Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.put] | لوڤوت

Definisi : 1. hilang, lenyap: zaman dongeng­-mendongeng sudah ~ sekarang; ~ drpd hati (di hati) hilang drpd hati (lenyap drpd ingatan); ~ drpd mata (di mata) hilang drpd mata; ~ drpd ingatan; 2. terhindar (drpd), terjauhkan (drpd), terlepas (drpd): ~ drpd bahaya; ~ drpd dakwaan terlepas drpd dakwaan; 3. tidak mengena (pd sasaran), menyimpang (drpd sasaran), salah: dilemparinya budak itu tapi ~; meluputkan 1. menghilangkan, melenyap­kan; ~ drpd ingatan menghilangkan drpd ingatan; 2. melepaskan; ~ diri melepaskan diri; 3. mengelakkan (pukulan, serangan, dll), menangkis: ditikamnya dada Hang Jebat, serta diluputkan oleh Hang Jebat tikaman Laksamana itu; terluput terhindar drpd, terjauhkan drpd, terlepas drpd: sbg manusia biasa, dia juga tidak ~ drpd salah dan silap; ~ drpd ben­cana; keluputan perihal luput, kelenyapan, ke­musnahan; peluputan perihal meluputkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.put] | لوڤوت

Definisi : 1 tidak dikenang lagi; hilang; lenyap: Perkara itu sudah ~ drpd ingatan saya. ~ dr mata tidak kelihatan lagi. 2 terlepas (drpd bahaya, tuduhan dll); terhindar. meluputkan 1 menghilangkan; melenyapkan: ~ sesuatu drpd ingatan. 2 mengelakkan (bahaya, tuduhan dll): ~ diri melepaskan diri; menghindarkan diri. terluput terlepas (terjauh, terhindar) drpd. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luput
1. Bersinonim dengan hilang
( lenyap, lupus, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan terhindar
( terjauhkan, terlepas, terselamat, terpelihara, terbias, terseberang, tersingkir, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan menyimpang
( melencong, membelok, melantur, memesong, memirau, menyasar, terbabas, mengelencong, menggelencong, mendadek, )
(adjektif:)

Kata Terbitan : meluputkan, terluput,

Puisi
 

Puput manis jalan di luput,
     Uput menari di tiga tapak;
Hitam manis jangan direbut,
     Dia tak diberi ibu dan bapa.


Lihat selanjutnya...(13)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
expiry datetarikh luputHerbaPeraturan dan PemasaranTarikh akhir sesuatu kelompok produk memenuhi spesifikasi piawaian/piawai kualiti yang diperlukan. Tarikh ini hendaklah dicatatkan pada label pembungkusan produk. Produk yang telah melepasi tarikh luput tidak terjamin akan kekal seperti dalam spesifikasi yang ditetapkan dan mungkin tidak selamat untuk digunakan.
ex rightluput hakPentadbiranTiadaTiada
expired accountakaun luputPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
expired guaranteejaminan luputPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
effluxion of timeluput masaGeografiTiadaTiada
expendable bathythermographbatitermograf luputGeografiTiadaTiada
balance-exhaustedbaki luputPentadbiranTiadaTiada
effluxion of timeluput masaUndang-undangTiadaTiada
lapse rationisbah luputPentadbiran PerniagaanTiadaJumlah kontrak insurans hayat yang lupus dalam tempoh tertentu dibahagikan dengan jumlah kontrak yang berkuat kuasa pada awal tempoh tersebut.
lapsed policypolisi luputPentadbiran PerniagaanTiadaPolisi yang lupus disebabkan premiumnya tidak dibayar.
12345

Kembali ke atas