Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.put] | لوڤوت

Definisi : 1. hilang, lenyap: zaman dongeng­-mendongeng sudah ~ sekarang; ~ drpd hati (di hati) hilang drpd hati (lenyap drpd ingatan); ~ drpd mata (di mata) hilang drpd mata; ~ drpd ingatan; 2. terhindar (drpd), terjauhkan (drpd), terlepas (drpd): ~ drpd bahaya; ~ drpd dakwaan terlepas drpd dakwaan; 3. tidak mengena (pd sasaran), menyimpang (drpd sasaran), salah: dilemparinya budak itu tapi ~; meluputkan 1. menghilangkan, melenyap­kan; ~ drpd ingatan menghilangkan drpd ingatan; 2. melepaskan; ~ diri melepaskan diri; 3. mengelakkan (pukulan, serangan, dll), menangkis: ditikamnya dada Hang Jebat, serta diluputkan oleh Hang Jebat tikaman Laksamana itu; terluput terhindar drpd, terjauhkan drpd, terlepas drpd: sbg manusia biasa, dia juga tidak ~ drpd salah dan silap; ~ drpd ben­cana; keluputan perihal luput, kelenyapan, ke­musnahan; peluputan perihal meluputkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.put] | لوڤوت

Definisi : 1 tidak dikenang lagi; hilang; lenyap: Perkara itu sudah ~ drpd ingatan saya. ~ dr mata tidak kelihatan lagi. 2 terlepas (drpd bahaya, tuduhan dll); terhindar. meluputkan 1 menghilangkan; melenyapkan: ~ sesuatu drpd ingatan. 2 mengelakkan (bahaya, tuduhan dll): ~ diri melepaskan diri; menghindarkan diri. terluput terlepas (terjauh, terhindar) drpd. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luput
1. Bersinonim dengan hilang
( lenyap, lupus, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan terhindar
( terjauhkan, terlepas, terselamat, terpelihara, terbias, terseberang, tersingkir, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan menyimpang
( melencong, membelok, melantur, memesong, memirau, menyasar, terbabas, mengelencong, menggelencong, mendadek, )
(adjektif:)

Kata Terbitan : meluputkan, terluput,

Puisi
 

Puput manis jalan di luput,
     Uput menari di tiga tapak;
Hitam manis jangan direbut,
     Dia tak diberi ibu dan bapa.


Lihat selanjutnya...(13)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kenapa tarikh luput di Sijil Pengesahan Bahasa dalam jangka masa setahun? Bukan ikut tarikh promosi iklan?Untuk makluman, tarikh luput Sijil Pengesahan Bahasa adalah dalam tempoh setahun dari tarikh pengesahan diterima. Hal ini bermakna, sijil tersebut boleh diguna pakai dalam tempoh setahun dan tidak perlu membuat permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk visual iklan  dan Pihak Berkuasa Tempatan yang sama dalam tempoh tersebut.Lain-lain10.05.2021
Selamat sejahtera. Bolehtak saya tanya beberapa soalan objektif? 1. Suami dia yang luput lima bulan yang lalu, masih belum dijumpai. (luput-salah, kena tukar kepada perkataan apa ya?) 2.Pedatang asing yang pulih dibenarkan masuk ke negara ini. (pulih-salah, kena tukar kepada perkataan apa ya?) 3.Rumah saya terletak kira-kira lima setengah kilometeer dari sini. (nak tanya apa yang salah dalam ayat ini ya?)Ayat yang betul ialah 
1. Suami dia yang hilang lima bulan lalu, masih belum dijumpai.
2. Pedatang asing yang berdaftar dibenarkan masuk ke negara ini.
3. Rumah saya terletak kira-kira lima setengah kilometer dari sini. (Kesalahan ejaan kilometeer) 
Tatabahasa02.04.2023
Salam Satu Malaysia, 1. Makanan seimbang penting untuk/kepada kita. (untuk atau kepada,sila beri penjelasan) 2. Saya menghidangkan semangkuk bubur untuk/kepada nenek. 3. Kamal tidak menduga bahawa makanan dalam tin yang dibelinya telah luput tarikhnya./ Kamal tidak menduga bahawa makanan di dalam tin yang dibelinya telah luput tarikhnya. (ayat mana yang betul dan tolong beri penerangan). Soalan yang saya ajukan: Murid saya menulis karangan biografi ayah saya dan nenek saya.Apakah kata ganti nama diri orang yang betul ?(dia atau beliau) Terima kasih atas perkhidmatanyang pihak tuan sediakan.

