Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.rah] | لوره

Definisi : 1. tanah rendah antara gunung-gunung, jurang, lembah; 2. lekuk memanjang (pd papan dll), alur; ~ hidung alur bibir; ~ tidak terturuni, bukit tidak terdaki prb, Mn perihal orang yg sangat tua dan lemah; adat ~ timbunan sarap prb orang yg berpangkat dan berpengaruh selalu menjadi tempat tumpuan orang mengadu hal; bukit sama didaki, ~ sama dituruni = ke bukit sama men­daki, ke ~ sama menurun prb sepakat (seia sekata); di ~ air yg besar, di bukit orang yg hanyut prb orang yg tidak bersalah menerima hukuman; di ~ maka hendak angin, di bukit maka hendak air prb berkehendakkan se­suatu tidak pd tempatnya; berlurah di balik pendakian prb ada kehendak (maksud) yg tersembunyi; berlurah ada lurah, berlembah; berlurah-lurah mempunyai banyak lurah atau alur: dahi Mak Su berkerut-kerut kecil dan atas bulu keningnya pula ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.rah] | لوره

Definisi : Id 1. ketua kampung: hatta berapa lamanya negeri Majapahit pun besarlah, segala ~ Jawa semuanya takluk ke Majapahit; 2. ketua atau pemimpin (sesuatu bahagian pekerjaan); kelurahan daerah di bawah jagaan lurah, rumah atau pejabat lurah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.rah] | لوره

Definisi : 1 tanah rendah di antara gunung; lembah. 2 alur atau lekuk memanjang pd papan dll. berlurah 1 ada lurahnya; berlembah. 2 mempunyai alur (pd papan dll). melurah membuat alur atau lekuk memanjang pd papan. melurahkan menyebabkan sesuatu jadi berlurah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lurah (kata nama)
1. Bersinonim dengan tanah rendah: lembah

2. Bersinonim dengan alur: lekuk, galur, oreng.,


Peribahasa

Lurah juga diturut air,
     bukit juga dilejang panas.

Bermaksud :

Orang yang berpengaruh juga yang mendapat penghormatan dan orang yang biasa jahat pula yang selalu dituduh.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah peribahasa ini betul? Bukit sama didaki, lurah sama dituruniYa, Betul.Sastera17.07.2018
Apakah maksud peribahasa "ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni"?Peribahasa yang betul ialah "Ke bukit sama didaki, ke laut sama direnangi" bermaksud "Perhubungan yang sangat karib, tidak dapat diceraikan".Lain-lain01.11.2009
Salam sejahtera. Apakah peribahasa yang sesuai dengan ayat berikut "Datuk Mugilan sentiasa percaya bahawa kejayaan syarikatnya itu adalah disebabkan oleh komitmen para pekerjansya". Sekian, terima kasih.Cadangan peribahasa yang betul ialah:

1. Berat sama dipukul, ringan sama dijinjing
2. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
3. Bagai Aur dengan tebing
4. Bulat air oleh pembuluh, bulat kata oleh muafakat
5. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Lain-lain07.08.2022
Boleh saya dapatkan penerangan terkini mengenai penggunaan kata sendiri berikut? 1) dari / daripada 2) hanya / dengan 3) melalui / menerusi 4) antara / di antara 5) baru - baharu

1. Kata sendi dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. Kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. Merujuk kepada ayat di atas, kata sendi yang sesuai ialah "daripada": Mengeluarkan wang daripada bank (merujuk kepada sumber).

2. Kata sendi dengan digunakan untuk membawa maksud i. bersama-sama atau berserta, ii. cara sesuatu itu dilakukan iii. memakai atau menggunakan dan menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama. Kata hanya merupakan golongan kata penegas. Kata penegas disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan (hanya, sahaja, juga, memang, pun, -kah, -lah, –tah) yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Oleh sebab, kata "hanya" membawa maksud yang sama, iaitu tidak lebih daripada satu atau tidak ada orang lain lagi.

3. Kata melalui berasal daripada kata dasar lalu membentuk kata baru yang membawa pelbagai makna. Kata melalui membawa maksud  "dengan perantaraan" atau "menerusi", contoh ayatnya: Kami berjalan melalui/menerusi lurah dan bukit.

4. Kata sendi nama "antara" perlu hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Contoh penggunaannya "Mereka berbincang antara adik-beradik". Sementara penggunaan kata 'antara' sebagai kata arah yang mengikuti kata sendi nama di-. Contohnya ialah "Rumahnya terletak di antara sebuah tasik dengan sawah padi".

5. Kata baru dan baharu kedua-duanya membawa makna yang sama dan baru dan baharu dianggap varian dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun buku Tatabahasa Dewan membezakan fungsi kedua-dua kata tersebut. Baru berfungsi sebagai kata bantu, contohnya dalam ayat "dia baru sampai dari kampung" dan baharu sebagai kata adjektif, contohnya "buku Tatabahasa Dewan, Edisi Baharu". Untuk penggunaan umum, puan boleh mengambil makna daripada kamus, namun jika untuk tujuan pembelajaran di sekolah, perlulah mematuhi rumus dalam buku Tatabahasa Dewan.

Tatabahasa30.05.2019

Kembali ke atas