan selepas kata yang berakhir dengan huruf n, seperti dalam dua ayat ini: 1. Aku berharap engkau tidak lupa akan daku. 2. Jangan tinggalkan daku. Soalan yang ingin saya ajukan ialah: Jika kata "daku" diganti dengan kata "aku" dalam ayat (1) dan ayat (2), adakah ayat menjadi salah? Saya merasakan kedua-dua ayat tersebut salah jika "daku" diganti dengan "aku" sebab kata ganti nama diri orang pertama yang mengikut kata kerja transitif yang berakhir dengan huruf n (contohnya, tinggalkan) dan kata sendi nama yang berakhir dengan huruf n (contohnya, akan) mestilah berbentuk "daku", dan bukan "aku". Peraturan ini dikemukakan oleh Nik Safiah Karim.Daku sama maksudnya dengan aku, khususnya bagi penggunaan kata sebelumnya yang berakhir dengan huruf n. Tidak ada maklumat lain dalam data kami tentang penggunaan kata tersebut. Bagi mengelakkan kekeliruan, sila gunakan perkataan tersebut mengikut kelaziman penggunaannya.Tatabahasa15.02.2015
Assalamualaikum, saya ingin mengemukakan 4 persoalan : 1. apakah rasionalnya memperkenalkan bahasa Melayu kepada etnik bukan Melayu di Malaysia dan apakah kelebihannya pada etnik tersebut dan oihak DBP? 2. melihat kepada isu PPSMI, banyak tentangan dan kritikan mengenai pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris, seperti yang diketahui PPSMI telah dimansuhkan dan diganti dengan MBMMBI. persoalannya, melihat pada jangka masa yang panjang, apakah perkembangan bahasa Inggeris ini akan menjadi isu kepada pihak DBP? iaitu dalam membantu menyahut seruan MBMMBI. 3. apakah perjuangan bahasa vernakular (seperti bahasa Tamil dan Cina) menjadi cabaran kepada pihak DBP? 4. apakah pencemaran bahasa dari media massa seperti di dalam program televisyen dan akhbar-akhbar hiburan mampu mempengaruhi permartabatan bahasa Melayu? Tidak lupa diucapkan terima kasih atas kerjasama pihak DBP.1. Bahasa Melayu telah diterima sebagai bahasa kebangsaan sepertimana yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan. Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu jugalah sebagai bahasa pemersatu rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya. Oleh itu, bahasa Melayu mestilah digunakan dalam semua urusan rasmi dan program perpaduan.   
2. Kami tidak menafikan kepentingan rakyat Malaysia menguasai bahasa Inggeris, namun pada masa yang sama rakyat Malaysia mestilah mempunyai jati diri, bukan setakat menguasai malah mencintai bahasa Melayu. Sebarang isu yang timbul akan diselesaikan oleh pihak yang berwenang dan DBP tetap memainkan peranannya untuk memartabatkan bahasa Melayu.
3. Seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, bahasa-bahasa lain dibenarkan tetapi dalam urusan rasmi termasuklah hal pendidikan mestilah dilaksanakan dalam bahasa Melayu.
4. Media merupakan medium utama dalam menyalurkan maklumat kepada rakyat di seluruh Negara. Justeru, penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul harus diamalkan. Apabila berlaku kesilapan bahasa dalam media, sedikit sebanyak turut menjejaskan usaha memartabatkan bahasa kebangsaan.
Untuk maklumat lanjut, tuan perlu membuat kajian dan pembacaan yang banyak. Soalan yang berbentuk tugasan sebegini tidak dapat diselesaikan dalam ruang yang terhad ini.
Lain-lain17.03.2014
tolong semak ayat saya... adakah ayat yang saya senaraikan ini mengandungi frasa kerja tak transitif? 1. lelaki itu menghulurkan sekeping kertas kosong kepada perempuan itu. 2. kelihatan di sedang menulis sesuatu di kertas iitu dan dihulurkan kepada lelaki itu. 3. lelaki itu membaca dan kemudian menggelengkan kepala. 4. perempuan itu merenung tajam ke arah lelaki itu. 5. dia diam seketika, sambil matanya terkelip-kelip memandang syiling wad yang kaku itu. 6. siang dan malam lelaki itu menunggu perempuan itu dengan tabah dan sabar. 7. anak di rumah, pandai-pandai sahaja unutk mengurus diri sendiri. 8. sambil tersenyum, dia menegurku mesra. 9. dia tidak sanggup meninggalkan isterinya tanpa ditemani walau sesaat pun. 10. dua belas tahun yang lalu di telah dibedah di Singapura. 11. aku sangat kagum dengan lelaki itu dan terkesan dengan kesabarannya melayani karenah isterinya yang pelbagai macam itu. 12. calang-calang suami tidak akan sanggup membelai isterinya yang terbujur di katil itu. 13. perlahan-lahan dia duduk di atas kerusi di sisi katil isterinya. 14. saya gembira ibu melawat saya. 15. ketika akau melangkah pulang aku melihat bahawa dia masih tersenyum riang. 16. dia mencapai tanganku dan menciumnya. 17. hati kecilnya tidak putus-putus mendoakan semoga dia akan pulih. 18. kita janganlah lupa untuk terus beristighfar dan reda dengan apa-apa yang berlaku,. 19. aku terkesima dan kagum dengan ketabahan isterinya,.

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Walau bagaimanapun terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh pelengkap, namun unsur ini bukanlah dianggap sebagai objek (tidak boleh dipasifkan), sementara yang lainnya tidak perlu diikuti oleh pelengkap.

Contoh kata kerja tak transitif berpelengkap: beransur (pulih), tinggal (di bandar), menjadi (guru), berbuat (baik), ada (keluarga) dan berbantalkan (lengan)

Contoh kata kerja tak transitif tak berpelengkap: bangun, tumbang, pulang, menangis, menjerit, berkibaran, berjalan, tersenyum, terpegun, menguning, melancong dan meninggi.

Sebagai seorang bakal guru saudara perlu lebih mengenali pelbagai aspek tatabahasa termasuklah kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Merujuk ayat  Lelaki itu menghulurkan sekeping kertas kosong kepada perempuan itu - menghulurkan ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek sebagai pelengkap. Untuk ayat yang seterusnya sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 88-90 dan halaman 385-394.

Tatabahasa24.03.2011

Kembali ke atas