      1.  Makanan seimbang penting untuk kita.
Penerangan:  Kata sendi nama untuk digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, berfungsi untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan (Rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 276). Untuk ayat ini, “makanan seimbang” diperuntukkan untuk kata nama “kita”.
 
2.  Saya menghidangkan semangkuk bubur kepada nenek.
Penerangan:  Kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad (Rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 272). Merujuk kepada ayat ini, kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama am “nenek” .

3.  Kamal tidak menduga bahawa makanan di dalam tin yang dibelinya telah luput tarikh.
Penerangan:  Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan. Justeru, di dalam digunakan untuk tin kerana terdapat ruang yang boleh dilihat secara fizikal.

4.  Kata ganti diri tunggal untuk ayah atau nenek ialah beliau.
Penerangan:  Kata ganti nama diri orang ketiga beliau sesuai digunakan untuk orang/golongan dewasa yang berpekerti baik dan mulia, lazimnya mempunyai kedudukan yang agak tinggi dan terhormat dalam masyarakat. Oleh itu, beliau sesuai digunakan untuk ayah atau nenek.


Tatabahasa15.03.2018
Salam sejahtera, Adakah "Evergreen Contract" boleh diterjemahkan sebagai "Kontrak Tidak luput"? Jika tidak, sila berikan pendapat anda. Konteks digunakan dalam surat perjanjian(agreement). Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih.Dalam buku Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan, terdapat istilah evergreen loan yang dipadankan dengan pinjaman berterusan. Berdasarkan padanan tersebut, cadangan kami bagi istilah evergreen contract ialah kontrak berterusan. Penyemakan dan penterjemahan27.04.2018
assalamualaikum wbt tuan/puan, adakah izin terbit dari penerbit asal telah luput untuk buku "Sejarah Tamadun Islam", terbitan DBP, tahun 2005? Adakah mungkin diulang cetak pada masa hadapan atau telah diputuskan tidak lagi akan diterbitkan lagi?Assalamualaikum. Bahagian Harta Intelek akan menyemak status izin terbit buku "Sejarah Tamadun Islam" tahun 2005 dengan penerbit asal. Keputusan cetak ulang buku tersebut bergantung pada perjanjian antara DBP dengan penerbit asal dan keperluan semasa.

Jika tuan mempunyai sebarang pertanyaan, tuan boleh menghubungi kami di hakcipta@dbp.gov.my

