Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.put] | لوڤوت

Definisi : 1. hilang, lenyap: zaman dongeng­-mendongeng sudah ~ sekarang; ~ drpd hati (di hati) hilang drpd hati (lenyap drpd ingatan); ~ drpd mata (di mata) hilang drpd mata; ~ drpd ingatan; 2. terhindar (drpd), terjauhkan (drpd), terlepas (drpd): ~ drpd bahaya; ~ drpd dakwaan terlepas drpd dakwaan; 3. tidak mengena (pd sasaran), menyimpang (drpd sasaran), salah: dilemparinya budak itu tapi ~; meluputkan 1. menghilangkan, melenyap­kan; ~ drpd ingatan menghilangkan drpd ingatan; 2. melepaskan; ~ diri melepaskan diri; 3. mengelakkan (pukulan, serangan, dll), menangkis: ditikamnya dada Hang Jebat, serta diluputkan oleh Hang Jebat tikaman Laksamana itu; terluput terhindar drpd, terjauhkan drpd, terlepas drpd: sbg manusia biasa, dia juga tidak ~ drpd salah dan silap; ~ drpd ben­cana; keluputan perihal luput, kelenyapan, ke­musnahan; peluputan perihal meluputkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.put] | لوڤوت

Definisi : 1 tidak dikenang lagi; hilang; lenyap: Perkara itu sudah ~ drpd ingatan saya. ~ dr mata tidak kelihatan lagi. 2 terlepas (drpd bahaya, tuduhan dll); terhindar. meluputkan 1 menghilangkan; melenyapkan: ~ sesuatu drpd ingatan. 2 mengelakkan (bahaya, tuduhan dll): ~ diri melepaskan diri; menghindarkan diri. terluput terlepas (terjauh, terhindar) drpd. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luput
1. Bersinonim dengan hilang
( lenyap, lupus, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan terhindar
( terjauhkan, terlepas, terselamat, terpelihara, terbias, terseberang, tersingkir, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan menyimpang
( melencong, membelok, melantur, memesong, memirau, menyasar, terbabas, mengelencong, menggelencong, mendadek, )
(adjektif:)

Kata Terbitan : meluputkan, terluput,

Puisi
 

Puput manis jalan di luput,
     Uput menari di tiga tapak;
Hitam manis jangan direbut,
     Dia tak diberi ibu dan bapa.


Lihat selanjutnya...(13)

Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
dalam Prasarana Kekunci Awam (PKI) adalah sah dan benar. Autoriti perakuan menetapkan polisi dalam proses PKI dan membina perakuan dalam bentuk sijil digital untuk pengguna. Pihak ini juga menetapkan tarikh luput untuk sijil perakuan dan menguruskan kerja perakuan sepanjang tempoh hayat sijil tersebut. Autoriti perakuan juga bertanggungjawab menarik semula sijil yang luput tarikh, hilang atau keselamatannya dicurigai. autoriti perlindungan data (Ig. data protection authority; Br. autoriti perlindungan data; Id. autoritas perlindungan data) Autoriti yang diberikan tanggungjawab untuk menentukan tahap keselamatan data pada

Kembali ke atas