Sekian, terima kasih.
Lain-lain23.11.2021
Ayat: ayah hanya sedar......... dia telah terbeli makanan di dalam tin yang telah luput tarikhnya setelah pulang ke rumah. A) kerana B) apabila C) bahawa D) semenjak *tempat kosong tersebut sesuai dengan pilihan jawapan mana? Dan kenapa.. berikan penerangan dan penjelasanBerdasarkan konteks ayat, perkataan yang sesuai ialah bahawa kerana ayat tersebut ialah ayat majmuk komplemen dan kata hubung "bahawa" melengkapkan ayat tersebut.Tatabahasa14.05.2015
apakah maksud diskriminasi?Kamus Dewan mendefinisikan diskriminasi sebagai perlakuan membeza-bezakan warna kulit, keturunan, dsb: ~ terhadap bangsa berkulit hitam telah mulai luput sekarang; perkara ~ yang dilakukan oleh pihak yang berkuasa itu tidaklah patut didiamkan sahaja; ~ harga pengenaan harga yang berbeza-beza bagi barang atau perkhidmatan yang sama kepada pembeli yang berlainan; ~ kaum layanan yang ber­beza-beza terhadap kaum yang berlainan kerana prasangka terhadap kemahiran, ke­bolehan, keistimewaan hak dsb; ~ ras diskri­minasi kaum; ~ sosial perihal membeza-bezakan seseorang dari segi kedudukannya dalam masyarakat; berdiskriminasi berbeza tindakan atau layan­­an terhadap sesama anggota masya­rakat kerana berlainan warna kulit, agama, dan lain-lain: para pengarang meramalkan bahawa pengguna media massa ~ dalam membuat pilihan tentang media; mendiskriminasikan membeza-bezakan (dari­ segi layanan): golongan ini telah di­diskriminasikan oleh golongan manusia yang lebih beruntung daripada mereka.Tatabahasa01.02.2013
Salam, saya sedang menonton anugerah maulidur rasul di tv1, soalan saya.. 1) Pengacara Majlis menyebut " mantan Prof Madya di UM" adakah ini bermaksud jawatan Prof Madya akan luput setelah bersara? 2) Dinyatakan juga gelaran salah seorang calon penerima anugerah "Engku Tan Sri Dato' Seri" mengapa gelaran Engku dihadapan Tan Sri. Adakah jika seseorang itu memiliki gelaran begitu semua gelaran tersebut perlu dinyatakan di dalam surat menyurat..? Sekian terima kasih, diharap kemusykilan ini terjawab.

1. Profesor Madya atau Profesor adalah jawatan dalam perkhidmatan. Oleh itu, sebutan 'mantan Profesor Madaya' adalah betul untuk seseorang yang telah bersara daripada perkhidmatan atau telah meninggalkan jawatan tersebut.

2. Susunan yang betul mengikut protokol ialah: gelaran (yang tertinggi) - jawatan - nama, contohnya Tan Sri Profesor Dr. Tengku Awang Tengku Salleh. Walau Bagaimanapun penerima gelaran dibenarkan untuk memilih yang disukainya sama ada mendahulukan gelaran, jawatan atau namanya, begitulah seperti nama "Engku Tan Sri Dato' Seri".

Tatabahasa15.02.2011
Salam sejahtera. Bolehkah saya hendak minta cadangan padanan istilah untuk perkataan "dying god" ke dalam bahasa Melayu? Adakah sesuai jika saya terjemahkan menjadi "dewa kematian" atau "dewa sudah luput"? Menurut maklumat Wikipedia, defisini dying god ialah: "The term "dying god" is associated with the works of James Frazer, Jane Ellen Harrison, and their fellow Cambridge Ritualists. At the end of the 19th century, in their The Golden Bough and Prolegomena to the Study of Greek Religion, Frazer and Harrison argued that all myths are echoes of rituals, and that all rituals have as their primordial purpose the manipulation of natural phenomena."

Cadangan terjemahan bagi dying god ialah kematian dewa atau dewa yang mati. Walau bagaimanapun, cadangan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian konsep dan penggunaannya.

Penyemakan dan penterjemahan20.04.2021
Tuan/ Puan Harap boleh nasihatkan perkara seperti berikut:- 1) Kalau kedai francais berada di Majlis Perbandaran yang sama. Sijil Pengesahan Bahasa boleh digunakan berulang kali untuk kedai-kedai selagi sijil pengesahan belum luput? 2) Pada 5/8/19, saya ada hantar Bahasa Jawi untuk menyemak kegunaan Bahasa Jawi sama ada betul. Tetapi saya belum dapat apa jawapan. Boleh Tuan/ Puan tolong semak perkara ini? Terima kasih.Jawapan bagi soalan yang pertama ialah sijil pengesahan bahasa boleh digunakan sekali sahaja untuk satu kedai walaupun dalam perbandaran yang sama.

Jawapan bagi soalan kedua ialah sila lampirkan semula teks jawi tersebut untuk disemak oleh pihak kami. Pastikan visual dalam format jpeg. atau gif.
Lain-lain15.08.2019
12

Kembali ke atas